Story cover for Setialah Untukku [COMPLETE] by _SoulLetter
Setialah Untukku [COMPLETE]
  • WpView
    Reads 7,909
  • WpVote
    Votes 1,491
  • WpPart
    Parts 47
  • WpView
    Reads 7,909
  • WpVote
    Votes 1,491
  • WpPart
    Parts 47
Complete, First published Jun 25, 2021
Hanya kerana dia berbeza, Zahra Humaira yang selalu berperwatakan ceria itu nekad untuk memiliki si dia dengan apa jua cara yang ada biarpun hati terluka jiwanya merana.

Tengku Irfan Rayyan, jejaka yang pernah berperwatakan semanis gula namun semakin lama semakin mengundang misteri setelah berdepan dengan pelbagai kejadian ngeri ketika usianya masih muda. Kebahagiaan hidupnya diragut tanpa empati sehingga menyebabkan dia hilang personaliti dirinya sendiri, dan di sebalik wajahnya yang dingin itu tersembunyinya luka serta dendam yang sukar di ubati. Kini dia bangkit dari derita dan rela  bersiramkan darah dari biarkan musuhnya bermaharajalela.

Zahra juga jatuh ke lembah derita setelah kehilangan orang yang tersayang. Namun takdir pula berkata lain, kehilangan itu digantikan dengan kehadiran si jejaka yang dia dambakan selama ini. Atas nama takdir yang indah itu juga, mereka saling jatuh cinta dan hidup bahagia sama seperti pasangan suami isteri yang lain. Namun misteri yang dibawa tidak terlalu dibutakan oleh cinta malah menimbulkan tanda tanya mengapa si dia tiba-tiba saja datang untuk mengisi kekosongan di hati.

Mahligai yang baru dibina itu diuji dengan terungkapnya sebuah rahsia dan dalang di sebalik kejadian yang menimpa hidup mereka. Siapa sangka, mereka berdua saling terikat dengan insiden yang sama. 

Mampukah bahtera yang baru belayar itu bertahan di tengah lautan yang bergelora? Siapakah di antara mereka yang perlu merayu kasih, setia dan percaya? 

Rasanya terlalu sakit untuk melepaskan namun lebih perit untuk bertahan kerana semua orang mampu untuk memberikan cinta tapi tak semua orang mampu untuk memberikan kesetiaan. 


