💞 Favorite💞
100 stories
HANYA INGIN KAU TAHU (UNPUBLISHED) by msroses_
HANYA INGIN KAU TAHU (UNPUBLISHED)
msroses_
  • Reads 605,290
  • Votes 774
  • Parts 1
4th story 🤍 Haris Wafi - Perwatakannya jauh panggang daripada api dengan maksud namanya. Pelindung yang setia? Tidak. Itu bukan dia. Nak melindungi siapa? Wanita? Tak mungkin. Bagi dia wanita cumalah alat untuk dia bersuka ria. Yang setia? Jauh sekali. Dalam kamus hidupnya tidak pernah wujud perkataan setia. Nur Nisrina - Maksud namanya sangat melambangkan perwatakan si pemilik nama. Cahaya sang mawar putih. Terdidik elok dengan didikan agama yang cukup menjadikan dia bagaikan sekuntum mawar putih yang tidak pernah ternoda. Yang sukar digapai oleh sesiapa. "Tuan Haris, apa kata tuan bayar je denda tu.. Tuan kan banyak duit?" - Nur Nisrina "Aku memanglah ada duit, kau ada duit ke?" - Haris Wafi "Err, kalau saya pinjam dengan Tuan Haris, boleh ke?" - Nur Nisrina "No!" - Haris Wafi "Habis tu, takkan Tuan Haris nak kahwin dengan perempuan kampung macam saya?" - Nur Nisrina "Why not?" - Haris Wafi Haris dan Nisrina, Mereka bagai langit dan bumi sehingga penyatuan mereka seolah-olah tidak masuk akal. Bagi Haris, perkahwinan ini cumalah satu pampasan yang perlu dibayar kepada wanita itu. Bagi Nisrina, perkahwinan ini adalah antara lipatan takdir yang Allah telah susun untuknya. Pampasan apa yang perlu dibayar oleh Haris sehingga bayarannya adalah perkahwinan? Rahsia apa yang cuba disembunyikan daripada pengetahuan Nisrina? Dalam pada Haris mencuba memperbaiki diri untuk menjadi pelindung yang setia, Nisrina menarik diri daripada menjadi sang mawar putih milik si jejaka. "Tuan tak pernah layak untuk jadi pelindung saya.." - Nur Nisrina "But you are my white roses.." - Haris Wafi
ASHRAF : SWEET LOVE TOUR [OG] by tyrastory_
ASHRAF : SWEET LOVE TOUR [OG]
tyrastory_
  • Reads 120,967
  • Votes 5,460
  • Parts 26
Pertemuan mereka setelah 3 tahun tidak bertemu membuatkan cinta Ashraf kepada Rania semakin mekar. "Yes Encik.." -Rania Mikayla "Ashraf. Or you can call me bie,baby, sayang,love,abang, or anje." - Ashraf Mikael "Kalau anjenk boleh?" -Rania Mikayla Perubahan sikap bekas kekasihnya yang kasar sedikit sebanyak membuatnya keliru kerana setahunya Rania adalah seorang yang lemah lembut. Namun semua terungkai apabila dia bertemu dengan ibu bekas kekasihnya. "Dasar bapa bodoh! Kau dera kekasih aku?!" -Ashraf Mikael "Saya tak sesuai untuk awak. Kita berbeza taraf." -Rania Mikayla "Taraf tidak menjejaskan hubungan kita asalkan hati kita bertaut antara satu sama lain." -Ashraf Mikael Kebenaran terungkap. Sekali lagi hati Rania dirobek oleh orang yg dicintainya. "Berapa kali awak nk menipu saya Ash.." -Rania Mikayla "I'm sorry love. Khilaf saya.." - Ashraf Mikael Jangan risau. Light conflict sahaja. Yang penting sweet terlebih had🙈 Kata-kata kesat, violent, mature, comedy and sweet. 💫 ⚠️DON'T PLAGIARISM⚠️ This story is my idea 100%. Don't copy my story. Thankyou.
