Also known as Bidadari Mr Mafia
Tengku Qaiser Mikael
Sebaris nama tu buatkan aku gila. Gila dengan cara nya, gila dengan sikapnya yang berubah ubah. Sekejap romantik sekejap beku sekejap garang tapi tak bermaksud semuanya negatif. Ada juga positif tentang nya lagi lagi matanya yang berwarna biru pekat serta wajah kacaknya dan digabung dengan rambut berwarna perangnya.
Aura dia..
Kalau dikira kembali, memang dia lebih kacak daripada Tengku Darmian tapi iya lah, kalau kacak tapi dikata tiada pernah berteman wanita mesti lah tidak normal bukan?
**
"Awak gay?" - Nur Qaira Sofea
"Aku masih bernafsu kepada kaum hawa, Qaira. Kalau kau nak tengok, sekarang juga aku boleh cium kau." - Tengku Qaiser Mikael
"Entah entah awak tipu je kan? Sengaja nak tutup yang awak gay."
"I'm not a gayboy, Mrs Qaiser. Aku tak suka bergaul dengan perempuan sebab kebanyakkannya hanya mahukan aku sebab rupa paras dengan kekayaan. Cuba kalau aku tak hensem macam ni, mereka tak nak kan? Kalau kau? Kau nak?"
"Sejak bila pula awak hensem? Saya tak nampak pun dan ya, saya tak berminat dengan lelaki bermata biru macam awak."
" Kau fikir aku tak rasa degup jantung kau bila kita rapat macam ni? Nice beat, dear. Fast and yet, still saying that you're not interested on me."
Argh! Lelaki ini memang suka buat aku jadi gila tapi gila gila juga lama lama jadi cinta! Oh come on, siapa sahaja yang tak jatuh cinta dengan sikap lelaki ini? Mencabar kesabaran tapi dalam masa yang sama jenis romantik.
Cintakah aku padanya?
"Kenapa you masih pertahankan dia, Qaira? Apa yang ada pada dia dan pada I tiada? If disebabkan I kaki perempuan, you tolak I.. I think you should know yang Qaiser ni sama setan macam I. Cuba you tanya dia, dah berapa ramai perempuan yang dia tebuk?" - Tengku Aisar Darmian
Masihkah ada sinar?
Atau
Sampai disini sahaja perjalanan mereka?
"Abang betul betul cintakan sayang. Abang tak akan buat semua tu."
𝐋𝐮𝐭𝐡 𝐐𝐚𝐲𝐲𝐢𝐝 | 𝐍𝐮𝐫 𝐒𝐲𝐢𝐟𝐚 𝐈𝐤𝐡𝐚𝐰𝐚𝐧𝐚
Mereka kata perkahwinan itu membahagiakan. Perkahwinan itu menyeronokkan. Tetapi kenapa apa yang dirasakan selama ini hanyalah sebaliknya? Dicurangi, dihina bahkan maruah diri itu seakan-akan dipijak oleh orang paling dia sayangi. Itulah kehidupan yang dijalani oleh Nur Syifa Ikhawana.
Angkara memilih seorang lelaki yang salah, dia menjerat diri dalam lautan berapi. Dayus!
"Entahlah, Syifa tak rasa nak kenal siapa-siapa." - NUR SYIFA IKHAWANA
Trauma telahpun membawa Syifa menutup rapat hati itu. Tidak ada sesiapa yang mampu menambat hatinya. Tidak ada sesiapa yang mampu menawan hati itu lagi. Dia sudah serik. Serik dengan namanya cinta.
"Dalam dunia ni ada undang-undang, dan kita sebagai rakyat kena patuh dengan undang-undang. Bukan setakat undang-undang dalam negara tapi juga kena tahu hukum dalam agama. Sebab orang beragama takkan sesuka hati melanggar hukum, mereka ada pegangan." - LUTH QAYYID
Kehadiran seorang lelaki membawa kembali perasaan yang sudah lama menghilang. Disaat Syifa cuba menutup rapat pintu hatinya, lelaki itu datang untuk menghampiri.
"Siapa yang malu? Awak ke saya?" - LUTH QAYYID
"Saya." - NUR SYIFA IKHAWANA
Luth Qayyid, seorang peguam tampan dan segak. Meskipun usia semakin meningkat, bukan jadi penghalangnya untuk mencari jodoh. Kata orang, biar lambat, asal betul!
Namun bukan semudah itu bagi Syifa untuk menerima. Masa lalu masih membekas dalam ingatan membuatkannya takut untuk memulakan hubungan. Tidak mahu dijadikan seperti patung pemuas nafsu untuk seterusnya.
"Setiap kaum Adam di dunia ini diciptakan Hawa nya. Dan saya yakin, Dia ciptakan awak sebagai ratu hidup seorang Luth Qayyid."
⚠️ No Plagiarism Allowed