Kisah Rayyan, seorang bekas despatch yang mahu menjadi penulis novel. Dia gagal dan terpaksa kembali menjadi despatch bebas. Namun cita-citanya belum mati. Dalam kerjanya akhirnya dia bertemu dengan seorang gadis Cina yang mahu membunuh diri, yang akhirnya membawa kepada satu misi. Dalam kerjanya juga dia bertemu dengan crush lamanya, yang kini tumbuh cantik seperti gadis Syria. Lalu ada cinta. Lalu ada kecewa. Lalu ada yang terluka. "Kerana apa yang paling sakit tentang cinta, bukannya putus, tetapi masih ada cinta walaupun sudah putus. "