KERANA AKU BUKAN DIA (COMPLETED) ✔ by Syaf_Asriqa
KERANA AKU BUKAN DIA (COMPLETED) ✔
Syaf_Asriqa
  • Reads 397,010
  • Votes 22,365
  • Parts 60
HUD AIDAN, siapa sangka di sebalik keceriaannya, dia pernah hidup umpama orang yang menunggu hukuman mati. Namun, ketika dia sedar akan khilafnya, dia diuji lagi apabila nyawanya menjadi taruhan oleh seseorang yang mahukan kematiannya. Bahkan, dia turut diuji dengan konflik keluarga. "Hud Aidan, aku nak kau mati! Kematian kau tu akan jadi trofi kemenangan aku!" NAURAH AFRINA, ketika menanti hari-hari bahagia, dia harus menerima kenyataan bahawa tunangnya terkorban ketika bertugas. Sakit yang dirasakan serta merta membuatkan hidupnya jadi mendung. Namun kerana kejadian itu, Afrina menjadi seorang gadis yang berhati beku. Tak semudah itu dia memberikan cinta kepada lelaki lain. Afrina dan Hud ditemukan apabila Afrina menjadi jururawat peribadi Datin Khalida. Sifat Afrina yang lancang sering menarik perhatian Hud lebih-lebih lagi gadis itu bisa mendiamkan ibunya yang angkuh. Namun dengan Dina, anak buahnya Hud, gadis itu seolah-olah seorang ibu yang lembut. Tapi, Afrina sering menolak salam perkenalan Hud. Semuanya kerana tragedi 14 tahun yang lalu... "Aku bencikan kau! Sebanyak mana pun kemaafan yang kau pinta, kau tak mampu nak ulang balik masa 14 tahun yang lalu! Apa yang kau dah buat pada aku tu terlalu kejam!" - Afrina Hud sedar bahawa dia bukan yang terbaik buat orang sekelilingnya. Apabila nyawa orang sekelilingnya turut terpalit dengan 'musuh misteri', dia nekad untuk melindungi mereka selagi hayat dikandung badan. Walaupun dia diancam, dia juga bertanggungjawab untuk melindungi orang-orang kesayangannya! "Aku kan dah janji yang aku akan lindungi kau dan aku tak akan sesekali biarkan sesiapa sentuh kau"- Hud Kerana tekad Hud, Afrina pula jadi buntu dengan perasaan sendiri. Dia masih ada sifat kemanusiaan walau sehebat mana sekali pun dia disakiti! "Kalau kau mati, sampai bila-bila aku tak akan maafkan kau Hud!" -Afrina "Memang aku bukan dia. Tapi aku nak lindungi kau untuk tebus semua kesalahan aku" - Hud MULA: 13 JULAI 2020 TAMAT: 28 FEBRUARI 2021
Lion ✔  by CikNaweeeee
Lion ✔
CikNaweeeee
  • Reads 1,251,934
  • Votes 1,722
  • Parts 5
Ranked #1 in Romance #1 in Cinta ♡♡♡ Adira menjinjit sedikit untuk berbisik ke telinga Arif. "Ayang, jom pergi tempat lain" Arif memandang Adira. Pandangannya serius. Dia serius kerana tak percaya dengan apa yang dia dengar tadi. Adira panggil Arif apa? Adira mengangkat kening sambil tersenyum kearah Arif. Arif tersengih. Hehe. "Erm, Syuhadah. We need to go. See you later." Kata Arif. Belum sempat Syuhadah membalas apa-apa Adira sudah menarik hujung kot Arif. "Sayang, call me that again" ♡♡♡ I'm not good at writing description, but here's the sneak peek of the book. The book is cheesy. But, you'll love it. It's a love story but it's not cliche I promise. Well, can't guarantee the 'not cliche' part but I tell you, it's different. Enjoy dan selamat membaca!
