Cinta Nafas Baharu
9 stories
Terpadamnya Lilin di Tangga by bukukarangkraf
Terpadamnya Lilin di Tangga
bukukarangkraf
  • Reads 72
  • Votes 0
  • Parts 9
Mimpi aneh yang menyakitkan membawa Umair Jayden ke sebuah perkampungan nelayan. Di situ dia bertemu Saufi, anak muda yang menguatkan keyakinannya pada gerak hati. "Ibunya mengalami kemurungan, adiknya ada masalah penglihatan dan perlukan pembedahan segera. Sedangkan si abang hanyalah penjahit pukat." Namun, penerimaan Jusoh hanya separuh hati. "Tak masuk akal! Siapa dia ni?" Dalam kekalutan, ada Awatif yang ingin mempercayai. "Kak Atif sedar tak, dia hanya ambil kesempatan atas ketiadaan Hambali?" Penolakan yang berkali-kali menjadikan Umair tahu diri. Ketulusannya yang diragui membuatkan harapannya koyak dan jiwanya rabak. "Saya belajar menjadi gagah. Walaupun diri hampir patah macam papan-papan lama jeti tu." - Umair "Dia dah tak ada lagi dalam hati kami. Dia dah matikan seluruh rasa bahagia dalam keluarga ni!" - Jusoh Kelukaan Umair membirat hingga membawa langkahnya pergi. Namun, tanpa disedari, ada cebisan memori yang dia tinggalkan dalam hati seseorang. Terpanggilkah rindu pulang ke pangkuan?
Jane & Cassandra by bukukarangkraf
Jane & Cassandra
bukukarangkraf
  • Reads 96
  • Votes 0
  • Parts 8
Leila seorang hoarder cleaner. Ketika dia berusia sepuluh tahun, dia sudah menyaksikan kedurjanaan hati manusia dewasa di sekelilingnya. Jadi, apalah sangat kerjayanya mencuci najis dan kekotoran orang lain. Kebahagiaannya hanya satu; menjadi pelindung kepada satu-satunya ahli keluarga yang masih tinggal selepas tragedi yang menimpa mereka. Menjadi Jane kepada seorang Cassandra. Dia tidak perlukan pujuk rayu Asmawi mahupun lamaran tidak bererti daripada rakan karibnya, Nik. Dia tidak perlukan kebahagiaan sebegitu. Sehinggalah Hadi muncul dalam hidupnya. Lelaki yang senyumannya boleh mencairkan mentega, tetapi menyimpan seribu satu kedukaan dalam hati. Bagi Jannah pula, semua pengorbanannya adalah demi satu janji kepada abi yang harus dikotakan. Hidup matinya adalah untuk memastikan janji itu tidak akan dimungkiri. Namun, apabila insan daripada masa lalunya muncul mengancam keselamatan Leila, Jannah sedar bahawa banyak yang dia tidak tahu tentang adik sendiri.
Si Bakhil dengan Bunganya by bukukarangkraf
Si Bakhil dengan Bunganya
bukukarangkraf
  • Reads 329
  • Votes 3
  • Parts 8
Takdir menemukan seorang jejaka bersifat bakhil, Baqi dengan Kekwa, seorang gadis 'kekwat', di bumi asing dalam kehidupan yang ralat untuk mereka tempuhi sendiri. Lantas mereka mencipta hubungan aneh yakni sahabat yang saling mempergunakan demi kepentingan diri masing-masing. Baqi hidup bertunjangkan misi untuk membalas dendam terhadap ayah saudaranya, Abu Jalal. Kekwa pula ada kisah hitam dan dendamnya yang tersendiri terhadap ibu tiri dan ayahnya. Baqi disuruh menggoda adik sepupu Kekwa, Orked untuk menghuru-harakan hubungannya dengan tunangnya, Uwais. Sebagai balasan, Kekwa pula bersetuju berlakon menjadi kekasih Baqi dan mengikutnya pulang ke ladang kelapa sawit untuk berperang dengan Abu Jalal. Tanpa mereka sedari, dalam misi membalas dendam, mereka saling terjatuh hati antara satu sama lain. Bermulalah adegan gila menafikan gelodak di jiwa masing-masing. Kekwa yang takut untuk kehilangan lagi tidak ampuh menerima Baqi. Baqi pula terjerat antara rasa suka dan misinya. Saat nyawa jadi taruhan, perhubungan mereka terus teruji. "Gunakan ajelah aku. Lepas tu buang aku. Macam yang orang lain buat. And trust me, Bakhil... Aku akan buat benda yang sama dengan kau."- Kekwa "Aku boleh pastikan apa yang kau nak adalah aku, hala tuju kau adalah pangkuan aku dan tempat tinggal kau adalah rumah aku. Tapi boleh tak kau jujur dengan perasaan kau?" - Baqi
