Takut Cinta ( COMPLETE )✔️
13 parts Complete MatureBook 17
[ αfi¥α & Hαrris ]
" Awak, saya betul-betul minta maaf ni. Awak maafkan saya ya?" Harris menutup rapat matanya apabila pipinya menjadi sasaran Afiya.
Harris sembunyi senyum. Bila jadi macam ni, pandai pulak minta maaf dan mengaku cinta. Selama ini, tolak aje dirinya. Itulah, mulut kata lain, hati pun kata lain. Apalah!
" Kalau awak tak maafkan saya, saya akan rasa serba salah sampai esok. Tolonglah maafkan saya, Harris." rintih Afiya sayu.
Harris mengeluh halus. Tubuhnya dipusing mengadap Afiya. Tak ada reaksi terkejut, malah Afiya setia menyeka airmatanya. Tak nak bagi Harris nampak dia menangis.
" Betul ni dah insaf? Tak tipu atau main prank?"
" Awak ni memang sengaja nak sindir saya kan?" Afiya melepaskan pelukan sang suami tapi laju tangan Harris melilit pada pinggang Afiya.
" Tak salah sindir. Siapa yang makan cili, dia yang terasa pedas. Tak begitu sayang? Hmm?" Dagu Afiya diusap lembut. Kali ini tak ada tepisan dari Afiya. Afiya mengetap beberapa kali bibirnya. Mahu saja digigit si Harris ini. Ada saja yang tak kena!
" Awak dah maafkan saya?" Dibiarkan saja sindiran sang suami. Yang penting Afiya betul-betul nak insaf saat ini.
" Saya dah lama maafkan awak, Fiya. Tak ada manusia yang tak buat dosa dan saya jugak tak terkecuali. Saya harap awak takkan fikir dah pasal ni. Fikir pasal kandungan awak saja. Okay?" Afiya mengangguk. Tangan Harris ditindih dengan tangan kecilnya. Senyuman manis terkutik di bibir. Mata Afiya terpejam rapat apabila hangat ciuman singgah pada dahinya. Lama dan begitu syahdu.