velvetnoirstories
🥀Ini adalah cerita pertama saya. Segala kesilapan atau salah penggunaan tatabahasa harap dimaafkan. Jika ada mana-mana bahagian yang perlu dibaiki. Boleh dm saya personal di tiktok velvetnoir.ink.
Hope enjoy reading because gelora diana banyak plot, twist yang tak terjangkau dek akal. ❤🔥
❗ DARK ROMANCE ALERT ❗
Dunia Diana runtuh dalam sekelip mata. Kehilangan orang tersayang secara serentak meninggalkan lara yang tiada penghujung. Dia hampir menyerah kalah, hampir memilih untuk lenyap dari dunia yang menyeksakan ini,sehinggalah hadirnya Daffa Al-Haq. Insan kecil itu menjadi satu-satunya nafas dan alasan untuk Diana terus berdiri.
Namun, takdir mempunyai rencana yang lebih kejam.
Munculnya Ikmal Zafran, lelaki yang hidup dalam kekosongan akibat memori yang diragut separuh. Dahulunya, dia adalah lelaki yang angkuh; lelaki yang merasakan dunia ini berada di bawah telapak kakinya. Namun kini, tanpa memori, dia hanyalah seorang lelaki yang tersesat dalam bayang-bayang masa lalunya sendiri.
Pertemuan yang disangka sinar, rupanya adalah permulaan kepada igauan ngeri. Kerana di sebalik wajah polos Ikmal yang hilang ingatan itu, tersimpan hakikat sebenar yang tidak terjangkau dek akal.
Apabila memori mula terpahat kembali, adakah Ikmal pelindung... atau punca segala duka yang selama ini menghantui Diana?
"Namun, di celah rahsia yang tersimpan, ada Ehsan. Sahabat setia di mata Ikmal, namun musuh dalam selimut yang sedang menghitung detik untuk membalas dendam. Baginya, Diana bukan sekadar wanita, tapi bidak catur yang bakal menghancurkan segalanya.
Apabila pengkhianatan berselindung di sebalik persahabatan, siapakah yang benar-benar layak memegang gelaran pelindung?"
"Selamat datang ke neraka yang paling indah, Diana."
🥀🔥🥀🔥🥀🔥🥀🔥🥀🔥🥀🔥🥀🔥