Story cover for Samurai Melayu by HilalAsyraf
Samurai Melayu
  • Reads 10,186
  • Votes 226
  • Parts 6
  • Reads 10,186
  • Votes 226
  • Parts 6
Ongoing, First published Nov 09, 2017
Mus'ab menyimpan kisah silam yang hitam. Sebagai algojo organisasi gelap terbesar asia - Ryuken, dia telah banyak meragut nyawa. 15 tahun yang lalu, dia dihantar pulang ke Malaysia untuk menjadi senjata rahsia bagi organisasi tersebut. Menanti untuk diaktifkan sambil menjalani kehidupan seperti rakyat biasa. 

Namun sesuatu telah mengubah kehidupannya.

Apabila tiba masanya, dia telah diaktifkan oleh cabang Ryuken di Malaysia, Organisasi Mitsuhide. Apabila Mus'ab membantah seruan tersebut, nyawa keluarganya diugut. Mus'ab telah masuk campur dalam urusan menumbangkan Mitsuhide secara tidak sengaja, sekaligus menjadikan dirinya sasaran Ryuken.

Tindakan Mus'ab itu juga mengakibatkan dia berada di dalam radar Inteligen Kerajaan Malaysia.
Bakri dan Faisal telah dihantar oleh Direktor Amiri untuk memburu Mus'ab. Sementara Ryuken mula mengarahkan operatif elitnya, Syaitan Bertujuh, menerjah Malaysia bagi menamatkan nyawanya.

Mus'ab terseret ke dalam konflik yang lebih besar. Nama lamanya, Ryujin kembali didengari. Katananya, Muramasa, yang telah lama 'tidur' kini kembali bermandikan darah. Dalamannya berkonflik dan tertanya-tanya apakah Tuhan tidak sudi mengampunkan dosa-dosa lamanya? Apakah tidak cukup perubahan yang telah diusahakan? Perlahan-lahan Mus'ab seakan kembali didakap dirinya yang lama. Seorang algojo.

Di tengah-tengah keserabutan konflik bertingkat-tingkat ini, Ryuken pula punya agenda misteri yang dianggap senjata terakhir untuk menghalang kemaraan Malaysia dan Islam di persada antarabangsa.

