-ʀᴏᴍᴀɴᴄᴇ-
13 stories
Bunga Eshal {COMPLETE} by sznurr
Bunga Eshal {COMPLETE}
sznurr
  • Reads 6,776
  • Votes 173
  • Parts 52
Pengemis? Semua orang pernah mendengar perkataan itu. Di mana-mana akan ada pengemis. Kalau tengok pengemis miskin ada orang yang akan hina atau maki betapa bencinya diri dengan pengemis. Samalah dengan situasi sekarang. "Tak boleh, cik. Semua hancur... Saya tak boleh jual makanan yang hancur dekat orang," -Eshal Arrian Tutur kata yang lemah lembut dia akan berbicara dengan orang tapi dia selalu diuji walaupun dia tidak berkasar dengan orang. Dia tetap bersabar dengan ujian menimpanya. Seorang gadis yang kaya membeli dengan pengemis membuatkan pengemis berasa mustahil tetapi dia tetap meneruskan menjual. "Tak kiralah hancur ataupun tidak, saya tetap nak beli," -Tengku Eshal Qadira Pertemuan mereka tidak berhenti di situ. Mereka berjumpa pula pada kawasan pantai. Pantai itulah mereka selalu bertemu. "Eh cik! Cik tengok lakonan saya ke tadi?" -Eshal Arrian "Meh, saya tolong awak kutip," -Tengku Eshal Qadira Rasa kesian mula timbul pada keluarga Arrian. Sikit demi sikit Qadira membantu apa yang boleh dia bantu sampailah beberapa tahun Arrian meninggalkan dirinya begitu sahaja. "Arrian, saya harap awak hilang sekejap je," -Tengku Eshal Qadira Harapan yang sangat tinggi untuk Arrian pulang semula. Memang Qadira dengan Arrian tiada apa-apa hubungan akan tetapi Qadira ada timbul sedikit rasa suka dengan perangai Arrian yang sentiasa sabar menghadapi makian dan hinaan orang. Di situ mulanya rasa sayang terhadap Arrian. -No plagiat! -100% idea sendiri START : MARCH 9, 2024 END : MAY 15, 2024
Kisah Aku Dan Dia! ✔ by hanxxx_
Kisah Aku Dan Dia! ✔
hanxxx_
  • Reads 1,156,635
  • Votes 30,300
  • Parts 43
Akibat kejadian dia melanggar kereta lelaki itu,dia kini diulit sengsara. Untuk menyelamatkn maruahnya,dia perlu berkahwin dengan lelaki yang baru dikenali kurang daripada 30 minit . Mahu pecah dadanya melayan karenah lelaki itu. Setelah agak lama mengenali lelaki itu,dia kini sedar. Lelaki itu tidaklah sedingin dan sesombong mana. Padahal lelaki itu adalah seorang yang sweet! Sweetnya mengalahkan gula! Perkahwinan mereka mungkin tidak terlalu sempurna namun cukup indah bagi Ezra Naura. Isteri mana yang sanggup membenarkan suaminya berkahwin lagi? Ezra Naura terpaksa berkorban. Terpaksa berkorban untuk kebahagiaan orang lain. Kisah aku tak macam korang semua. Ini kisah aku dan dia . ___________ Best Wattpad Achievement #17 in romance #15 in romance
SETINGGI EGOMU by emmazubaidi
SETINGGI EGOMU
emmazubaidi
  • Reads 1,024,331
  • Votes 16,070
  • Parts 82
Utk pembaca baru, selamat datang! Lot of typo belum sempat edit. Terima kasih sudi baca!😘 Nurdayana Suffiya adalah lepasan Sarjana Muda dalam bidang Undang-undang Syariah di UiTM Shah Alam. Seorang gadis yang taat akan ibu dan ayah juga punyai pegangan agama yang kuat. Namun setelah kematian tunangnya, Amir ibu dan ayahnya mula mencarikannya jodoh atas dasar tidak mahu anak gadis itu berduka lara lagi. Suffiya akur kerana istilah 'tidak' tiada dalam kamus hidupnya jika keputusan dibuat oleh ayah dan ibunya. Namun, setelah berkahwin hidupnya tidak seperti pasangan lain. Suaminya, Fareez tidak mencintainya, kehidupannya semakin malang hari demi hari. Fareez juga ada merencanakan untuk bercerai dengan Suffiya. Dia sekadar akur. Namun semakin hari hidup sebagai pasangan yang sudah berkahwin masing-masing sedar akan hadirnya satu perasaan. Namun jika namanya lelaki itu tetap lelaki, penuh ego didada. Mampukah Suffiya menggapai kebahagiaan bersama suami yang semakin lama kian dicintainya?
