PLEASE... JANGAN TACKLE AKU! mengisahkan tentang dilema hidup seorang gadis muda bernama Nur Naziha yang telah mengandung ketika berusia 18 tahun(sebelum keputusan SPMnya keluar). Nur Naziha sangka ianya perbuatan kekasihnya(Eizhan) tetapi sebenarnya pada malam kejadian mereka berdua telah diperangkap oleh abang tiri Eizhan(Marzuki) yang meletakkan pil khayal dalam minuman mereka berdua. Hingga mereka tidak sedarkan diri. Setelah itu mereka dibawa naik ke bilik hotel dan Marzuki memperkosa Nur Naziha dan membuat kejadian itu seolah-olah dilakukan oleh adik tirinya. Marzuki berbuat begitu, kerana cemburu dan bencikan keluarga adik tirinya itu. Dia rasakan kasih sayang ayahnya telah berpindah kepada ibu dan adik tirinya. Kalut dengan situasi dirinya yang sudah mengandung, Nur Naziha merayu agar Eizhan bertanggungjawab namun Eizhan menolak kerana dia tidak ingat langsung akan kejadian pada malam tersebut. Lagipun dia masih belum sedia untuk mengandar tanggungjawab sebagai suami dan ayah kerana usianya masih muda (18 tahun) dan dia sendiri ditanggung oleh mamanya. Mama Eizhan(Dayana) amat marah dan bersekongkol dengan ibu Nur Naziha(Kartina). Dayana telah membayar Kartina pampasan dan mencadangkan agar dia menghantar Nur Naziha yang mengandung di sebuah pusat perlindungan untuk wanita(TERATAK DAMAI) bagi mengelakkan malu. Di situlah Nur Naziha ditempatkan hingga melahirkan anaknya yang bernama Ridzwan Hakeem(Dwan). BAGAIMANAKAH NASIB NUR NAZIHA DAN BAYINYA? APAKAH ADA SINAR BAHAGIA UNTUK MEREKA?