Ali Gatie☕
22 stories
Love In Silent ✔ by CikVelvet
Love In Silent ✔
CikVelvet
  • Reads 1,621,864
  • Votes 60,082
  • Parts 56
Orang kata,cinta tu boleh datang bila-bila masa saja.Cinta tu jugak dikatakan buta.Betul ke? Tak! Tidak sama sekali.Bagi Aurell Latisha,cinta adalah perkara yang paling sukar untuk dia percaya.Jatuh cinta? Hm,entah macam manalah perasaan tu.Dia sendiri tak pernah jatuh cinta atau hadir rasa suka dalam dirinya terhadap lelaki.Berumah tangga? Lagilah nun jauh di sana.Usah kata nak kahwin,malah bercinta pun belum pernah ada perkataan itu dalam kamus hidupnya.Sebagai seorang pelajar perubatan,kehidupannya sudah cukup sibuk dengan pelajaran dan kerja part time nya sehingga tiada masa untuk dia memikirkan soal cinta.Ya,never! Lain pulak bagi seorang lelaki,Riyadh Nadif.Dia seorang yang kuat keazaman dan akan mempertahankan cintanya walau apa jua yang berlaku,sesuailah dengan kerjanya.Tapi malangnya,belum ada mana-mana gadis yang dapat membuatkan dia berjuang demi cinta.Puas dia cari,tapi tetap tidak jumpa.Mungkin kerana pekerjaannya sekarang ini yang membatutkan impiannya untuk berjuang demi cinta sejati. Takdir telah disusun buat mereka.Demi tanggungjawab,Riyadh bertekad untuk mengahwini gadis itu. tanpa rasa cinta dalam dirinya. "Kalau macam tu,lets get married" -Riyadh Nadif Bagi Aurell,lamaran lelaki itu tidak kena tempat dan masa serta tak masuk akal! Dia sama sekali tidak mencintai lelaki itu.Namun kerana memikirkan dirinya,dia terpaksa juga bersetuju. "Saya tak cintakan awak tapi saya ikhlas mengahwini awak.Saya masih akan anggap awak sebagai isteri saya dan saya akan jalankan tanggungjawab saya sebagai suami awak.Melainkan nafkah batin.." - Riyadh Nadif Tapi setelah berkahwin,Aurell baru sedar yang banyak rahsia yang disimpan oleh suaminya. "Kenapa ya? Saya isteri awak tapi banyak perkara saya tak tahu pasal awak.Awak kerja apa sebenarnya? Kenapa awak tak pernah bagitahu saya? " - Aurell Latisha
Love Happen In That Way. by puccaontas
Love Happen In That Way.
puccaontas
  • Reads 182,820
  • Votes 386
  • Parts 13
Ainul Raina dan Fahim Idlan?Mahu ribut bergegar bergoncang dunia andai ada yang tahu rahsia mereka berdua telah disatukan terbongkar... Datin Hajah Kamilah, pengetuanya, ibu Fahim, datang meminang dia. Ainul keliru... Walau usianya sudah 19 tahun, tapi Ainul masih mahu mengejar cita-citanya. Menjadi pelajar cemerlang itu satu anugerah. Tapi menjadi pelajar harapan itu satu beban saat semua mengharapkan kejayaannya. Hanya satu difikirkan Ainul. Fahim tak ubah seperti sawang sawang labah labah. Kenapa? Tampak usang kalau tak dibersihkan. Tapi bila bergelar isteri dan pelajar sekaligus. Ainul belajar apa rasa tanggungjawab, berdikari, sayang, rindu, lelah, perit dan jerih. Paling bagus, Ainul dan Fahim belajar matang. Bila dekat dengan Fahim, Ainul nampak apa yang ada dalam diri Fahim yang selama ini disembunyikan lelaki itu. Ainul nampak kebaikan lelaki pendiam itu. Ainul selongkar kebolehan lelaki tampan itu. Ainul miliki lelaki idola pelajar perempuan di sekolah mereka itu. Satu yang Ainul tak tahu, bukan dia yang sedang jaga Fahim. Tapi Fahim yang sedang menjaganya... Please continue read...?