Start-11July2021
End-23Ogos2022



Genre : [ Romantic + Thriller ]
All Rights Reserved
Sign up to add Setialah Untukku [COMPLETE] to your library and receive updates
or
#434psiko
Content Guidelines
You may also like
Hero Dalam Irama | TERBIT by harleenxira
26 parts Complete
2020 | TERBIT 2022 This story might not be the best from me, and I am sorry. "There's rhythm that right for your soul." *** Ini adalah kisah gadis Melayu Sarawak dengan Heronya. Pertemuan mereka langsung tidak indah, malah, lebih kepada memalukan! Kalau dah sampai orang ramai di taman itu tergelak sakan, mana Si Dayang ni nak sorok dia punya muka? "Tak apa, awak tak salah pun. Mungkin ini aturan Allah agar saya dapat lihat betapa cantik ciptaan-NYA," -Haraf Aidan. Mungkin bagi lelaki itu, pertemuan mereka membawa makna dan kehidupan yang baru. Tapi langsung tidak pada Dayang, setiap kali perkara memalukan terjadi, mesti lelaki itu yang terlibat sama. "Encik Haraf, saya tak kenal Encik dan saya taknak ambil tahu pun tentang Encik. Anggap sajalah pertemuan kita ni sekadar persinggahan, bukannya takdir," -Dayangku Nur Aima. Dan apabila sekali lagi kejadian buruk menimpa, mereka terperangkap berdua. Hubungan makin bertaut rapat dan ketika itulah kata kata Dayang di awal kisah memakan dirinya sendiri. "Mungkin benar, siapa yang hadir, tak semestinya akan jadi takdir," -Dayangku Nur Aima. Hubungan mereka akhirnya terputus. Puncanya tiada siapa yang tahu. Seorang kekal di Semenanjung, seorang lagi terbang ke tanah Sarawak, membawa takdir masing masing. Namun, jauh di sudut hati Dayang, dia masih berharap agar Heronya itu akan datang kembali, walaupun takdir mereka tidak sehala. Bagaimana pula dengan Haraf? Kembalikah dia menjadi Hero di hati Dayang? Ataupun, dia sudah menjadi Hero di hati perempuan lain? Apa pula punca hubungan mereka sekadar persinggahan, bukan berakhir di singgahsana perkahwinan? *** Cover by: @hdaynie❤️
Mamat Dingin, I Love You! [✔️] by shafiqhafizi4_
62 parts Complete
[COMPLETED] Tengku Farish Iskandar. Pernah dikecewakan oleh bekas kekasih hatinya yang bernama NAURA INSYEERAH suatu ketika dahulu. Sejak kejadian itu, lelaki melayu berkacuk pakistan itu mula mengubah persepsinya terhadap wanita. Dia memandang mana mana perempuan seperti tiada perasaan. Baginya, semua perempuan tiada bezanya, sama semuanya. Tak lari dari mendustakan kata kata. Perwatakannya juga berubah 360 darjah. Daripada seorang peramah bertukar kepada Lelaki Dingin! Kehadiran seorang gadis kampung yang bernama NUR RANIA ELYAANA BATRISYIA telah mengubah segalanya. Tergamam TENGKU FARISH ISKANDAR dibuatnya apabila masih wujud wanita yang sopan dan ayu seperti gadis kampung itu. Bukannya seperti bekas kekasih hatinya itu. Argh! Malas rasanya mahu disebut nama itu! Angkara kata kata bekas kekasih hatinya yang mengguriskan hati, dia tekad untuk melupakan wanita itu dalam kamus hidupnya. "Muka macam kau ni, layak ke nak bercinta? Kalau tak laku tu buat cara tak laku!" - NAURA INSYEERAH "Kenapa awak benci saya?" - NUR RANIA ELYAANA BATRISYIA "Sebab kau tu budak kecil yang kerjanya hanyalah menyusahkan aku!" - TENGKU FARISH ISKANDAR Benarlah bak kata pepatah, benci lama kelamaan menjadi cinta. Pelbagai dugaan yang harus ditempuh semasa dua hati sedang menjalinkan hubungan cinta. Sehingga lah mereka berdua disatukan pada usia 17 Tahun. 17 Tahun? Agak klise! Tetapi itulah hakikat yang harus mereka berdua terima. Berjayakah mereka menempuh dugaan-dugaan itu? Dan yang lebih mengejutkan lagi, sanggupkah Lelaki itu ceraikan Wanita yang asalnya daripada Kampung? "We are meant to be together sayang. I promise I will hold this hands and never let you go. We will always love each other. Forever" "Biar Aku lepaskan, jiwa yang kau tinggalkan" #MDILY Beautiful cover by @IMHAZEL_AL Start : 13 October 2020 End : 1 April 2021
Takdir Kau & Aku ✓ by elyanee_
62 parts Complete
(completed) Memegang janji dan amanah adalah sukar bagi insan yang bernama Zayid. Walau bagaimana keadaan sekalipun,dia lebih fokus pada pekerjaan hingga perkara yang lagi penting turut terabaikan. Ketika amanah yang diberikan oleh adiknya hancur,kepercayaan tidak lagi berguna. Dia Tengku Zayid. Berubah 360° daripada dirinya yang dulu. Anak-anak yang diamanahkan kepadanya dipesongkan bahkan kekerasan kian terasa. Pekerjaan lebih penting baginya. Dia sayangkan anak-anak arwah adiknya,tidak lebih dan tidak kurang. Tetapi,kerana hidupnya yang penuh dengan kesibukan,mampu melalaikan kebahagiaan. Sikapnya yang terlalu dingin menyebabkan kebencian semakin membuak-buak. Dia tidak menyukai alasan dan tidak menyukai bantahan. Apa sahaja yang keluar daripada lisannya mampu melukakan hati semua orang termasuk anak-anaknya. "Daddy kejam!" "Forgive me sweetie." "Habistu? Lepaskan lah saya! Awak boleh pecat saya dihari pertama!" "I need you Mairah." Kehadiran Humairah Zahra mampu membalikkan keadaan. Dunia kembali berubah seperti sedia kala. Senangnya memberikan kepercayaan kepada dia. Namun,tidak pada suatu masa. Kebencian meliputi seluruh kawasan yang bersih. Hingga pada satu saat,perpisahan menjadi jawapan. Sehinggalah takdir mempertemukan kembali. "Kunci kebahagiaan itu serasi dengan kefahaman. Hati akan faham dan membentuk suatu kepercayaan. Perasaan akan faham dan membentuk sebuah kebahagiaan. Kasih & sayang pula akan lahir demi mencukupi dua hati yang saling melengkapi." ©Elyanee JUMPA DIBAHAGIAN PERTAMA! (INTRODUCE) Thanks for you support!! Start|𝟐𝟔/𝟎𝟐/𝟐𝟎𝟐𝟐 Finish|𝟐𝟏/𝟎𝟒/𝟐𝟎𝟐𝟐