CINDERLISA  [RAW] by Terikaii
CINDERLISA [RAW]
Terikaii
  • Reads 8,655
  • Votes 725
  • Parts 23
TAJUK SEBELUM INI : CALON ISTERI UPAHAN CALON ISTERI UNTUK DIUPAH! Bujang belia, tak laku lagikan terlajak dijemput untuk mendapatkan khidmat calon isteri upahan. "RM 5,000 for each job... -FAREEZ Tapi lain yang dirancang lain pula yang jadi bila Zafran munculkan diri. Tak pasal-pasal Fareez jadi tunang jadian. Ini sudah terbalik namanya! "Aku akan tuntut hutangnya di kemudian hari." -FAREEZ Partner in crime, itulah gelaran paling sesuai untuk menggambarkan mereka. Semua terpedaya dengan lakonan pemenang tahap Anugerah Skrin itu. Sekali ibu dan ayah tertipu! Balasan anak derhaka agaknya sampai semua rancangan mula jadi kacau. "Rumah ibu kau dekat mana?" -FAREEZ "Dekat Sekinchan. Kenapa?" - ALISA "Kitaorang on the way ke sana." -FAREEZ Salah skema jawapan! Patutnya kata rumah ibu ada dekat Uganda tadi! Disebabkan satu peristiwa gelap berlaku dalam hidup Alisa, yang dipercayai hanyalah Fareez. Sehinggalah satu perbalahan berlaku yang menyebabkan dia akhirnya dituntut. "Sekarang aku nak tuntut bayaran tu. Terima pinangan aku dengan ikhlas dan jadi isteri aku." -FAREEZ Berhutang jasa, body tergadai!
Cinta Maha Luas by bukukarangkraf
Cinta Maha Luas
bukukarangkraf
  • Reads 51
  • Votes 0
  • Parts 3
Tiga kisah, tiga kehidupan. Raihan yang berkahwin dengan seorang gadis yang hatinya telah tertutup dan tidak mampu mencintai orang lain lagi. Apakah perkahwinan mereka akan terus berjalan tanpa rasa cinta? Dan Ikhwan yang perlu bersendirian membesarkan anak selepas cinta dirampas daripada tangannya. Lalu, berada dalam dilema kerana telah menyerahkan hatinya kepada perempuan yang tidak boleh dia dekati sama sekali. Indah: Perempuan yang menjadi pusat semesta dua lelaki. Sanggupkah dia mengatakan tidak ketika sebentuk cinta tulus dan tidak mementingkan diri sendiri, dibentangkan di hadapannya? Persoalannya, cinta tidak boleh dipilih pada siapa dan bila ia akan tertuju. Lalu, bagaimana jika cinta itu tumbuh pada orang yang salah kelak? Perlukah ditolak? Namun, bukankah cinta itu anugerah? Ketika situasi mula di luar kawalan, maka kepada siapa lagi kita perlu kembalikan semua urusan hati, jika bukan kepada Sang Pemilik Cinta?
Kepada Perempuan Yang Menginginkan Suamiku by bukukarangkraf
Kepada Perempuan Yang Menginginkan Suamiku
bukukarangkraf
  • Reads 101
  • Votes 1
  • Parts 3
Bunga, seorang ahli psikologi yang selalu berkongsi tip rumah tangga melalui media sosialnya. Kehidupan ibu kepada seorang anak itu digambarkan sempurna dan bahagia. Tiba-tiba, e-mel aneh daripada HeloKiti muncul berterusan dan mengganggu emosi Bunga. Si HeloKiti membocorkan hubungan rapatnya dengan Haris, suami Bunga. Apa tujuannya? Mengapa dia begitu berani mengirim e-mel yang boleh menyuburkan prasangka dan membuatkan hari-hari Bunga dipenuhi curiga? Padahal dia tahu, menjaga kejernihan fikiran itu sangat penting. E-mel yang ditulis dengan pemilihan kata dan pendekatan yang menunjukkan pengirimnya terpelajar, terus melemahkan Bunga. Memaksa Bunga melihat Haris, lelaki baik hati, imam sempurna yang telah ALLAH hadirkan untuknya itu dari sudut yang berbeza. Benarkah Haris telah berlaku curang? Atau ini cuma usaha seseorang yang tidak suka melihat kebahagiaannya sehingga tega untuk menghancurkan rumah tangga yang dibina?