The Survival✔ by Eunnie00
The Survival✔
Eunnie00
  • Reads 395,796
  • Votes 20,742
  • Parts 66
◆◇◆◇ BOOK 2.0 ◆◇◆◇ Complete The survival atau sebelum ni BYT [bukan yang terpilih] Dia bagaikan sebuah lohong hitam, ku sedar bahayanya namun tak mampu untuk aku jauhi. Semakin ku hampiri, semakin kuat tarikannya. Memaksa aku tenggelam dalam penjaranya. APA mungkin aku dapat meneruskan kehidupan dalam penjaranya meski dia sudah lama putus asa untuk hidup? Atau , aku bakal melihat sendiri sinar kehidupanku dibawa pergi bersamanya?
Satu Mimpi ✔ by suenshenn
Satu Mimpi ✔
suenshenn
  • Reads 1,231,004
  • Votes 61,719
  • Parts 54
[Just so you know, aku tak sependapat dengan 18y/o me anymore, like this is so cringy and stupid so read at your own risk] Kau tahu beza sayang dengan cinta? Cerita Nazreen dan Emilin ni bermula dari Senior Year. So yeah, this is a sequel but it still can stand on its own. Walau masa dan benua memisahkan mereka, kalau dah namanya jodoh, larilah sampai Zuhrah sekali pun tetap akan bertemu. Tetapi sekali bertemu, bukan bermakna selamanya. Kalau dah selit nama Azra, celah nama Syed Shukri, nama si Doktor Izham a.k.a. bestest friend completely platonic tu pun boleh jadi isu. Ditabur sedikit perisa iaitu HCC dan infertility, okey, lengkap satu hidangan! "Biy, you cintakan I?" "Let me go, Em!" "Jawab Nazreen, do you love me?!" "Tak pernah ada sehari pun I tak sayangkan you..." Jadi, kau dah faham beza cinta dengan sayang? 'Katanya anggap ini satu mimpi. Yang datang sekadar untuk menguji.' [AMARAN!!] : Typo overdose, mohon jangan mati. Si penulis ialah sejenis sloth. Dia lembab dan pemalas. [AMARAN 2.0!!] : Ada sikit-sikit unsur 'suami isteri' but no worries, takde bed scene (too bad ahahaha). [AMARAN 3.0!!] : Fakta sains atau perubatan yg hanya merujuk pada wikipedia, so jangan nak komplen la kalau tak logik. Kelulusan aku Biology SPM je, bukan MBBS lol.
Tidak Untuk Lepaskan Mu.. (✔COMPLETED) by Choco_Lyn
Tidak Untuk Lepaskan Mu.. (✔COMPLETED)
Choco_Lyn
  • Reads 2,419,620
  • Votes 64,049
  • Parts 61
Perkahwinan itu sepatutnya menjadi momen paling bahagia untuk lelaki dan perempuan yang saling mencintai. Tapi.. kalau kahwin bukan dasar cinta? Kahwin bukan atas kerelaan hati? Kahwin bukan atas dasar hati yang mencintai? Penghujungnya adalah perpisahan.. Itulah takdir perkahwinan 6 bulan Engku Zafriel Syeikh dan Que Sarah Qaliesya. Perkahwinan mereka tak mampu bertahan lama atas dasar pilihan keluarga. Selepas tempoh 6 bulan mereka berpisah.. Itu keinginan Qaliesya yang inginkan hidup bujangnya semula tanpa dikongkong oleh seorang lelaki bergelar suami.. namun, bukan untuk Engku Zafriel Syeikh. Bila dah sayang, tak mungkin hatinya mahu lepaskan gadis itu.. Jika hatinya sudah kata cinta, selamanya hati lelakinya tercatat nama Que Sarah Qalieya.. Dan.. Tak mungkin dia akan lepaskan gadis itu.. @Novel ke-4 @Wattpads @Tidak Untuk LepaskanMu.. #Chocolyn
Dia Ustazku. [C]. by ejaroses
Dia Ustazku. [C].
