[remake Vampblood]
Blood Contract, adalah satu kontrak antara manusia dan Vampire yang agak berkuasa. Jika tersalah langkah, maut bakal melambai. Manusia mahupun Vampire, kedua-duanya harus membuat pilihan yang tepat.
Dan mereka dikenali sebagai Vampblood.
Aiko Adlina seorang gadis yang agak dingin, dibuang daripada keluarga semenjak kecil kerana dianggap 'bisu'. Dia tidak banyak bercakap dan menunjukan perasaanya.
Namun, di atas kanvas, jari-jarinya menari bebas. Dunia lukisan adalah satu-satunya syurga buatnya-di mana kata-kata tidak diperlukan, kerana setiap goresan sudah cukup menyampaikan isi hatinya.
Sehinggalah muncul si dia, vampire dengan perwatakan seorang kanak-kanak.
Kehidupan Aiko berubah 360°!
"Baby, baby, baby. Pandang lah sini baby. Baby pandang lah kita!" - Takuya
"Dah puas hidup ke bab-"- Aiko
❝Welcome to El Castillo, milady.❞
Leanore Estrella hanyalah seorang pembuat roti di desa. Apa yang aneh adalah ketika dia dibawa ke El Castillo. Dikhabarkan tukang ramal istana yang dia satu-satunya gadis yang sesuai untuk berkahwin dengan Crown Lord Ochumadora membuatkan dia tertanya-tanya. Siapa dia sebenarnya?
❝Kenapa kau khianat?❞
Satu demi satu ujian dia hadapi selepas bergelar seorang isteri dan maharani. Namun, dia alpa kerana cinta. Hakikatnya, dia hanyalah boneka dalam permainan takdir.
❝Kalau Tuanku nak selamat, Tuanku kena ikut patik. Cepat!❞
Masa itu tiba. Kebenaran di sebalik penipuan yang tidak dia sangkakan terungkai. Semua persoalannya selama ini terjawab dengan sebuah pengakuan yang menyayat hati.
❝Jangan lupa sampaikan salam sayang dari adindanya ketika kamu bertemu nanti.❞
Mampukah dia mengubah takdir hidup yang diatur untuknya?