Timeless Love  by __luvvfyaa206
Timeless Love
__luvvfyaa206
  • Reads 4,855
  • Votes 2,628
  • Parts 14
Muhammad Qhaf Dannil - Juruterbang yang dingin, tegas, dan berkarisma. Di sebalik ketegasannya, dia pelindung bagi seseorang yang tidak menyedari betapa berharganya diri sendiri. Clarissa Lavennia - Pramugari yang cantik dan berdedikasi. Nampak sempurna, tetapi dihantui rasa jijik terhadap diri sendiri. Hadirnya 'DIA' bukan sekadar mengisi kekosongan, tetapi mengajarnya untuk menghargai diri sendiri. Dunia yang pernah dikenali olehnya tidak lagi sama. Bayang-bayang silam memburu setiap langkah, membisikkan ketakutan yang tidak pernah reda. Dia bukan lagi gadis yang tersenyum bebas, bukan lagi jiwa yang percaya pada dunia. Semuanya berubah sejak malam itu malam yang hampir meragut bukan sahaja maruahnya, tetapi juga jiwanya. Dia bukan sekadar mimpi buruk, tetapi luka yang terukir dalam ingatan. Setiap sudut bandarmenjadi perangkap, setiap sentuhan manusia lain terasa seperti ancaman. Dia hidup dalam ketakutan yang membelenggu, terperangkap dalam sangkar yang tidak terlihat. Masa berlalu, tetapi trauma itu masih menghantuinya. Namun, di saat dia hampir tenggelam dalam dunianya yang kelam, takdir mempertemukannya dengan seseorang. Lelaki itu tidak mendesak, tidak memaksa, tetapi cukup untuk membuat tembok ketakutannya mula retak. Dia tidak cuba memadam luka yang ada, tetapi mengajarnya menerima, bertahan, dan bangkit semula. Sedikit demi sedikit, dia belajar mempercayai. Tetapi bayang-bayang silamnya masih mengintai. Dia tahu hatinya telah jatuh, tetapi bagaimana jika kebahagiaan ini hanya sementara? Bagaimana jika luka itu kembali menghantuinya? 'Timeless Love'-bukan sekadar kisah cinta, tetapi perjalanan mencari semula diri. Ia tentang luka yang mengambil masa untuk sembuh, tentang seorang lelaki yang sanggup menunggu, dan cinta yang bukan sekadar kebetulan, tetapi penemuan semula antara dua hati yang dipertemukan oleh takdir. ⚠️Setiap huruf dalam karya ini adalah hasil titik peluh penulis.Sebarang bentuk penyalinan atau penggunaan tanpa izin adalah dilara
Gadis Idaman Hati © by hellafro
Gadis Idaman Hati ©
hellafro
  • Reads 283,000
  • Votes 13,483
  • Parts 74
[FIRST ROMANCE BY HELLAFRO] Di usia 22 tahun, ADREANNE HUMAIRA dipaksa bertunang atas alasan pinangan sudah diterima keluarga. Dia gadis yang kasar. Kadang-kala mulut dia tak ubah seperti bazooka menembak musuh; pedas dan tajam. Ada masa pula, nakal dia tak boleh ditebak. "Kalau dalam dunia ni tinggal awak dengan jebon je, saya lagi rela pilih jebon jadi suami saya dari awak." - ADREANNE HUMAIRA Lain pula bagi EDIRUL FAHMI, pertunangan yang dijalankan adalah atas kerelaan dia sendiri untuk memiliki gadis yang menjadi idaman hati. Bertahun dia mencari si idaman hati, akhirnya takdir menemukan mereka. Ada kisah yang perlu mereka tamatkan. Ada