Mampukah Mus'ab berhadapan dengan semua cabaran yang menuju ke arahnya?
Apakah Ryuken akan berjaya mencapai misi mereka?
All Rights Reserved
Sign up to add Samurai Melayu to your library and receive updates
or
#206islamik
Content Guidelines
You may also like
Thriller : Wais Ayden ✓ by dsyaf_
56 parts Complete
Series 1 Keseronokkan jalan cerita tidak bergantung pada nilai pembacanya, tetapi pada si penulisnya. Dia bukan sesiapa, Dia tiada agama, Dia dahagakan manusia, Untuk jatuh ke tangannya. *** "Satu nyawa, Rm10 000?" Senyuman sinis dilempar. Butang blazer dibuka, lalu punggung dilabuhkan di atas sofa berjenama itu. "Aku tak terima tawaran membunuh yang biasa-biasa." Cermin mata hitam dibuka, jelas matanya yang berwarna itu menampakkan lagi wajah kacukan yang dimiliki. *** "Saya Siti Marwah, anak ustaz Malik. Salam kenal ya?" Ini tawaran membunuh yang menyeksa diri, terpaksa berlakon menjadi orang islam, terpaksa solat dan mengaji, bahkan terpaksa berpuasa demi mengaburkan pandangan ustaz Malik. Siapa ustaz Malik? Lelaki yang bakal menjadi mangsa pembunuhannya. *** "Kau penipu! Aku bersumpah, tuhan akan jatuhkan hukuman setimpal kerana kau mempersendakan agama kami!" *** "أَشْهَدُ أَنْ لآ إِلَهَ إِلَّا الله وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَّسُوْلُالله" "Aku bersaksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah." *** Masih ada jalan buat Ayden? Agama menjadi pegangan atau kerjaya? Mana satu yang akan menjadi pilihan? Semuanya bakal terbongkar dalam Karya Wais Ayden. *** Start : 2/2/2021 End : 6/8/2021 Novel ini mengandungi banyak kesalahan dari pelbagai aspek, dan untuk mengedit semula akan mengambil masa yang lama, jadi saya harap pembaca dapat memahami setiap kesalahan yang tidak disengajakan.
QASEH'S AMORE ✓ by aish_maira
54 parts Complete
[The Pattenson Family Finale Series] Hubungan yang dulunya sentiasa baik tanpa salah faham mahupun selingkuhan, kini berubah setelah tiga tahun hubungan cinta mereka terjalin. Qaseh dan Alexo kini berhadapan dengan masalah utama dalam hubungan mereka. Perbezaan agama. Perpisahan yang tidak diingini oleh kedua pihak, kini mencetus bahaya apabila luka yang lama kembali berdarah. Kisah silam yang penuh tragis kini kembali membawa memori hitam singgah di ingatan. Dalam tidak diduga, nyawa Qaseh menjadi taruhan. "Saya nak awak jadi isteri saya."-Alexo Richard D'Russo- Namun, demi menyelamatkan satu satunya cinta kasih yang dia ada, penipuan terpaksa dia lakukan, tatkala hati belum terbuka untuk menerima Islam, dia paksakankan juga. Tanpa sedar dia lupa, mencintai seseorang biarlah kerana Allah, bukan kerana nafsu. "If I say I convert to Islam, but I don't follow what's it teachings?" -Alexo Richard D'Russo- "Bermakna awak belum sedia untuk bimbing mahupun bergelar suami pada saya. Antara awak dan Allah, saya pilih tuhan saya." -Qaseh Miranda Pattenson- Tercetuslah masalah yang lagi besar tatkala hati berbelah bahagi. Pada awal perkahwinan mungkin dia nikahi Qaseh demi keselamatannya. Tapi kini, dia nikah dan cintai Qaseh kerana Allah. Disaat mereka mula kembali kepada satu sama lain, kebenaran kisah silamnya menjadi buah mulut orang sekeliling sehingga Alexo kembali tenggelam dalam memori hitam 13 tahun lalu. Hanya demi Qaseh Miranda, dia sanggup korbankan nyawanya. Sungguh hebat cinta mereka. Cinta yang terjalin kerana kuasa-Nya yang Esa. Apakah kisah silam yang membawa mereka kembali ke dunia hitam? Mampukah mereka menjalin kasih kerana Allah? Genre: islamic, romance, action, thriller, family, sad
Berikan Aku Bahagia[UnEdit] by SidMedea
69 parts Complete
HANYA kerana peristiwa yang terjadi, dia berubah dari seorang yang ceria kepada beku dan dingin. Peristiwa yang berlalu bukan atas kehendaknya. Selepas beberapa tahun, dia ditemukan dengan seorang wanita yang telah menambat hatinya. Tanpa berfikir panjang, dia mengikat wanita tersebut dengan ikatan perkahwinan walaupun wanita tersebut tidak ada perasaan suka atau cinta padanya. Tekad dihati ditanam dalam - dalam yang dia akan membuatkan wanita itu jatuh cinta dengannya. Bahagia yang datang tak sepenuhnya dapat digenggam bila dia difitnah hingga membuatkan rumah tangganya porak peranda. Konflik rumah tangganya, konflik keluarganya membuatkan dirinya hampir - hampir berputus asa namun sokongan dari sahabat - sahabatnya membuatkan semangatnya tinggi untuk menawan hati si isteri yang tinggi setinggi gunung Everest. Satu persatu cara dilakukan untuk membuka pintu hati isterinya semula yang bagai seketat - ketat kawalan di istana ratu Elizabeth di UK. "Sayang, sayang maafkan abang. " "Tak nak. Pergi dari sini, aku tak suka tengok kau. " "Sayang! " "Jangan panggil aku sayang. Aku tak suka." "Dian. " "Eeeehh.... " Rahsia yang disimpan kemas selama ini terbongkar dan menambahkan lagi ke salah fahaman yang berlaku. Rahsia yang menyebabkan nyawa isterinya, nyawa keluarga isterinya dan nyawa keluarganya terancam. Riz Amsyar yang sebenar yang selama ini disembunyikan sebaik mungkin dengan Riz Amsyar yang baru, terbangun bila musuhnya tidak mengendahkan amarannya supaya menjarakkan diri darinya. Mampukah dia mencapai bahagia yang dikejarnya? Mampukah dia menyelesaikan konflik rumah tangganya. Konflik keluarganya. Semuanya bergantung pada Riz Amsyar Yazreelluddin dan doa pada Tuhan yang Esa
Lamaran Buat Jelita (Free Chapter) by karyaseni2u
18 parts Complete
