10 parts Ongoing This is my first story, so maybe there are a few little mistakes. Hope that's okay!🙏🏻
•••
BLURB
"Dengan izin Allah, saya akan jaga dan lindungi Han... walau apapun yang bakal terjadi suatu hari nanti," - Farez Alwaz
Kehadiran Farez dalam hidup Hannim telah menjadi sinar baharu dalam kegelapan yang dulu pernah menyelubungi jiwanya. Dia temui erti bahagia, erti keluarga dan.... cinta yang sebenar. Hidupnya terasa sempurna untuk seketika.
Namun, dia terlupa...
Pelangi itu cuma indah selepas hujan, tidak pernah kekal di langit selamanya. Dalam sekelip mata, segalanya musnah. Hancur... kerana satu nama dari masa lalu.
"Hurayra..." - Wazzel
'Dia' kembali membawa derita yang dulu, cuba dikuburkan jauh. Dan satu demi satu rahsia terbongkar.
"Maafkan abang, sayang..." - Farez Alwaz
"Kenapa kau sanggup buat aku macam ni?" - Hannim Hurayra
Hannim terperangkap dalam bayang-bayang lama yang disangka telah hilang. Dia cuba percaya, cuba bertahan tapi segalanya makin kabur. Kenapa hal itu boleh wujud dalam dunia ini? Dan...kenapa dia?
"Kau milik aku, Hurayra. Selamanya milik aku!" - Wazzel
Gila. Lelaki itu gila, obsess, dendam dan sakit yang tak pernah sembuh.
"Aku milik suami aku, Farez Alwaz. Bukan kau!" - Hannim Hurayra
Tapi dia lupa...
Realiti kadang-kadang lebih menakutkan dari mimpi.
"Aku adalah dia dan dia adalah aku," - Wazzel
Cinta, dendam, dan satu rahsia...
mampu menghancurkan segalanya.
Apa sebenarnya yang telah berlaku? Bagaimana kisah ini bakal berakhir? Dan antara masa lau dan masa depan... yang mana akan dipilih Hannim?
March,2025