zachmunyitt's Reading List
25 kuwento
Duda Cold Hearted (COMPLETED) ni cahaya-mata
Duda Cold Hearted (COMPLETED)
cahaya-mata
  • MGA BUMASA 140,347
  • Mga Boto 3,620
  • Mga Parte 25
Mohd Adam Firdaus merupakan seorang duda. Dia sejenis lelaki yang suka berterus-terang (straight forward). Kalau dia cakap tidak, maka tidaklah. Dia paling pantang jika orang tidak mendengar kata-katanya. Tidak pula pada Haura Irdina. Haura ialah anak kepada kawan baik ibu Adam. Atau merangkap bakal isterinya. Dia seorang perempuan yang susah nak dengar kata, degil, dan suka berfikiran negatif. Maklumlah, usianya masih muda. Orang kata apa, fikiran tak matang. Mana taknya, umurnya baru masuk 21 tahun. Satu hari, mereka dikahwinkan atas kehendak keluarga mereka. Haura tidak bersetuju dikahwinkan dengan Adam. Begitu juga dengan Adam. Pada Haura, dia ialah, diantara lelaki yang pertama paling Haura benci, kerana sifatnya yang suka merendahkan kaum wanita. Baginya, wanita tidak layak disayangi, dan hanya sesuai dijadikan hamba. Adam bercerai sebelum ini, kerana bekas isterinya curang dengan lelaki lain. Disebabkan itulah, sampai sekarang dia menganggap kaum wanita itu semua sama.
Qaseh Ghibran [COMPLETED]✅ ni AizackMesle
Qaseh Ghibran [COMPLETED]✅
AizackMesle
  • MGA BUMASA 1,442,966
  • Mga Boto 76,838
  • Mga Parte 60
Book Two Of The Angel Series: 𝘒𝘯𝘰𝘸𝘯 𝘢𝘴 𝘛𝘩𝘦 𝘗𝘰𝘴𝘴𝘦𝘴𝘴𝘪𝘰𝘯 GHIBRAN ISKANDAR, sebaris nama yang mampu membuat para gadis terjerit penuh keterujaan. Siapa sahaja tidak mengagumi si empunya badan. Serasanya ulat di celah batu pun boleh terliuk-lentok mendengar nama itu. Hiperbola? Tidak, itu memang satu fakta. Dikenali sebagai Ghib, merupakan seorang yang digilai para gadis. Sangat manis dalam berkata-kata. Pandai memikat, pakar dalam menggoda. Gayanya seperti lelaki kasanova yang penuh dengan kata cinta. Namun, tidak pernah sekali dia serius dalam percintaan kerana desakan masa lampau. Jika dulu dia mencintai, sekarang tujuannya hanya untuk menyakiti demi kepuasan diri sendiri. Dia tidak percaya lagi kata cinta setelah dia memberikan sepenuh hati kepada seorang gadis, malah cinta dia dipermainkan. Dia ditinggalkan saat dia benar-benar cinta. Lantaran itu, dia tidak percaya pada cinta. Sehingga satu hari prinsip hidup dia berubah untuk kembali mengejar cinta. Kerana satu pertembungan, dia jadi angau dengan cinta. Kerana satu malam, ia mengubah lakaran perjalanan hidup mereka. Kerana satu malam juga, air mata seorang gadis jatuh kerana dia. "Berapa kali saya nak cakap pada encik? Saya tak suka encik. Jadi jangan paksa saya untuk terima semua ni." "Tak pernah ada perempuan yang tolak aku. Kenapa kau jual mahal sangat ni hah?" "Nak tahu jawapannya? Sebab saya bukan perempuan murah. Saya tak heranlah dengan harta dan pangkat encik tu. Tak boleh bawa mati pun!" jerit gadis itu. Cek di tangan dikoyakkan menjadi cebisan kecil. "Kalau kau tak setuju untuk kahwin dengan aku, okey...tapi kau tengok apa akan jadi pada kau nanti. Jangan menyesal dengan keputusan kau. Aku bukan seorang yang mudah mengalah. Apa yang aku nak, aku akan dapatkan. Termasuk kau." "Saya tunangan oranglah!" "Pasangan yang dah berkahwin pun boleh bercerai, setakat tunang...hm mudah untuk aku." 🕊Cover by: AizackMesle