Hati Patik Sudah Dicuri, Hati Tuanku Bila Lagi? by Merci_Misha
62 parts Complete
"Sahabatku, hamba rasa hamba telah jatuh cinta!" Zarina, anak dara pingitan Makcik Zakiyah yang diminati ramai jejaka, telah patah hati setelah mendapat tahu watak novel kegemarannya mati di medan peperangan. Sungguh, dari kecil sehingga besar, dia sering menghanyutkan diri dalam dunia novel. Sehinggalah muncul sebuah novel kegemarannya yang mana memaparkan seorang watak yang telah membuatnya jatuh cinta. Namun, dia setia kepada yang tidak nyata walaupun ramai yang telah melamarnya. Walaupun begitu, tiada sesiapa pun yang tahu perwatakannya yang sebenar. Di luar nampak lembut. Di dalam? Wah, siapa tahu. Dalam kesedihan dan keperitan yang dirasainya itu, tanpa disangka perlian sahabatnya menjadi nyata. Seorang jejaka yang berperwatakan sebiji dengan watak kegemarannya, muncul di layar mata! Apakah benar apa yang dia lihat ini? Apakah ini... cinta sejati? "Hamba akan cuba tarik perhatian dia! Tak nak pikat, sebab nanti bahaya!" Tekad Zarina. Tengku Shafhan Iyyad, putera impian para gadis, tidak tahu bahawa dirinya kacak. Malah, dia juga tidak lepas daripada memandang wajah Zarina yang comel dan mulus bak mutiara di laut. "Perasaan apa ni ya?" Soal Shafhan, tidak memahami rasa hatinya itu. Tetapi, suka dan duka bukanlah memenuhi cerita, namun lawak dan jenaka turut ada. Sahabat dan musuh haruslah dimasukkan, jikalau tidak, manakan cerita dapat berjalan? Mari kita lalui kisah si Zarina yang telah jatuh cinta dan Shafhan yang sedikit kureng orangnya. "Apa erti cinta sekiranya status memisahkan kita?" Bermulanya kisah di istana kerajaan negara Angin Putih. Genre :- Teen Fiction-Romance-Classic-Fantasy-Islamic • ────── ✾ ────── • Ditulis pada tahun : 2020 ♡Penulis : Merci_Misha / Haninay ♡Sumber : Wattpad 🌸🌸Lovely cover by @jebatqays_🌸🌸
Benci Mr. Tengku √ by syahhnn
100 parts Complete
Dua nama. Dua perangai. Dua penampilan. Semuanya berbeza. Tapi hanya satu jasad. Dia seorang yang penyayang, periang, penyabar dan seakatan denganya. Digelar 'pembawa malang'. Dilabel 'perempuan murahan'. Dibuli secara mental dan kadang-kadang fizikal. Disakiti tanpa orang sedar. Terlalu letih dia menadah telinga, menahan sakit dengan semua itu. Sejak lahir, tidak pernah rasa aman. Walau dia tidak mengerti. Adapun dia tersenyum lebar hanya dapat dikira dengan jari. Dia seperti itu nekad untuk mengubah diri dan penampilan jika itu yang orang mahukan. Dan biarlah dia yang dulu tidak dicari oleh sesiapa pun selepas bertukar. Dalam diam seorang berdarah kerabat. Setelah kepulangannya dari luar negara, satu-satu ujian mula hadir. Orang yang dibenci, kini hadir semula. Itu juga dikira ujian. Lagi-lagi apabila jejaka itu tidak berputus-asa untuk luahkan rasa bersalah terhadap si dia yang dulu selepas diketahui perkara sebenar. Disebabkan seorang perempuan, dia berubah. Cara hidupnya pun berubah. Sangat jahiliah. Hadirnya si dia dalam hidup membuatkan dia mula sedar. Tidak dapat dikira lagi berapa kali bibirnya tersenyum sepanjang bersama dengan wanita itu. Tanpa sedar seseorang telah menaruh dendam kepada ahli kerabat keduanya dan telah dirancang dari Mayamin berpindah ke bandar. Satu-satu rancangan yang diatur rapi, gagal kerana halangan seseorang. Membuatkan dia membuat rancangan baru. Mampukah Maisarah mengharungi ujian dan konflik kehidupannya?
[TERBIT] Salahkah Aku Menanti  by EmbunMawar
27 parts Complete
TERBIT NOVEL FIZIKAL SEPT 2022 Iris Athiyyah Ahmad Fateh Aryan "Kan aku dah pernah promise, aku dan kau adalah satu. Sakitnya kau dua kali gandanya sakit untuk aku, Iris. Sakitnya aku, maka akan berganda-gandalah sakit kau!" Persahabatan yang terikat sedari mereka kecil telah menghadirkan satu rasa yang luar biasa di antara mereka berdua. Saling melindung dan menjaga antara satu sama lain walau dalam apa jua keadaan yang mendatang. Akibat satu salah faham, segalanya berubah. Iris yang terlalu merendah diri, Fateh yang sudah tersalah sangka telah merubah takdir mereka berdua selamanya. Takdir tidak menyebelahinya apabila jejaka pujaannya itu menyimpan perasaan terhadap adik kandungnya sejak sekian lama dan menyulam cinta berdua tanpa pengetahuan Iris selama ini. "Tahniah Fateh. Penantian kau kembali ke Malaysia tak sia-sia bro. Please take a good care of my sister. Jangan pernah sakitkan hati dia, kalau tak nahas kau." -Iris Athiyyah Fateh bahagia menyulam cinta bersama isteri tercinta. Kebahagian yang disangka akan kekal sampai bila-bila berakhir dengan tragisnya. Kebahagiaannya diragut pergi hanya kerana amanah yang diberi tidak dilaksanakan dengan selayaknya. Fateh kecewa. Kekecewaannya semakin hari semakin memakan diri. Dirinya hilang arah dengan hilangnya si cinta hati. Saat Iris mula menerima takdir, sekali lagi takdir mengheretnya ke lembah derita. "Kau tak pernah rasa hilang orang yang kau cinta Iris. Tak pernah! Jangan tanya kenapa aku tak boleh maafkan kau!" -Fateh Aryan Bagaimana mampu untuk Iris menggantikan tempat mulia itu jika hati Fateh terlalu mencintai Afiyyah? Bagaimana Iris mampu untuk mengubati luka itu jika dia... Kekecewaan lelaki itu?
You may also like
Slide 1 of 10
Hero Dalam Irama | TERBIT cover
Mamat Dingin, I Love You! [✔️] cover
The Deaf Girl cover
Takdir Kau & Aku ✓ cover
CIK DUNGU DAN TUAN MUDA [C] cover
Hati Patik Sudah Dicuri, Hati Tuanku Bila Lagi? cover
Benci Mr. Tengku √ cover
Broken Bodies (21+) cover
[TERBIT] Salahkah Aku Menanti  cover
DOCTOR INTROVERT [C] cover