[C]✓Eidlan : Her saviour by Faijaa
[C]✓Eidlan : Her saviour
Faijaa
  • Reads 1,861,345
  • Votes 95,742
  • Parts 64
[Stand alone series] known as Her Saviour MUHD EIDLAN ISKANDAR : Jejaka tampan yang berkerja sebagai juruterbang, Menjadi idaman para gadis sudah biasa baginya. Tidak terlalu peramah tidak juga terlalu sombong. Seorang yang biasa saja. Lelaki yang mempunyai keluarga boleh tahan hebatnya. LALLAINA CHÚ : Gadis cantik berwatakan pendiam, Introvert. Keadaan keluarganya telah berjaya menukar perwatakannya yang happy go lucky kepada seorang yang pendiam dan tidak suka dengan keadaan yang sesak. Seorang gadis yang mempunyai impian menjadi pelukis tetapi terhalang disebabkan terpaksa menjadi CEO atas paksaan keluarganya. Ya dipaksa. Impian sedari kecil terpaksa dilupakan begitu saja demi keluarganya. Menghadapi situasi orang tua yang berpilih kasih itulah yang dihadapi gadis berkacukan Chinese-Malay ini. "Stay away from me Eidlan, I dont want something bad happen to you and your family just because of me." - LALLAINA CHÚ Mempunyai trauma untuk didekati orang lain, Takut Daddynya akan menghancurkan kehidupan mereka hanya sebab-sebab berkawan dengannya. "Please Kahwin dengan aku Lallaina." - MUHD EIDLAN ISKANDAR Dia nekad. Terlalu nekad. Nekad mahukan gadis yang dijumpainya sewaktu diparti hari itu. Hatinya sudah dicuri oleh gadis tersebut. Dan dia akan lakukan apa saja demi membuat gadis itu menjadi miliknya seumur hidup. Walau bahaya macam mana pun dia perlu hadap untuk miliki gadis itu. Dia sanggup. Amaran : (Cringe) (Mencarut) (Pembaca matang sahaja) (18SG) ⚠️So read at your own risk⚠️ Ofc cliche
𝐏𝐫𝐢𝐧𝐜𝐞𝐬𝐬 𝐌𝐚𝐢𝐬𝐚𝐫𝐚𝐡 | TERBIT by Liohayes
𝐏𝐫𝐢𝐧𝐜𝐞𝐬𝐬 𝐌𝐚𝐢𝐬𝐚𝐫𝐚𝐡 | TERBIT
Liohayes
  • Reads 770,040
  • Votes 44,259
  • Parts 35
Maisarah Az- Zahra Sombong, angkuh, percaya diri, berlagak, dingin, hati beku, mudah marah dan sinikal, semuanya dicampak kepada Maisarah. Si puteri mahkota yang sering jadi bualan orang kerana sikap dan kecantikannya. Mungkin kerana dia cantik, dia begitu. Namun, dengan hadirnya seorang jejaka untuk dijadikan suami Maisarah Az-Zahra, sikap Maisarah makin menjadi. Makin kesal kerana jejaka itu tak putus asa menggapai hatinya. "Walau Tengku anak raja sekali pun, saya takkan berlutut depan Tengku semata-mata terima benda sia-sia ini." "Awak ni kelakar juga, Puteri Maisarah. Saya tak suruh awak berlutut depan saya pun dan saya tak pernah terfikir awak akan berlutut depan saya sebab benda ini. Awak hanya perlu terima saya sebagai suami awak." "Dalam mimpi!" "Saya kira ini persetujuan antara kita." Kemenangan untuk Tengku Qayyum Afkari Falah ketika dapat memiliki wanita sombong seperti Maisarah Az-Zahra. Petik hujung jari saja untuk tambat hati si puteri raja ini. Tiada yang sukar buat Tengku Qayyum.
