𝚃𝚎𝚛𝚕𝚞𝚔𝚊 𝙺𝚎𝚛𝚊𝚗𝚊 𝙴𝚗𝚌𝚒𝚔 𝙿𝚞𝚙𝚙𝚢(𝚜𝚞)
10 parts Ongoing Quivia Deanna, gadis yang hidup dalam bayang-bayang kakaknya, Ika Deandra, terpaksa memendam cinta kepada lelaki yang dia gelar 'Encik Puppy', Tengku Danish Harraz, seorang lelaki yang sejak dulu menjadi pujaan hatinya. Namun, cinta itu terlarang kerana lelaki itu ialah tunang kepada kakaknya sendiri.
Namun takdir Tuhan tiada siapa mampu duga.
Pada hari pernikahan, Ika Deandra melarikan diri ke Amerika bersama kekasih gelapnya. Demi menutup aib keluarga, Quivia diminta menggantikan tempat kakaknya di pelaminan, untuk menjadi isteri kepada lelaki yang tidak pernah menyedari kehadiran dirinya.
"Jangan harap saya akan jatuh cinta pada awak." ~Tengku Danish~
Walau hatinya remuk, Quivia tetap cuba menjadi isteri yang baik. Namun, hidup bersama lelaki yang mencintai wanita lain adalah luka yang tak pernah sembuh. Tambah parah apabila Ika pulang dan cuba merebut kembali Danish, tanpa rasa bersalah.
Quivia memilih untuk melepaskan, lalu membawa diri ke luar negara. Tanpa pengetahuan Danish, dia sedang mengandungkan zuriat mereka.
Di Korea Selatan, Quivia bertemu Farish Hakimi yang merupakan lelaki berhati lembut yang menawarkan perlindungan dan kasih buat dirinya dan anak yang bakal lahir.
"Saya tak minta awak lupakan dia. Tapi izinkan saya mencintai awak dengan cara saya." ~Farish Hakimi~
Namun luka lama tak mudah hilang. Ketika Quivia akhirnya menemui kebahagiaan, Danish muncul kembali... kali ini bukan sebagai bekas suami, tetapi sebagai lelaki yang mula menyedari siapa yang benar-benar mencintainya sejak awal.