Duhai Pemilik Hati by bukukarangkraf
Duhai Pemilik Hati
bukukarangkraf
  • Reads 98
  • Votes 5
  • Parts 3
Syafiqah Hanin, seorang siswazah yang bersemangat kental dan tidak mudah berputus asa. Dalam kesibukannya sebagai seorang pelajar, hatinya terpaut kepada pensyarahnya sendiri, Ustaz Mohd Izzat. Namun apabila mengetahui status lelaki itu, dia mengundurkan diri. Takdir menemukan dia dengan isteri pensyarahnya, Puan Maslia, yang sakit tenat. Tawaran menjadi isteri kedua Ustaz Izzat terpaksa ditolak lantaran dirinya sudah mengikat tali pertunangan dengan Sir Saiful Bahri. Namun, apabila tunangnya mengetahui isi hatinya sebelum ini, dia ditinggalkan pada hari perkahwinannya. Cukup kuatkah hati Syafiqah Hanin bertahan?
Bawah Payung Awan by bukukarangkraf
Bawah Payung Awan
bukukarangkraf
  • Reads 1,161
  • Votes 6
  • Parts 3
Persahabatan mereka bagaikan awan yang memayungi saat panas terik mentari membahangkan tubuh. "Aku awan yang akan selalu payung kau ke mana saja kau pergi..." Kawasan setinggan yang bagaikan neraka dunia itu menyajikan seribu satu ujian yang menggoncang persahabatan yang sudah dimeterai mereka sejak kecil. Widad cuba menjadi semangat Soleiman dan Hanan. "Apa yang kau ada, Widad?" "Diri aku, keupayaan aku. Hanya aku yang dapat ubah aku. Hanya aku yang dapat tolong aku..." Namun, cemburu Hanan yang tidak bertepi datang menghukum. Widad dan Soleiman dipergunakan. "Hanan nak akak tinggalkan dia! Kalau akak tak buat, Hanan akan bencikan akak!" Mampukah Soleiman mencagarkan sebuah rasa kerana janji yang diikrarkan kerana simpati? "Kau tau apa kau rasa. Aku tau apa aku rasa. Tapi kita tahu perkara tu mustahil..." - Soleiman "Kau kata kau awan aku. Kalau aku tak capai langit, macam mana aku nak jejak awan?" - Widad Dalam menempuh pasang surut kehidupan, tiga hati berjuang mencari secangkir bahagia.
Bitterhoney by bukukarangkraf
Bitterhoney
bukukarangkraf
  • Reads 214
  • Votes 2
  • Parts 3
Cita-cita dan kerjaya menjadi keutamaan Nurul Hannah. Dia seorang wanita bijak dan bervisi yang jelas dengan matlamat hidupnya. Fokus dan dedikasinya tidak pernah tersasar. Dari Sijil Pelajaran Malaysia sehingga menjadi mahasiswi Ijazah Kedoktoran, satu demi satu kejayaan diraih seiring dengan kemajuan kerjaya. Namun apa yang harus Hannah lakukan apabila lamaran Aidil diterima oleh keluarganya? Sedangkan perkahwinan dilihat sebagai ancaman kepada cita-cita dan kerjayanya. Ternyata kesabaran dan ketulusan cinta Aidil berjaya mengubah Hannah. Cinta Hannah menjadi milik Aidil seluruhnya. Biarpun begitu Aidil tidak pernah membiarkan Hannah melepaskan cita-citanya. Mereka bersama mencipta visi dalam dunia profesional dan membina syurga cinta dalam perkahwinan. Ketika segalanya kelihatan sempurna, takdir mencipta naratif berbeza. Hadir orang ketiga dalam hubungan mereka. Demi kebahagiaan anak-anak, Hannah tabahkan diri menerima wanita lain di dalam hidup Aidil. Namun sejauh manakah dia mampu bertahan apabila ujian terhebatnya membuatkan dia hampir mengambil nyawanya sendiri? Masih adakah syurga cinta buat Aidil dan Hannah? Adakah pengakhirannya sepahit hempedu atau semanis madu? Mungkin juga dua dalam satu... Bitter Honey