Hacker 426 ✔️  ni nurdinie03
Hacker 426 ✔️
nurdinie03
  • MGA BUMASA 3,490,505
  • Mga Boto 337,815
  • Mga Parte 90
[KARYA PERTAMA] Huwaaa... Cantikkan cover tu? Cover yg lawa gila tu by @azleyanaaa [In Editing] Shafira Addina. Seorang perempuan biasa yang hanya menjalani kehidupan seperti gadis lain. Keluarganya lengkap dan sentiasa bersulamkan bahagia. Dan seperti manusia lain, Shafira juga punya sahabat yang susah senang bersama. Sehinggalah semuanya berubah dalam masa tidak sampai 24 jam. Dia hilang semuanya gara gara satu kejadian tak diduga. Dan kerana peristiwa hitam itu, dia telah menjadi satu-satunya pewaris harta dan syarikat yang ditinggalkan ayahnya. Macam mana dia nak hadapinya sendiri tanpa sesiapa di sisi? Sedangkan dalang kepada pembunuhan keluarganya juga tak dapat dicari. 426. Seorang yang penuh misteri. Dia akan muncul dalam cerita ni dengan nama 426. Penggodam terbaik dan terkenal dalam kalangan kongsi gelap, polis malah tokoh usahawan. Perlukan bantuan untuk selesaikan masalah? Benda kecil! 426 boleh selesaikan. Tapi bayarannya jangan dibuat main sebab duit boleh dicari tapi kalau yang diminta tu ialah benda yang tak ternilai harganya, apa yang akan dipilih? Ini kisah sweet-mystery antara Shafira dan 426. Sweet Reminder 👑 CH 426 ialah buku pertama saya jadi... ❄️ Ada typo yg masih tak dibetulkan ❄️ Pengolahan ayat yg tak berapa matang ❄️ Tatabahasa yg sgt kurang ❄️Ada scene yg sangatlah cringey mcm mintak kaki ❄️ Kecelaruan maklumat yang nyata. Kesalahan dari segi umur watak, nama dan apa2 jelah. Nak edit, ambil masa juga ni. Ampunkanlah author seorang ni. Apa-apa pun, terima kasih kalau ada juga yg masih sudi nak tekan read atau masukkan dlm rl awk semua.😘
Lanets ni -zunally
Lanets
-zunally
  • MGA BUMASA 3,088,595
  • Mga Boto 307,830
  • Mga Parte 89
「 completed 」 「 inspired by Ouran Highschool Host Club 」 [AMARAN: bab awal awal sedikit cringe dan karakteristik kurang konsisten. kalau nak versi yang sempurna, belilah buku fizikal (akan datang) 👍🏻] Ini kisah sekumpulan 5 orang pelajar lelaki rupawan yang menjalankan bisnes dengan menawarkan servis teman lelaki upahan. L untuk Lee A untuk Ariyan N untuk Nazmi E untuk Edhan T untuk Thaqid. Nampak apa yang kurang? Yeap. Lanets perlukan seorang lagi ahli yang namanya bermula dengan huruf 'S'. Apa Lanets buat? Mereka tawarkan Shah satu tempat kosong. Atau perkataan yang lebih sesuai, paksa. Shah ada masalah. Rambut pendek dan hoodie The Beatles membuatkan Lanets fikir Shah adalah seorang mamat jambu kurang zat besi. Tapi Shah sebenarnya Aishah. Seorang gadis yang masih menangis waktu layan drama korea. ❝ Selamat datang ahli baru Lanets! ❞ ❝ Laknet. ❞ Dah banyak kali Shah cuba beritahu, tapi gagal. Genre: Slice of Life, Teen Fiction Started : 260517 Ended: 110822 [ #1 in teen fiction 121217 ]
Suamiku Tinggi 189cm?!!  ni MejiMoon
Suamiku Tinggi 189cm?!!