Hero Dalam Irama | TERBIT

26 parts Complete

2020 | TERBIT 2022 This story might not be the best from me, and I am sorry. "There's rhythm that right for your soul." *** Ini adalah kisah gadis Melayu Sarawak dengan Heronya. Pertemuan mereka langsung tidak indah, malah, lebih kepada memalukan! Kalau dah sampai orang ramai di taman itu tergelak sakan, mana Si Dayang ni nak sorok dia punya muka? "Tak apa, awak tak salah pun. Mungkin ini aturan Allah agar saya dapat lihat betapa cantik ciptaan-NYA," -Haraf Aidan. Mungkin bagi lelaki itu, pertemuan mereka membawa makna dan kehidupan yang baru. Tapi langsung tidak pada Dayang, setiap kali perkara memalukan terjadi, mesti lelaki itu yang terlibat sama. "Encik Haraf, saya tak kenal Encik dan saya taknak ambil tahu pun tentang Encik. Anggap sajalah pertemuan kita ni sekadar persinggahan, bukannya takdir," -Dayangku Nur Aima. Dan apabila sekali lagi kejadian buruk menimpa, mereka terperangkap berdua. Hubungan makin bertaut rapat dan ketika itulah kata kata Dayang di awal kisah memakan dirinya sendiri. "Mungkin benar, siapa yang hadir, tak semestinya akan jadi takdir," -Dayangku Nur Aima. Hubungan mereka akhirnya terputus. Puncanya tiada siapa yang tahu. Seorang kekal di Semenanjung, seorang lagi terbang ke tanah Sarawak, membawa takdir masing masing. Namun, jauh di sudut hati Dayang, dia masih berharap agar Heronya itu akan datang kembali, walaupun takdir mereka tidak sehala. Bagaimana pula dengan Haraf? Kembalikah dia menjadi Hero di hati Dayang? Ataupun, dia sudah menjadi Hero di hati perempuan lain? Apa pula punca hubungan mereka sekadar persinggahan, bukan berakhir di singgahsana perkahwinan? *** Cover by: @hdaynie❤️