PERAWAT HATI TAN SRI IZHAR (Cetakan Ke2)
  • Reads 19,665
  • Votes 685
  • Parts 26
  • Reads 19,665
  • Votes 685
  • Parts 26
Ongoing, First published Jul 02, 2021
🧡 PERAWAT HATI TAN SRI IZHAR  🧡



Takdir menemukan Huda yang tidak berdaya dengan pasangan suami isteri, Tan Sri Izhar dan Puan Sri Marini yang berjiwa murni. Tiada arah untuk dituju, Huda menerima pelawaan Marini untuk menjadi pembantu rumah di kediaman suami isteri itu. 

Namun takdir juga kadang-kala terlihat begitu kejam. Di saat Huda tenang bekerja dengan majikannya itu, Marini rupanya sedang bertarung hidup dan mati. 

"Akak minta tolong Huda, boleh?" PUAN SRI MARINI

Atas nama budi. Huda terima amanat terakhir Marini. 

"Jangan pernah awak berharap saya akan layan awak seperti saya layan Marini. Jelas?" TAN SRI IZHAR 

Jelas. Huda tidak pernah berharap, apatah lagi berimpian. Sedang Huda berusaha menunaikan amanat Marini, Izhar pula  masih dibelenggu rindu pada yang telah pergi. 

"Saya hairanlah dengan tan sri ni. tan sri tak kasihan ke pada anak-anak? Mereka perlukan kasih sayang tan sri. Tapi, tan sri asyik dalam dunia tan sri sendiri. Apa yang tan sri buat ini tak elok untuk tumbesaran anak-anak."  HUDA

Hingga satu masa, Hati Izhar kembali berdetak dengan rasa istimewa untuk wanita yang selama ini setia disisinya.

"Boleh kita mula kisah baru? Huda, abang dan anak-anak." IZHAR 

Andailah semuanya semudah itu...

"Kamu  tahu asal usul dia? Kisah silam dia?" DATIN SYUHADA 

Hati Izhar mula curiga apabila seorang demi seorang dari kisah silam Huda muncul mengganggu mereka. 

