"Bukan dia dah mati ke?" - Nur Inara
Di saat Inara masih dalam proses menyembuhkan hatinya dengan pemergian Aisar Mumtaz, takdir berkata lain tatkala pemuda itu tiba-tiba muncul. Sesuatu yang paling mengejutkan tatkala Aisar muncul di hari pernikahannya dan Zulfan!
Malahan, sekelip mata saja status dua sahabat itu berubah menjadi pasangan suami isteri. Zulfan undur diri. Aisar pula mara ke hadapan. Membibitkan beribu persoalan di benak fikiran Inara. Manakan tidak, semuanya berlaku dalam masa yang begitu singkat! Mahu membuat keputusan saja Inara kesuntukan waktu. Namun, itulah realitinya.
"Kenapalah aku boleh terkahwin..."- Nur Inara
"Mudah! Sebab... kita berdua saling mencintai. Bila dua hati saling bersatu, maka ikatan cinta pun boleh terbina."- Aisar Mumtaz
Itu jawapan Aisar setiap kali Inara mempersoalkan takdir buat mereka. Bila Inara menidakkan perasaannya, Aisar pula menyedarkan. Maka, bermulalah kehidupan baharu di antara AISARA. Bukan lagi hubungan persahabatan melainkan ikatan suami isteri. Hari demi hari, Inara belajar menerima takdir yang tertulis buatnya. Hingga akhirnya, baik Aisar mahupun Inara, keduanya bahagia tatkala melayari bahtera perkahwinan.
Namun, siapa sangka di sebalik kematian palsu Aisar, ada sesuatu yang disembunyikan oleh pemuda itu. Bukan mudah untuk Aisar menjelaskan hal yang sebenar kepada Inara. Ada nyawa yang menjadi cagaran di sebalik kematian palsunya! Bahkan, menjadi pengawal peribadi Datuk Sri Lee seakan-akan menjadi 'sumpahan' buat Aisar.
"Pilihan ada di tangan kau. Sama ada bersekutu dengan aku atau kau akan terima jenazah isteri kau depan pintu rumah."
Tatkala musuh menjadi perantaraan di antara AISARA, Aisar turut mengeluarkan taringnya. Sudah masanya dia kembali beraksi demi melindungi pengarang jantungnya! Akankah kisah AISARA berakhir dengan sebuah kebahagiaan yang didambakan oleh dua insan yang saling mencintai?
Apabila arang bertemu api, semakin marak apinya . Begitu juga apabila Naura Iris dan Adam Mikhael bertemu .
Sikap Adam yang tegas dan garang sedikit sebanyak dapat menundukkan Naura Iris yang sangat degil.
Pada hari bahagia sepatutnya milik Naura Iris tiba-tiba bertukar menjadi tragedi. Bala! Malang!
"Ara, jangan pergi. Bahaya". -Adam Mikhael
"Adam please! Dalam kereta tu ada abah . Ara ada abah sorang je. Tolong lah ".- Naura Iris
Setiap detik-detik tragedi itu tersemat kemas di dalam fikiran Naura Iris. Harta dunia yang paling berharga di dalam hidupnya sudah tiada.
Selepas ketiadaan abahnya, hidupnya semakin huru-hara apabila musuh abahnya cuba membunuhnya. Sudahlah musuh abahnya kian mengganas, suaminya boleh pula membela orang luar daripada dirinya sendiri.
Kau ni tak habis-habis menyusahkan aku! " .- Adam Mikhael
Itu baru sedikit. Adam Mikhael lebih menjaga hati dan perasaan ahli keluarga dan orang luar sehingga mengenepikan hatinya.
"Kalau kau nak tahu sangat, yes ! memang aku terpaksa kahwin dengan kau sebab bapak kau suruh ! Padahal aku boleh je tolak tak nak kahwin dengan kau ! Tapi aku kahwin juga dengan kau. Kau ingat aku nak sangat ke jaga kau huh?! Aku pun tak teringin lah! Bukan setakat tak teringin, nak kahwin dengan kau pun aku tak hadap ! Tapi disebabkan bapak kau suruh aku kahwin dengan kau ,aku kahwin juga . Tu semua sebab aku kesian dekat bapak kau ! Aku dah jumpa cinta hati aku , tapi aku tak tahu kenapa aku bodoh sangat. Aku pilih untuk berkahwin dengan kau bukannya dia ! "- Adam Mikhael
Hati Naura Iris bagaikan kaca yang pecah berdebu. Sakit! Mana janji yang abahnya katakan? Mana Adam Mikhael yang patut membahagiakan dan menyayanginya? Itu semua dusta!
Betullah orang cakap, manusia akan menyesal apabila berlakunya kehilangan. Sama seperti Adam Mikhael yang hampir kehilangan Naura Iris.
Namun muncul pula Hani yang seperti perigi mencari timba.