Bumi Madinah. Setelah setahun pulang ke tanah air, akhirnya Luqman kembali ke negeri keduanya ini. Kali ini berbeza kerana dia tidak lagi sendirian. Punya isteri di sisi bersama kedua-dua orang tuanya, juga Tuk Ikram pencinta al-Quran.
Bertemu dengan Ameer menjadi sesuatu yang sangat dirindui Luqman. Gembira dapat kembali bertemu sahabatnya itu. Namun, pertemuan dengan Dr Mughirah mengubah segalanya. Persahabatan yang sedia bersalut curiga kini bertambah-tambah barahnya.
"Ini saya, Luqman... Dr Mughirah, lelaki yang jalankan pembedahan kamu pada tahun 2011. Kamu tidak ingat saya?" - Dr Mughirah
Ameer rupa-rupanya menyembunyikan sesuatu yang sangat besar daripadanya. Sesuatu yang disimpan lapan tahun lamanya.
"Ingatan aku hak aku. Kau tak patut kawal hidup aku, Ameer!" - Luqman Annasaie
"Kalau begitu, kau akan berasa jijik dengan diri sendiri hingga akhir hayat! Hatta aku dapat rasa yang kau tak akan sanggup untuk balik ke kampung kerana berasa terlalu jijik!" - Ameer Uthman
Ashikin menyaksikan kekusutan Luqman. Melihat tangisan Luqman setiap malam. Dia sendiri tidak mengerti kenapa dengan Luqman.
"Janji dengan saya untuk terima saya seadanya." - Luqman Annasaie
"Awak patut tahu, sebenarnya saya yang selalu rasa tak layak bila duduk dengan awak." - Warda Ashikin
Rahsia demi rahsia terbongkar. Membarahkan luka yang tersimpan dalam memori lama yang sudah hilang. Rahsia yang dipegang sahabat itu rupa-rupanya sangat melukakan.
"Kisah ini sangat pahit untuk kau, Luqman." - Ameer Uthman
"Walau apa pun yang berlaku, awak tetap suami saya dunia akhirat." - Warda Ashikin
"Maka dalam setiap perkara, berdoalah pada Allah kerana Dia Maha Mendengar." - Tuk Ikram
_______________
Cover by @Fiixorra
Dia bunuh suaminya sendiri saat bulan madu mereka. Tetapi bertemu dengan lelaki itu kembali selepas tiga tahun.
.
.
.
Dia korbankan semuanya untuk mengahwini wanita itu dan akhirnya hampir mati di tangan wanita itu juga.
Setelah tiga tahun, dia culik anaknya sendiri untuk membuat hidup wanita itu menderita.
"Aku terima nikahnya Salwa Zakiyah dengan sekeping hati ditikam mati."
"Terima kasih dah khianati suami kau sendiri.."