JELITA SURIA, anak gadis Encik Johan. Seorang yang patuh dan taat dengan perintah abahnya. Sentiasa mengingati hukum agama dalam semua perkara dalam hidupnya. Jelita yakin, kepatuhannya itu akan menjanjikan bahagia. Sehinggalah, sebuah lamaran mengubah perjalanan hidupnya. "Abah nak Jelita tinggal di Kairo." Asbab sebuah lamaran, Jelita dihukum oleh abahnya. "Jelita percaya segala keputusan abah adalah yang terbaik untuk Jelita. Tapi, Jelita mohon... lepas ni abah tolong jangan harapkan yang terbaik daripada Jelita." Jelita pergi membawa hati yang kecewa, tanpa mengetahui apa sebenarnya menanti dirinya selepas itu. MIRZA HAIDAR, insan pertama yang menghantar lamaran buat Jelita. Silapnya, dilamar Jelita saat usia gadis itu belum pun mencecah 17 tahun. Lamarannya ditolak mentah-mentah. "Apa susah... nanti dah habis housemanship, masuklah meminang semula. Takkan abah dia nak tolak lagi... dah kerja kut masa tu." RAED, pertama kali melihat foto sepupunya, Jelita, hatinya terpaut. Lalu, menggunakan 'kabel' yang dia ada untuk melihat Jelita dengan lebih dekat. Kabel yang kuat membuatkan dia berjaya. Jelita tiba di Kairo. Tapi, hati Jelita tetap tidak mampu dicuri dengan mudah. "Tapi kalau dah sampai masa nanti, Jelita kena consider lamaran abang dulu, sebelum orang lain." PERKASA ARMANA, bertahun-tahun lalu, hatinya dicuri oleh si gadis yang bernama Jelita. Namun, rasa itu kekal rahsia di dalam hatinya. Walaupun takdir mengatur perjalanan Perkasa di lorong yang berbeza, namun dia tetap menjadikan gadis itu sebagai idola. "Aku pun mahal macam Jelita." Tiga jejaka yang berkongsi impian yang sama. Ingin lamaran mereka diterima oleh Jelita. Namun, pilihannya hanya di tangan Jelita.
INFERNO BODYGUARD (TERBIT NOVEL FIZIKAL) by Angel_k20
18 parts Complete
Bagaimanapun jalannya, seperti apa pun prosesnya, ketentuan yang tercipta adalah kuasa Yang Esa. Dalam genggaman takdir, dua jiwa disatukan dalam satu alur waktu, mengikat perkaitan yang tidak mungkin terpisahkan oleh apa jua yang menghalang. Rayyan Razien, ketua bodyguard di Campbell Corporation. Hidupnya berstrategi, pantas berfikir tangkas bertindak. Namun, ketenangannya tergugat apabila jantungnya memberi signal supaya melindungi seorang gadis bernama Hana Mikayla walau dengan apa cara sekalipun. Hana Mikayla, polis yang menyamar sebagai wartawan di syarikat akhbar Nadi Kota. Tanpa sedar, dirinya menjadi target Mafia Death kerana formula dadah Blue Rose yang dipercayai disembunyikan oleh arwah Inspektor Khalid. "Jangan pandang rendah kat aku." - HANA MIKAYLA Campbell Corporation yang turut menjadi sasaran Mafia Death membuatkan Rayyan terpaksa bekerjasama dengan Hana walaupun mereka tidak pernah bersefahaman, kedua-duanya terpaksa akur dengan simpulan takdir antara mereka. Kejutan menyapa Hana apabila DSP Haireen Jamilah membawa masuk Rayyan ke dalam pasukan polis bagi menyiasat kes pembunuhan yang dipercayai berkait rapat dengan dadah Blue Rose. Pelbagai tanda tanya turut mengisi benaknya tatkala melihat tingkah Rayyan yang kelihatan seperti penyiasat profesional. Kenapa mudah benar lelaki itu menebak dan membaca fikiran serta tindakan penjenayah? "Hutang nyawa dibalas nyawa. Aku akan lindungi kau dengan nyawa aku sendiri." - RAYYAN RAZIEN Adakah benar anggapannya selama ini bahawa Rayyan hanyalah orang biasa sahaja? Apa sebenarnya rahsia 15 tahun yang lalu sehingga membuatkan Mafia Death begitu bersungguh-sungguh ingin menghapuskan mereka? Serangan dan pertarungan yang berlaku sungguh mencabar kudrat. Nyawa mereka diasak bertalu-talu dari segenap penjuru. Cinta dan dendam silih berganti mewarnai darah yang mengalir. Tersalah langkah hancur binasa. Berpantang maut sebelum ajal, bangkit berdiri penuh berapi! "Selagi bukan ajal, aku takkan mati."
When Blood Turns Cold by SyauIqah
16 parts Ongoing
Syaurah Hazirah. Anak yang dibenci sejak lahir, dianggap sebagai punca kepada kematian ibunya. Bapanya, yang seharusnya menjadi pelindungnya, malah menjadi sumber penderitaan. Kehidupannya bukan sahaja dipenuhi kesedihan, tetapi juga rasa sepi yang mendalam. Semua orang yang dia percayai, akhirnya menjadi musuh. Namun, dalam kegelapan hidupnya, ada satu perkara yang tak pernah dia duga-Hazim Syariff. Hazim Syariff. Seorang lelaki yang lahir dalam bayang-bayang misteri. Sejuk, dingin, dan penuh rahsia. Setiap langkahnya penuh dengan tujuan, namun semuanya diselimuti oleh penipuan dan pengkhianatan. Tidak banyak yang tahu tentang masa lalunya. Yang mereka tahu, dia adalah lelaki yang tidak mengenal rasa kasih, hanya tekad yang membara. "Life's just one big lie, and we're just playing along with it." -Syaurah Hazirah- "What if... the only truth we have is the one we create ourselves?" -Hazim Syariff- "We create our own truth, huh? But what if... the truth is not enough? What if... it hurts too much to face?" -Syaurah Hazirah Mereka tidak tahu bahawa mereka mempunyai satu tujuan yang sama, namun mereka berdua berjuang dalam cara yang berbeza. Syaurah dalam kumpulannya, Hazim dalam kumpulannya. Dunia mereka dipenuhi dengan keadilan yang kelam, tetapi siapa yang akan menang? Siapa yang benar-benar memperjuangkan keadilan, dan siapa yang hanya bermain dengan kehidupan? Di antara misteri yang melingkari hidup mereka, satu persamaan terungkai. Mereka berdua dicipta untuk menghancurkan musuh yang tidak kelihatan, dan dalam perjalanan itu, mereka menemui sisi gelap yang lebih dalam-sisi yang mereka sendiri tidak fahami. Apakah mereka mampu mengatasi pengkhianatan dan menemui kedamaian, atau mereka akan terus terperangkap dalam dunia yang tidak pernah memberi mereka peluang untuk merasai cinta dan kasih sayang? When blood turns cold, is there any warmth left to save? Start: 22 May 2025/ October 2024 End: -
You may also like
Slide 1 of 10
Bima Polaris - Jejak Musuh cover
TOPENG cover
Thriller : Wais Ayden ✓ cover
QASEH'S AMORE ✓ cover
The Devil's Wife  cover
Berikan Aku Bahagia[UnEdit] cover
Lamaran Buat Jelita (Free Chapter) cover
INFERNO BODYGUARD (TERBIT NOVEL FIZIKAL) cover
When Blood Turns Cold cover
TALE OF YOUNG PRINCE : SECOND TRIAL (C)™ cover

