9 Partes Continúa Adam, seorang lelaki pendiam yang sering menyimpan luka silam, akhirnya menemui kebahagiaan apabila berkahwin dengan Jojo, cinta hatinya. Namun, bahagia yang baru berputik mula diuji apabila abangnya sendiri, Rayyan, tidak dapat menerima hakikat bahawa Jojo bukan lagi miliknya.
Rayyan, yang semakin hilang kewarasan, menjadikan Adam sebagai musuh ketat dalam hidupnya. Dari kasih menjadi dendam, dari abang menjadi ancaman. Adam terperangkap dalam konflik keluarga yang memeritkan, dihimpit rasa bersalah, marah, dan keinginan untuk mempertahankan cinta serta kehormatan isterinya.
Dalam pertarungan antara darah dan cinta, Adam diuji sejauh mana dia sanggup melindungi orang yang dicintainya - walaupun terpaksa menentang darah dagingnya sendiri. Tapi mampukah dia terus bertahan, apabila cinta yang tulus mula berubah menjadi pertempuran jiwa yang kelam?