kisah yang masih tergantung epilognya. "Humaira adalah cinta saya yang datang tanpa amaran. Humaira dah pegang hati saya sebelum saya dapat menidakkan lagi." - EDIRUL FAHMI Di sebalik mahligai cinta yang dibina, tersimpan satu rahsia besar. Apabila rahsia tersebut disingkap, mampukah ADREANNE HUMAIRA menerima takdir yang telah ditetapkan untuknya? Dan selama mana hanya ADREANNE HUMAIRA yang menjadi gadis idaman hati EDIRUL FAHMI? "Thank you for leaving me alone and letting me wonder where was my mistake." -ˋˏ✄┈┈┈ ©️ All copyright reserved @hellafro • Terbitan Pertama : 16/11/2018 • Terbitan REVAMP : 21/1/2024 • Tamat : 15/4/2024 • 60% plot REVAMP adalah plot baru. #1 in romance (27/4/2024) #1 in komedi (27/6/2024)
[HER S3] KISAH BUKAN CINDERELLA | Completed √ by tintaciklunar_
[HER S3] KISAH BUKAN CINDERELLA | Completed √
tintaciklunar_
  • Reads 2,897
  • Votes 303
  • Parts 27
Althea Arianna De' Adrian, gadis kacukan yang hidupnya selalu ditimpa masalah. Kehadirannya tidak diterima oleh keluarganya sendiri kerana mereka percaya kehadiran Althea membawa malapetaka pada keluarganya. Merasa sendirian, Althea sering ditindas oleh kawan-kawannya. Malah, penyakit yang dihidapi oleh kakaknya juga dianggap berpunca darinya. Namun, pertemuannya dengan Morgan Xavier, Presiden Warrior Legacy, mengubah hidupnya. Penderitaannya tidak terhenti, malah Althea semakin menderita. Dapat kah Althea mengubah takdir atau hanya mampu berserah? Dapat kah dia memperoleh kebahagiaan yang selama ini dia inginkan?
Akhirnya Aku Kahwin by Herna Diana by M1dn1ghtBurner
Akhirnya Aku Kahwin by Herna Diana
M1dn1ghtBurner
  • Reads 4,411
  • Votes 219
  • Parts 60
Sekadar berkongsi. Jika suka sila beli. https://play.google.com/store/books/details/Herna_Diana_Akhirnya_Aku_Kahwin?id=VNRLCgAAQBAJ Didi - gadis comel yang periang. Dia tidak pernah kisah dengan pandangan orang lain yang sering memperlekehkannya. Baginya, dia tidak peduli semua itu asalkan tidak menyusahkan orang. Sebagai seorang insan, dia punya keinginan untuk mencinta dan dicintai. Dia tidak pernah jemu menanti cinta sejati walau hatinya sering dipermainkan. Kemunculan Syafizi, menghuru-harakan hidupnya. Katakata ibarat bom nuklear yang keluar daripada mulut lelaki itu menyebabkan darjah kebenciannya pada Syafizi di tahap takat didih. Sesuka hati saja memanggilnya Debab. Berhadapan dengan lelaki itu, dia tidak mahu kalah. Setiap ayat nuklear lelaki itu dibalas dengan ayat ala bom atom. Pesan orang tua, jangan terlalu membenci. Bimbang nanti benci bertukar menjadi sayang. Ya ke? Takkanlah Syafizi yang selalu cari pasal suka padanya. Mustahil! Daripada dia melayan lelaki mulut nuklear itu, lebih baik berchatting dengan Terhangat Di Pasaran. Walaupun mereka saling mengutuk, jejaka itu sudi berkongsi suka duka dengannya. Mungkin jodohnya dengan rakan chattingnya itu. Siapa tahu?