Bima Polaris - Jejak Musuh

51 parts Complete

Segalanya berubah selepas satu tragedi hitam yang melanda keluarganya pada malam hari jadi Rayyan Helmy yang ke 8 tahun dahulu. Kehilangan ibu dan bapa tercinta sudah cukup pahit untuk diterima. Tetapi, mengetahui keluarganya memang mempunyai kaitan dengan organisasi militan paling berbahaya, Skuad Pemberontak? Bertambah lagi duka yang mencengkam jiwa. Di Tanah Majmuk, teknologi berkembang dengan pesat dan dikawal oleh kumpulan teknoventor pelbagai sektor di Autotekno Utama. Skuad Pemberontak yang sudah lama ingin berkuasa sedang memburu tiga artifak bersejarah dipanggil Bima Polaris, ciptaan Tiga Penjenayah Licik yang merupakan bekas teknoventor-teknoventor terkenal suatu masa dahulu. Jika kesemuanya berjaya dimiliki, tiada apa yang dapat menghalang mereka. Dengan mudah, sekecil robot sekalipun tunduk menjadi pasukan tentera mereka! Satu tragedi yang tidak diduga telah mengubah hidup Rayyan dengan dua orang kembarnya, Ejat dan Daniel. Mahu atau tidak, mereka sudah terikat dalam permainan sulit dan mencabar ini. Antara hidup dan mati! Mampukah mereka menghadapinya? Mampukah mereka bersama-sama pihak berkuasa di Tanah Majmuk dalam menghalang kemaraan Skuad Pemberontak sebelum terlambat?