ejaroses
  • Reads 1,855,489
  • Votes 60,184
  • Parts 52
Tingkah Zara Azzalea Yang suka keluar malam berfoya-foya dengan teman-temannya. Menimbulkan kerisauan di hati ibubapanya Tan Sri Rahmat Dan Puan Sri Mariam. Berbagai cara mereka lakukan untuk mengubah anak tunggal mereka itu. Benarlah kata orang. Nak melentur buluh, biarlah dari rebungnya. *** Keputusan Daddy Muktamad. You have to follow us. - Tan Sri Rahmat. _ Stressnya!!!!. - Zara Azzalea. _ Saya akan tunggu ustaz. - Ainul Mardhiah. Saya janji. Saya akan nikahi awak bila saya balik nanti. - Muhammad Yahya Lim. _ Benci i tengok ustaz itu. Poyo! Bajet Alim!. - Zara Azzalea. Goda Ustaz itu. Kita orang cabar kau! - Melly. *** Cabaran yang di sahut Zara untuk menggoda Ustaz Yahya. Ustaz yang menjadi mutawwif untuk jemaahnya. Tanpa di sengaja telah menjerat dirinya sendiri. Apabila dia tertangkap di dalam bilik hotel di mekkah berduaan dengan Ustaz Yahya. Orangtuanya yang begitu merisaukannya bersyukur apabila melihat keadaan itu. Dan menjadikan alasan itu agar Ustaz Yahya mengahwini anak gadis mereka. Meskipun mereka tahu Ustaz Yahya tidak bersalah. Zara Azzalea Tidak mampu berkata apa-apa. Dia sudah tiada pilihan lagi. Bagai di telan, mati Ibu. Di luah, mati Bapa. Hendak jujur. Keluarganya bakal mendapat malu. Kerana dia menggoda Ustaz Yahya. Tidak jujur. Juga mendapat malu. Namun tiada siapa tahu dia yang menggoda Ustaz Yahya. Dan bagaimana pula Muhammad Yahya Yang hanya mengharapkan Zara Menceritakan kisah sebenar saat itu. Bagaimana pula janjinya kepada Ainul Mardhiah?. Jika Zara Azzalea Tidak menceritakan hal sebenar. PS: Anggaplah perbualan yang mengandungi simbol ini (ccc) menggunakan bahasa cina. Sorry. Kerana i tidak tahu berbahasa cina. I just know "Ni hao ma" "She she" "Wo Ai Ni". Start [080917] End [171217]
Sleeping Prince Love (✔Completed) by Choco_Lyn
Sleeping Prince Love (✔Completed)
Choco_Lyn
  • Reads 2,384,704
  • Votes 89,295
  • Parts 57
(Fully Completed✔) Sleeping Prince Love@Novel Ke-2 @Chocolyn@WATTPAD Nurul Zyara Qairah- Sejak berusia lapan tahun, dia sudah diduga pahit kehidupan. Apa yang dia mahukan hanyalah sebuah keluarga yang bahagia dan ihsan daripada bapanya. Namun, baginya itu takkan pernah menjadi realiti. Kisahnya tak seindah cerita Cinderella namun dia harap kesudahannya adalah bahagia. Tengku Fikh Fakhrullah- Lelaki yang dikelilingi cinta dan kasih sayang. Dia sempurna segalanya. Impiannya adalah mahu menjadi suami kepada tunangnya, Qurratun yang amat dicintainya. Namun, bukan semua orang ada kisah yang gembira. Penghujungnya, dia hilang satu-satunya perempuan yang dia cinta. Mereka berdua memiliki latar belakang yang berbeza namun siapa sangka mereka mampu membina takdir mereka bersama. Bila takdir itu memiliki, kisah mereka tercipta.Bila cerita Cinderella dan Sleeping Prince diriwayatkan dalam satu buku, penghujung cinta mereka mungkin berbeza.