MENANTI KAMU 2 [C] by __syhadh
MENANTI KAMU 2 [C]
__syhadh
  • Reads 5,805
  • Votes 686
  • Parts 62
﷽ Cover by: @tsweetestrain - SYUHADAH 4th BOOK SEKUEL daripada novel MENANTI KAMU "SAYA dah lama tunggu awak, Syahidah." Hilman yang masih menaruh hati terhadap Syahidah, mulai menjauh. Hanya kerana melihat Syahidah bersama lelaki lain tanpa mengetahui apa hubungan lelaki tersebut dengan si gadis. "Aku takkan maafkan kau." Gaduh. Benci. Namun, hati masing-masing masih mencintai antara satu sama lain. "Awak yang tak faham saya!" Dengan satu ayat, segalanya berubah. Ketika itu juga, pelbagai masalah membebani bahu Syahidah. Masalah persahabatan, masalah keluarga lagi. Bermacam-macam perkara sehingga akhirnya, dia jumpa satu jalan yang dapat menghilangkan segala beban. "Abang sayang sangat dekat Idah sampai bila-bila." Terimalah, MENANTI KAMU 2. START: 26 DISEMBER 2023 END: 12 MAC 2024
MENANTI KAMU [C] by __syhadh
MENANTI KAMU [C]
__syhadh
  • Reads 9,691
  • Votes 830
  • Parts 56
﷽ Cover by: @tsweetestrain - SYUHADAH 2nd BOOK SYAHIDAH, yang hanya merasai nikmat kasih sayang seorang abang sepanjang dia membesar. Nak kata dia anak yatim? Tidak. Dia masih ada mak dan ayah. Cuma, tiada kasih sayang yang dia dapat daripada kedua mereka. Sering dimarahi. Sering dibenci. Sering diberi penekanan tetapi tiada setitik pun penghargaan yang didapati. Nasib baiklah ada abang yang memahami. Kerana abangnya itu juga pernah merasai apa yang dia alami. Anak sulung. Pastinya lebih teruk layanan terhadap abangnya itu dahulu. Namun, sang abang menyimpan rahsia yang sangat besar daripadanya. Bukan sengaja dia berbuat demikian. Dia tidak mahu perasaan adiknya itu terganggu. Dia tidak mahu merosakkan sedikit kegembiraan yang dirasai adiknya itu. SYAH tahu, suatu masa nanti, rahsianya akan terbongkar. Jadi, dia berusaha sehabis baik untuk melindungi dan menjaga adiknya walau apa pun yang berlaku. "Saya dah lama tunggu awak, SYAHIDAH." Ketika itu, muncul pula seorang lelaki yang sanggup menunggu cintanya dibalas oleh SYAHIDAH. Lelaki itulah yang selalu ada bersamanya sejak di bangku sekolah lagi. Fikirnya, lelaki itu hanya ingin mempermainkan perasaannya semata-mata. Rupanya tidak. Dia ikhlas menerima segala kekurangan yang ada pada diri seorang SYAHIDAH. Terimalah, MENANTI KAMU. • GENRE: SLICE OF LIFE. START: 21 JULAI 2023 END: 20 NOVEMBER 2023
Mr. Bangla {og} by Mmyra__
Mr. Bangla {og}
Mmyra__
  • Reads 7,738
  • Votes 258
  • Parts 46
TALIA HUMAIRA, seorang gadis biasa kelahiran anak jati Kedah. TENGKU DAIYYAN ABHAR, jejaka kacukan Turkey, namun menetap di Malaysia sejak didalam kandungan ibundanya. "Canem, seya promis itu ewak seya jega sempai akhir nyawa seya." ~TENGKU DAIYYAN ABHAR "Hang cakap elok-elok sikit boleh dak, muka dah mak saleh dah, tapi cakap macam bangla." ~TALIA HUMAIRA Namun, disebalik kebanglaan Tengku Daiyyan Abhar tersembunyi sisi lain yang tidak diketahui Talia Humaira Siapakah Tengku Daiyyan Abhar sebenarnya? Code name Tiger... 💀TYPO BERSEPAH!! 💀jalan cita cliche je!! 💀random je!! happy reading guysෆ