TERUKIR CINTA BUATMU (CERPAN) (COMPLETED) ✔ by Syaf_Asriqa
TERUKIR CINTA BUATMU (CERPAN) (COMPLETED) ✔
Syaf_Asriqa
  • Reads 42,618
  • Votes 2,527
  • Parts 15
Perigi mencari timba? Itulah gelaran yang sesuai diberikan kepada Melati Dahlia Melur. Si gadis sengal yang sering membuat masalah di sekolah hanya untuk menghulurkan salam perkenalan buat si ketua pengawas garang, Faliq Ridhwan. "Hai Faliq! Tahniah dapat gelaran juara. Kau okay? Ada yang sakit tak? Kaki ke tangan ke kepala ke?" -Melati "Ada. Sakit hati. Sakit hati tengok muka menyampah kau ni!"- Faliq Sikap menjengkelkan Melati sering sahaja mencabar kesabaran Faliq. Puas dimarah, ditengking dan dipulau tapi si pemilik nama bunga Melati masih degil mahu berkawan dengannya. Sehinggalah suatu hari perubahan mendadak Melati membuatkan Faliq merasakan kesunyian menjengah hidupnya. Tiada lagi tingkah ceria Melati yang menyebalkan. Di situlah Faliq mula menyedari bahawa dia terbawa dengan sebuah kenangan pahit yang membuatkan dia menolak salam perkenalan itu. Apabila Faliq menyedari khilafnya, mereka mula berteman. Masing-masing saling menyalurkan semangat untuk mengejar cita-cita. Namun semuanya hanya seketika cuma apabila Melati tiba-tiba menghilang dan hanya meninggalkan sepucuk surat buat 'crushnya' itu. 10 tahun Melati menghilang dan 10 tahun juga Faliq memendam perasaannya buat gadis aneh itu. Namun, ego dalam diri Faliq begitu tinggi. Setinggi Gunung Everest! Bila ditanya soal hati, sering kali dia menidakkan rasa kasih buat Melati. Bila takdir mereka ditemukan semula... "Mel... sepuluh tahun kau hilang macam angin. Sekarang kau nak bahas soal perasaan dekat aku?" "Faliq... kenapa kau tunggu aku kalau kau tak pernah balas cinta aku?" Apakah yang akan berlaku bila ego si kumbang terlalu tinggi terhadap si bunga?
Ustaz, Tunggu Saya! by aeinsohko
Ustaz, Tunggu Saya!
aeinsohko
  • Reads 977,170
  • Votes 35,151
  • Parts 61
Aisya Rabecca - seluar slack, jeans, kemeja-T , mini skirt dan semua jenis pakaian tak cukup kain. Itu semua sudah biasa baginya yang tinggal dibandar metropolitan. Clubbing dan balik rumah dalam keadaan mabuk. Itu semua rutin nya. Athief Hamidi - serban, jubah, songkok atau kopiah, kurta dan sejenis dengannya. Menjadi harapan makcik-makcik dikampungnya untuk dijadikan menantu. Sesiapa yang mendengar suaranya ketika sedang mengaji. Boleh luntur iman, tak perlu susah-susah pergi beli Varnish. Mereka berjumpa tatkala AISYA RABECCA ke kampung kawannya sekadar ingin bebaskan diri dari kesibukan bandar. Pertembungan kali pertama dengan ATHIEF HAMIDI membuatkan dia membenci lelaki itu. Akhirnya rindu dan cinta pula berputik kerana personaliti ATHIEF HAMIDI. "Ustaz, merdunya suara ustaz." - AISYA RABECCA. "Terima kasih. Semua itu anugerah dari Allah" - ATHIEF HAMIDI. "Ustaz, tunggu saya...." - AISYA RABECCA. Ingin mengetahui lebih lanjut?. Tambah saja novel ini ke reading list atau library kalian. #1 ranking in lovebird. #1 ranking in Islamiclove #3 ranking in romantic
BERIKAN AKU WAKTU (COMPLETED) ✔ by Syaf_Asriqa
BERIKAN AKU WAKTU (COMPLETED) ✔