MejiMoon
  • MGA BUMASA 2,069,314
  • Mga Boto 89,199
  • Mga Parte 104
PANGGG!! Satu tamparan yang kuat telah hinggap di pipi kanan Najwa. Terasa amat sakit namun kesakitan itu tidak setanding luka di dalam hati yang sedang dialami olehnya ketika ini kerana suami yang selama ini dia cintai sanggup menampar dirinya di hadapan khalayak pelajar yang lain hanya gara-gara seorang gadis yang amat lelaki itu cintai,Adriana. Tanpa disedari, kedua-dua kaki Najwa berlari meninggalkan tempat itu. Dengan tudung sekolahnya yang tidak teratur akibat tamparan yang diberikan tadi membuatkan dia seperti pesakit mental yang sedang melarikan diri. Air mata Najwa yang laju mengalir di pipinya setia menemani hatinya yang kini hancur berderai. Adakah nasibku memang begini? Ditinggalkan oleh insan yang paling disayangi amat memeritkan. Namun aku redha dengan segala ketentuan-NYA. ----- "Saya akan selalu mendoakan kebahagian awak dengan si dia yang bertakhta di hati awak agar kekal bahagia selamanya dan terima kasih buat segalanya. "-Najwa "Aku tetap akan ceraikan kau dan aku tak perlukan doa kau untuk aku bahagia bersama Ana! "-Hakimi "Saya cintakan awak,Najwa."-Asyraf "Saya sukakan awak, sejak kali pertama saya jumpa awak lagi,Najwa."-Aiden "Saya harap sangat awak bukan adik kandung saya Najwa, sebab apa? Sebab diri saya dah mula cintakan awak."-Nabil. credit cover; @MorshiMello
Mawar Milik Raid[C]✅ ni AizackMesle
Mawar Milik Raid[C]✅
AizackMesle
  • MGA BUMASA 1,957,056
  • Mga Boto 93,203
  • Mga Parte 47
Known as, His Obsession ⚠️Toxic relationship alert. Mawar, cantik dipandang, namun sakit apabila dipegang. Indah, namun sukar untuk dimiliki. Orang kata, mawar seperti jinak-jinak merpati. Hanya mampu dipandang. MAWAR ADELIA nama diberi. Gadis pencinta bunga mawar. Cantik dan indah persis nama. Namun, kesempurnaan itu yang membawanya ke dunia kegelapan. Dia buntu. Dia takut untuk berdepan dengan hari yang mendatang. Rasa malu terhadap diri sendiri tidak pernah pudar sejak dulu. Dia rasa terbeban. Pergerakannya sentiasa diperhatikan. Dia jadi trauma. Dunianya sentiasa berputar-putar. Kelam dalam kegelapan yang membawanya pergi jauh. "Tolong lepaskan saya..." "Kau milik aku, Mawar." Hembusan nafas halus terasa dekat di tepi telinga. "Sa...sakit..." Dia cuba untuk mencari pertolongan. Tetapi dia yakin, tiada sesiapa pun akan mempercayai dia. Dia bukan sesiapa yang mempunyai pangkat, hatta kesenangan. "Tutup mulut kau dan layan aku sekarang..." Dia lemah. Berkali-kali dia cuba mengelakkan diri tetapi 'duri' itu datang lagi. Akhirnya, dia pasrah dengan ketentuan ilahi kerana 'duri' itu tidak akan sesekali melepaskan dia pergi. "Tolong jadikan saya isteri awak. Saya tak nak tanggung dosa ni lagi. Tolong..." Dia hanya mampu merayu. Tipulah jika tiada rumah tangga yang dilanda badai. Saat hati sudah bersedia untuk mencintai, ada insan lain yang datang kembali. Cuba merebut kedudukan dia sebagai isteri. Ternyata dia salah. Bukan kedudukan dia yang akan direbut tetapi dia yang telah mengambil kedudukan itu. Dia telah mengambil hak milik orang lain. Saat satu demi satu rahsia lama terungkap, mampukah 'duri' dan 'Mawar' bertahan demi satu hubungan yang tidak pasti? ⚠️Do not copy any part of this story.
BUNGA CINTA DI BEIJING✔ ni Ash_lmh
BUNGA CINTA DI BEIJING✔
Ash_lmh
  • MGA BUMASA 66,863
  • Mga Boto 2,232
  • Mga Parte 44
-Mekaran bunga menjadi saksi ketulusan cintamu- Percintaan yang berakhir dengan kelukaan telah menyebabkan seorang gadis yang pernah terluka telah menanamkan satu pendirian untuk tidak percaya dan menerima lelaki yang menabur cinta. Risya juga dalam ketakutan hendak melibatkan diri dalam percintaan lagi. Mampukah Risya mempertahankan pendiriannya yang seteguh Tembok Besar China itu? Adakah insan bergelar lelaki mampu meruntuhkannya?
