♥️♥️
6 stories
KISAH CINTA KITA ❤️ by theannemoha
KISAH CINTA KITA ❤️
theannemoha
  • Reads 181
  • Votes 10
  • Parts 1
Meski mereka menghAlang, cinta ini tetap ada. Walau bibir berkata benci, hati tetap terusik.
Sayangku Ayden by theannemoha
Sayangku Ayden
theannemoha
  • Reads 9,711
  • Votes 637
  • Parts 43
[REUPLOAD] Reupload version of Ayden, My Kryptonite.
My White Knight by theannemoha
My White Knight
theannemoha
  • Reads 436,174
  • Votes 15,944
  • Parts 64
Mia Amanda, gadis yang kehilangan tunang tersayang dalam kemalangan yang meragut nyawa menjadikan dia tidak berminat mahu menjalinkan hubungan dalam masa terdekat. Sekurang-kurangnya biarlah hatinya sembuh dahulu. Namun hadirnya Hezry sedikit sebanyak mengubah hidup Mia malah menghadirkan rama-rama di hatinya. Seyf Hezry yang sarkastik, kaki buli dan kerek telah mencuri perhatian dan hati Mia. Munculnya tiba-tiba mengharu birukan kehidupan Mia Amanda. Tidak cukup dengan itu, lamaran yang dibuat Hezry secara tiba-tiba menggusarkan hati Mia. Keluarga menyuruhnya menerima manakala hati masih tidak bersedia. Mia akhirnya menurut kata keluarga kerana baginya, restu ibu bapa amat penting dalam perhubungan yang bahagia. Hezry sememangnya suami yang romantik, penyayang dan sangat baik. Namun rahsia demi rahsia mengenai kisah lalu Hezry seolah-olah mempermainkan takdir Mia. Setiap rahsia yang terungkai menjadikan Mia semakin tidak mengenali Hezry malah meragui niat sebenar Hezry mengahwininya.
Dejavu Semusim Cinta by theannemoha
Dejavu Semusim Cinta
theannemoha
  • Reads 12,303
  • Votes 655
  • Parts 21
Emir yang dipaksa berkahwin dengan gadis yang tiba-tiba muncul dalam hidupnya menjadikan dia dilema. Namun kerana taatnya kepada kedua ibu bapa, Emir menuruti permintaan kedua orang tuanya. ELina yang lemah lembut, sopan dan naif tidak kisah dalam menunaikan permintaan ibu bapanya meskipun dia seolah-oleh memperjudikan masa depannya dengan mengahwini Emir.
Lauraku ♥️ |ON HOLD| by theannemoha
Lauraku ♥️ |ON HOLD|
theannemoha
  • Reads 4,509
  • Votes 234
  • Parts 13
Ikatan kekeluargaan yang bertukar menjadi cinta. Dibesarkan bersama bagaikan adik beradik namun mampukah lelaki dan perempuan menepis rasa cinta yang hadir. Wujudkah bahagia untuk mereka? ????? "Will you marry me Laura?" Laura masih diam tak terkata. "Kalau semalam aku bagi pilihan jawapan yes or no, hari ni aku tukar sikit. Yes or yes? Sebabnya malulah kalau still dapat no.." ujar Jazz yang masih melutut. Pandangannya langsung tidak dialihkan dari wajah Laura. "I guess... Aku terpaksa cakap ni Jazz." Balas Laura serba salah. "It's okay Laura. Other men took years to make her say yes." Suara Jazz kian mengendur. Sedar yang dia terlampau memaksa Laura. "Dengarlah dulu aku nak cakap apa." "Told ya it's okay. Lagipun aku tak sanggup dengar rejection dari mulut kau." Tutut Jazz seraya bangun dari melutut. Badan dipusingkan dari Laura dan dia berura-ura mahu keluar dari situ. "Jazz!" Panggil Laura kuat. Mampu didengari sehingga ke tingkat bawah agaknya. Tempikan Laura mengejutkan Jazz. Dia berpaling semula ke arah Laura namun tidak mengucapkan sebarang kata. "I never say no and I know that I got no option other than.. Yes! Yes! Yes!" Ujar Laura sambil menunduk kerana dia tidak mampu melihat Jazz di saat ini. Malu kut!
Epilog Cinta Mikayla by theannemoha
Epilog Cinta Mikayla
theannemoha
  • Reads 421,113
  • Votes 16,040
  • Parts 64
[Sequel My White Knight tapi kalau tak baca the first one pun takpe ?] Masalah yang menimpa keluarga Mikayla sekaligus memberikan kesan kepadanya. Dia dalam masalah besar dan tiada tempat untuk meminta bantuan. "I akan bantu you." "Macam mana?" "Ikut I." Muncul Muiz Adrian dengan janji untuk membantunya bagaikan penyelamat dalam masalah yang melanda Mikayla. "Mama, papa Muiz nak kahwin dengan Mikayla." Berkahwin dengan Mikayla merupakan jalan untuk membantu masalah Mikayla. Muiz yang selama ini diminati dan hanya mampu menjadi mimpi indah Mikayla tiba-tiba sahaja melamarnya untuk dijadikan isteri. Lamarannya itu bagaikan bulan jatuh ke riba. Prince Charming masuk melamar kut. Dilamar jejaka idaman dan berkahwin dengan orang yang hanya dikenali dari jauh merupakan dua isu yang berbeza. Mana mungkin kisah cinta Mikayla semudah itu! Tersekat antara syarat gila Muiz dan masalah yang kian menghimpit Mikayla, dia akhirnya memberanikan diri untuk mengambil risiko. Risiko untuk memperjudikan nasib dan masa depannya dengan berkahwin dengan Muiz. Muiz yang diminatinya dalam diam selama hampir empat tahun. Perkahwinan yang diimpikan mampu memberikan nafas lega buat Mikayla bertukar menjadi permulaan konflik yang baharu. Hubungan cinta halal yang membuatkan ramai pihak tidak berpuas hati dan mahu memghancurkan rumah tangga mereka berdua.