Kerana satu wasiat dari ibunya Raid Ehsan sanggup pulang ke negara kelahirannya. Menuntut wasiat yang diamanahkan padanya. Kerana satu janji dan juga amanah dari kakaknya, Sara Irdina sanggup mengetepikan cita-citanya demi janji yang sudah dibuat itu. Ikhlasnya hati berpegang teguh dengan janjinya. Dua insan berbeza namun punya matlamat yang sama. Namun adakah matlamat itu menyatukan mereka atau sebaliknya? Raid dan Irdina dua insan yang bakal bertemu.