Bekas Kekasih Dia! ☑ by myladyv
Bekas Kekasih Dia! ☑
myladyv
  • Reads 2,404,820
  • Votes 89,884
  • Parts 52
Genap 6 tahun hubungan cinta antara Dian Raisya dan Aidil Zulkarnain, akhirnya hubungan mereka terputus juga. Dian merupakan seorang gadis yang ceria dan setia tetapi hubungan mereka terputus semuanya angkara Aidil yang mahu hubungan cinta mereka dirahsiakan daripada pengetahuan orang ramai. Mula-mula, Dian masih boleh bersabar. Lama-kelamaan, dia mula makan hati. Yelah, siapa tak makan hati kalau terpaksa bercinta senyap-senyap selama 6 tahun? Aidil ingat dia siapa? Lawyer? Majistret? Ahli muzik? Artis sekarang ni kalau bercinta pun dah canang satu Malaysia tau! Aidil Zulkarnain, seorang yang lelaki yang penuh dengan ego dan kerana keegoannya itu, dia sendiri yang memutuskan hubungan antara dia dan Dian yang sudah lama terjalin. Apabila dia tersedar akan kesilapannya melepaskan Dian, Aidil mula menjalankan misi ingin memenangi hati Dian semula. Tetapi, Dian bukan seperti Dian yang dulu. Dian kini menjadi seorang yang degil dan keras kepala apabila berhadapan dengan Aidil. Kehadiran Norman sebagai 'makhluk perosak' menyukarkan lagi misi Aidil. Bagaimanakah kesudahan hubungan mereka? *** p/s Arghhh ini dah masuk kali ketiga tulis sinopsis (setiap kali tulis mesti berlainan). Tak tahu kenapa tapi Wattpad selalu delete sinopsis yang saya dah tulis. Pfft. Dua kali tulis pakai handphone and kali yang ketiga ni try pakai desktop pulak. Kalau yang ini dia delete jugak, nak mogok 20 hari.
The Mama [C] by merlinakhan
The Mama [C]
merlinakhan
  • Reads 3,708,047
  • Votes 93,512
  • Parts 56
⚠️STRICTLY UNEDITED ⚠️Cringe (i wrote this when i was a delulu teenager) ⚠️Mature Content "Sayang anak-anak mama !" -Adaya Imani "Kalau sayang anak-anak, papanya pun kena sayang jugak" -Ilham Nazariel aka Papa hot Aidan dan Ayra adalah anugerah dari Tuhan yang paling indah. Tak payah susah-susah nak kahwin dan mengandung segala. Menjadi ibu susuan kepada anak-anak sepupunya yang duda itu telah mengangkat Iman sebagai seorang Mama. Tak perlu nak kerja pulak tu. Jadi babysitter jaga anak-anak, Ilham bayar gaji bulan-bulan. Tak ke bahagia tu? Get to know Iman, Ilham , Aidan and Ayra by touch the orange bar up there. Written by: @merlinakhan Cover by: @bellofa Publish: 3rd December 17 End: 11th May 18 HighestRank - #6 in Short Story [16/12/17] - #3 in Short Story [17/12/17] - #2 in Short Story [22/12/17] - #1 in Short Story [1/1/18]
Peluang Kedua by somebdy_
Peluang Kedua
somebdy_
  • Reads 6,556,149
  • Votes 180,866
  • Parts 96
Syafiha diminta oleh kawan baiknya untuk mengantikan pengantin perempuan dek kerana pengantin perempuan telah menarik diri dari majlis perkhawinan tersebut. Selamat bergelar isteri kepada Khairul, Syafiha sudah menjadi sebahagian daripada hidup Khairul. Dari status kawan baik bertukar menjadi suami isteri. Baginya semua ini bagaikan mimpi. Rumahtangga yang dibina tanpa dasar cinta itu akhirnya membuahkan hasil. Mula terbit bibit cinta antara mereka. Namun sayang, bibit bibit cinta yang mula tumbuh terbantut dek kerana orang ketiga. Kebahagiaan mereka selama ni hancur begitu sahaja. Beberapa tahun berlalu, Khairul sedar akan khilafnya. Dia mencari kembali isterinya. Mampukah Syafiha memberikan peluang kedua itu kepada Khairul? Mampukah mereka kembali bahagia? Atau sebaliknya?