MIA BELLA | C | S S •2• ni nisaamuttalib
MIA BELLA | C | S S •2•
nisaamuttalib
  • MGA BUMASA 76,883
  • Mga Boto 6,374
  • Mga Parte 20
[ S H O R T S T O R Y ] -2nd THE SECRET NEVER UNTOLD | MIA BELLA , secantik nama secantik itulah empunya nama . Seorang gadis yang hidup penuh dengan kegelapan . Tiada cahaya yang menyuluh membawa dia ke jalan lebih terang . Kehidupan yang tidak disangka , membawa suatu yang baru kepada gadis itu . Membawa nama yang cukup dibenci . " Tangan ini , tangan yang dah membunuh . Kau masih nak berkawan dengan aku ? Masih ? Hmm ... " " Itu bukan kesalahan dari kau . Malah kau hanyalah kambing hitam " " It not about kambing hitam , it all about I'm the one who kill my own mother . Tak pernah jumpa ke budak lepasan juvana kat luar sana ? I'm just the lucky one " Kerana satu kisah , dia dipersalahkan . Dia yang tidak mengerti apa-apa hanya mampu menelan pahit kebenaran itu . Sedangkan dia tahu , punca , siapa- tetapi dia malas mahu mengambil tindakan . Bukan dapat apa-apa . Dia masih diberi peluang untuk menghirup udara segar , dia bersyukur sangat-sangat . Tetapi sampai bilakah ? Mia Bella ... Dia ada impian . Ingin memiliki keluarga bahagia . Diri ini pula dibenci . Tiada pilihan lain . Demi kebahagian , dia rela undur diri . Membawa hati yang retak umpama gelas kaca . Membawa kisah dia tersendiri . Rahsia yang tidak akan terungkap . Kisah lima remaja yang penuh dengan keperitan .
JODOH ATAU BODOH | C | S S •1• ni nisaamuttalib
JODOH ATAU BODOH | C | S S •1•
nisaamuttalib
  • MGA BUMASA 311,338
  • Mga Boto 15,789
  • Mga Parte 23
[ S H O R T S T O R Y ] - 1st | ROMANCE SERIES | [ Sejauh manapun kau berlari , kau akan tetapku kejar . ] Mengisahkan tentang seorang gadis bernama Orked Diana yang ingin menjayakan misi dia dalam memikat hati seorang lelaki . Pelbagai cara , pelbagai rencah dia guna untuk menjinakkan si lelaki itu . Yang dia tahu , lelaki itu harus pandang dia seorang saja ! Tak boleh pandang perempuan lain ! Orked Diana tidak kisah , apapun tanggapan orang terhadap dirinya , yang penting misi dia berjaya ! " Cara pertama tak jalan , kita guna cara yang kedua . Kalau kau tak jinak juga , aku akan guna cara halus untuk dapatkan kau wahai encik jodoh " - Orked Diana . Dia Megat Faez Shah . Seorang jejaka yang memiliki rupa paras yang menjadi idaman setiap gadis . Ditambah kerjaya sebagai seorang doktor pakar , membuatkan ramai hati tertawan . Tetapi sayang , dia sudah menjadi tunangan orang . Mematahkan beribu hati diluar sana . " Awak ni bodoh ke apa ? Saya tak sukakan awak , that's mean memang saya tak suka ! Jauh sekali saya nak jatuh cinta pada awak ! Mark my words , idiot ! " - Megat Faez Shah . Kalau dah namanya Orked Diana , dia memang tak tahu malu . Sanggup memalukan nama baik keluarga dia demi untuk mencapai misi dia yang satu itu ! " Ya , saya memang bodoh sebab cintakan awak . Mungkin kebodohan saya ni saja awak nampak , awak tak pernah nak balas cinta saya . Saya faham , selama ni saya hanya bertepuk sebelah tangan " - Orked Diana . " Maafkan abang sayang , abang salah . Abang telah lukakan hati sayang . Kali ini tolong ... tolong berikan peluang untuk abang tebus kesalahan abang pada sayang " - Megat Faez Shah . Adakah sudah terlambat untuk Megat Faez Shah meminta peluang ? Pemergian Orked Diana telah membuka mata dia , bahkan hati dia . Satu persatu rahsia terungkap , yang membuatkan dia semakin rasa bersalah dan kesal . Kerana telah mensia-siakan cinta seorang wanita yang tulus mencintainya .
I lost my self in you [COMPLETE] ni froydesyaz
I lost my self in you [COMPLETE]
froydesyaz
  • MGA BUMASA 216,935
  • Mga Boto 5,889
  • Mga Parte 41
Seorang mafia yang berniat untuk membunuh seorang wanita atas dasar balas dendam kepada keluarga wanita itu disebabkan masa lalu.Ianya berubah 360 darjah apabila mafia itu terpikat dengan kecantikan dan perwatakan tersendiri wanita itu terhadap dirinya.Walaupun wanita itu dikurung dan diseksa,tetapi wanita itu masih berlembut dengan mafia yang telah bertindak kejam ke atasnya. Lama-kelamaan hadir rasa yang tidak pernah dia rasa iaitu sayang,simpati dan akhir sekali kedengaran jijik di telinganya tetapi inilah hakikatnya..Yaa perasaan CINTA