Syaf_Asriqa
  • Reads 151,397
  • Votes 12,783
  • Parts 28
"Terima kasih sebab selamatkan aku dan gembirakan adik aku dengan kek coklat tu. Aku minta maaf sebab berkasar dengan kau. So, kita kawan?" - Athar Ketika salam perkenalan dihulurkan oleh Athar kepada Haura, ketika itu juga mereka tidak pernah menyangka bahawa perkenalan itu mempunyai motif yang tersendiri. Haura, gadis yang hampir menjejak ke usia 30 tahun masih tidak mempunyai pasangan hidup memberikan peluang kepada dirinya untuk berkenalan dengan Athar. Semuanya untuk menyenangkan ayahnya yang menghidap penyakit jantung. Keadaan ayahnya yang semakin parah membuatkan Haura terdesak untuk mencari pasangan hidup. Bagi Athar, pertemuan di antara dia dan Haura memberikan sinar baru dalam hidupnya setelah dia keluar dari 'kegelapan' yang membuatkan dia kehilangan seorang ayah. Dia yang hidup dalam rasa bersalah menebus kesalahannya dengan menjaga Amin, adiknya yang menghidap autisme. Masalahnya, Athar itu seorang bekas samseng yang mempunyai sikap baran yang selalu memeningkan Haura. Sikap mereka yang kontra kadangkala membolak balikkan hati Haura. Dalam masa yang sama, Athar mendapati bahawa waktunya semakin suntuk untuk menjadi pelindung Amin. Kerana hal itulah yang membuatkan Athar ingin mencepatkan setiap hal yang ingin dia lakukan sebelum waktunya berakhir. Malahan, bibit-bibit halus yang mula hadir untuk seorang Haura membuatkan Athar nekad untuk menjadi pelindung gadis yang mula mendapat tempat di hatinya. Namun, ketika waktu Athar hampir tamat semuanya berubah menjadi kedukaan buat dua hati yang saling bersatu. "Apa masalah awak?! Dah dekat dua minggu awak layan saya macam saya ni perempuan murahan untuk awak. Kenapa awak berubah? Awak dah buat saya cintakan awak, awak dah buat saya sayangkan awak dan saya serahkan seluruh raga dan jiwa saya pada awak dan ini balasan awak? Kenapa?!" - Haura Ilyana "Berhenti cintakan aku. Kan aku dah cakap, jangan biarkan kau hanyut dalam hubungan kita." -Athar MULA: MEI 2020 TAMAT: 24 JUN 2020
Bidadari Huzair by aeinsohko_
Bidadari Huzair
aeinsohko_
  • Reads 99,648
  • Votes 5,574
  • Parts 78
(SEQUEL USTAZ, TUNGGU SAYA! by @aiensohko) Cover editor - @sirapbang- 🕊️ Pergi dan pulang bersama harapan. Bertahun-tahun menyimpan rasa. Dalam doa tak pernah terlupa. Namun hampa, harapan sekadar harapan. "Saya dah kahwin." - Iman Nadiah Tapi siapa sangka, dia masih punya peluang. Namun saat ingin direbut peluang tersebut, restu pula tidak memihak. Perkahwinan mula diatur. Perasaan pula diketepikan demi hubungan kekeluargaan. "Huzair cintakan Nadiah." - Athmar Huzaifah "Susah sangat ke awak nak lupakan dia? Susah sangat ke nak buka hati untuk saya?" - An-Neesa Syahlaa Perkahwinan yang diimpikan bahagia rupanya masih berselirat dengan kisah lama. Mampukah mereka bertahan dalam mahligai itu? Mampukah hati menerima orang baru? Masih adakah peluang kedua dalam hubungan mereka? "Boleh kita berhenti sampai sini? Kita sama-sama penat, Neesa. Hati kita sama-sama terluka. Kita berhenti sampai sini sebelum keadaan lagi teruk." - Athmar Huzaifah