"Huda tak ada sesiapa. Huda cuma ada abang dan anak-anak saja...- HUDA

Apakah Huda akhirnya akan menggapai bahagia? Apakah benar cinta Izhar telus buatnya atau dia sekadar pelepas sepi cuma?
All Rights Reserved
Sign up to add PERAWAT HATI TAN SRI IZHAR (Cetakan Ke2) to your library and receive updates
or
#241keluarga
Content Guidelines
You may also like
4.0 | WANITA MILIK TUAN ZARIEL [COMPLETED] by Yasmyns_Dahlia
61 parts Complete
*Previously known as HIS POSSESSION* Hidup berdua bersama mak di kampung, cukup membahagiakan Seroja. Adanya Irwan yang tak pernah jemu mengusik, melengkapkan lagi hari-harinya. Namun, takdir hidup tidak selalunya indah. Ujian yang datang bertimpa-timpa membuatkan Seroja tidak mampu bangkit sendiri. "Seroja tak tahu apa yang patut Seroja buat sekarang, Abang Wan." - Seroja Irwan, satu-satunya tempat untuk Seroja mengadu nasib. Lelaki itu tak pernah jemu meminjamkan bahu dan telinganya kepada Seroja. "Seroja ambillah duit ni. Buat belanja kat sana nanti." - Irwan Keluar dari kampung dan berjauhan dari si emak, bukanlah satu pilihan yang Seroja mahukan. Akan tetapi, dia terdesak. Rentetan itu, Seroja cekalkan juga hati. "Maafkan Seroja ya, mak. Seroja tak ada niat nak tinggalkan mak tapi Seroja terpaksa. Abang Wan... tolong Seroja tengok-tengokkan mak ya?" - Seroja Di tempat baru, Seroja bertekad untuk bekerja keras. Dikerah tulang empat keratnya demi kelangsungan hidup. Namun, tatkala menerima perkhabaran bahawa si emak semakin tenat, Seroja jadi nanar. Terduduk memikirkan wang yang belum cukup dikumpul. Sehinggalah Zariel datang, menghulurkan tangan. "Aku boleh tolong kau... tapi ada syaratnya." - Zariel Bagi Zariel, kesempatan yang ada tak boleh dibiarkan pergi. Semakin meningkat umur, hidupnya semakin sunyi dan kosong. Apatah lagi melihat teman-temannya bahagia menjalani kehidupan bersama anak dan isteri. Lainnya Zariel, dia hanya mahukan anak untuk melengkapi hidupnya. "My offer is not free, Kirana. You have to give me something in return. Kita berdua dalam situasi yang sama. Cuma kau, perlukan duit. Dan aku... perlukan waris." - Zariel Memikirkan kesihatan mak yang kian melarat, pilihan apa lagi yang Seroja ada selain menerima? Dan Seroja terpaksa akur kalau itu syarat yang Zariel tetapkan. Demi kasihnya terhadap si emak, Seroja tiada jalan lain selain menerima tawaran Zariel itu. Start : 19/8/24 End : 4/5/25
HANYA INGIN KAU TAHU (COMPLETED) by msroses_
41 parts Complete
4th story 🤍 Haris Wafi - Perwatakannya jauh panggang daripada api dengan maksud namanya. Pelindung yang setia? Tidak. Itu bukan dia. Nak melindungi siapa? Wanita? Tak mungkin. Bagi dia wanita cumalah alat untuk dia bersuka ria. Yang setia? Jauh sekali. Dalam kamus hidupnya tidak pernah wujud perkataan setia. Nur Nisrina - Maksud namanya sangat melambangkan perwatakan si pemilik nama. Cahaya sang mawar putih. Terdidik elok dengan didikan agama yang cukup menjadikan dia bagaikan sekuntum mawar putih yang tidak pernah ternoda. Yang sukar digapai oleh sesiapa. "Tuan Haris, apa kata tuan bayar je denda tu.. Tuan kan banyak duit?" - Nur Nisrina "Aku memanglah ada duit, kau ada duit ke?" - Haris Wafi "Err, kalau saya pinjam dengan Tuan Haris, boleh ke?" - Nur Nisrina "No!" - Haris Wafi "Habis tu, takkan Tuan Haris nak kahwin dengan perempuan kampung macam saya?" - Nur Nisrina "Why not?" - Haris Wafi Haris dan Nisrina, Mereka bagai langit dan bumi sehingga penyatuan mereka seolah-olah tidak masuk akal. Bagi Haris, perkahwinan ini cumalah satu pampasan yang perlu dibayar kepada wanita itu. Bagi Nisrina, perkahwinan ini adalah antara lipatan takdir yang Allah telah susun untuknya. Pampasan apa yang perlu dibayar oleh Haris sehingga bayarannya adalah perkahwinan? Rahsia apa yang cuba disembunyikan daripada pengetahuan Nisrina? Dalam pada Haris mencuba memperbaiki diri untuk menjadi pelindung yang setia, Nisrina menarik diri daripada menjadi sang mawar putih milik si jejaka. "Tuan tak pernah layak untuk jadi pelindung saya.." - Nur Nisrina "But you are my white roses.." - Haris Wafi
FIGHT FOR LOVE [C] by leesophielia
57 parts Complete
[SPORT ROMANCE 1] "What makes you think, yang kau layak dihormati oleh aku?" -RIFFAT HAMRI Hanya kerana satu permintaan daripada ayahnya, hidup Yasmeen Sira berubah 180 darjah. Dari seorang wanita biasa, kini dia terjun dalam arena tinju profesional. Ditugaskan sebagai jurulatih sementara di RCA, menggantikan ayahnya yang jatuh sakit, Yasmeen terpaksa berhadapan dengan cabaran paling besar: Riffat Hamri. Riffat, nama gah dalam dunia tinju, dikenali kerana kehebatan di gelanggang, dan kesombongan di luar. Dibaluti ego setinggi langit dan sikap angkuh yang menjengkelkan, dia langsung tidak menerima kehadiran Yasmeen. "Tolong educated diri kau tu dulu sebelum nak jadi coach. You know what, kau tak layak pun nak latih aku. Berhambus. Go find someone else." - RIFFAT HAMRI "Eh saya ni pun bidan terjun ajelah! Awak berlatih la sorang-sorang, sampai Pak Jamil mampus!" - YASMEEN SIRA Tapi Yasmeen tidak gentar. Baginya, wang adalah matlamat. Namun lebih dari itu, dia ada misi untuk menundukkan Riffat Hamri, si jaguh ego yang terlalu selesa di puncak. "Bagi saya peluang yang terakhir. Kalau saya gagal bawa nama RCA sebagai juara, saya sendiri akan tarik diri. -YASMEEN SIRA Dalam masa dua bulan, mereka dipaksa bekerjasama. Dari benci menjadi hormat, dari hormat mula bertukar menjadi sesuatu yang tak pernah dirancang... cinta. Namun cinta yang hadir dalam kebencian selalunya penuh persoalan. Bertahan atau melepaskan? "Dua minggu kau dah tinggalkan aku. Stay. Stay for me..." - RIFFAT HAMRI START : 1 March 2025 END : 13 April 2025
Perfect Sky by saraimani99
50 parts Complete
Orkid Wardina ialah wanita yang mempunyai segalanya kecuali cinta. Saat orang lain menemui bahagia, Orkid masih sendirian. Bagi Orkid, jodoh bukan segalanya. Sekiranya dia sendirian sehingga ke hari tua, dia redha. Apatah lagi dia sedang menggalas tanggungjawab sebagai penjaga kepada Nawra, anak abang tercinta setelah Ghazi meninggal dalam kemalangan jalan raya. Kerana kejayaannya, Orkid digilai Ridhwan. Seorang lelaki yang sanggup menceraikan isteri sendiri kerana mahukan Orkid. Hanya satu sahaja cara untuk menyelamatkan diri daripada lelaki itu. Orkid perlu segera berkahwin. Kemunculan Elhan, jiran sebelah rumah merangkap pak cik saudara kepada Nawra dilihat sebagai satu peluang besar kepada Orkid. Saat Elhan berani melamar, Orkid menaruh harap, Elhan kunci penyelesaian untuknya daripada terus dikejar Ridhwan. "Kak Dib ada cakap yang saya perlu berkahwin. Mungkin, Ridhwan takkan berani kacau saya lagi kalau saya dah ada suami. Saya terfikir awak, Elhan......" -Orkid Wardina "Orkid Wardina, sudi tak kahwin dengan saya? Jom kita bercinta selepas kahwin. Boleh?" -Elhan Waqqas- Bagi Elhan Waqqas, Orkid Wardina ialah cinta pertama yang dia yakin, bakal menjadi cinta terakhirnya juga. Tidak kisah apa jua alasan Orkid menerimanya, dia yakin bakal ada cinta di hati Orkid. "Sebagai seorang ayah dan suami, abang janji yang abang akan jaga keluarga kecil kita. Biarlah sebesar mana ujian melanda." - Elhan Waqqas Langit yang indah juga bergulung awan hitam sekali-sekala. Langit yang indah juga menurunkan hujan, simbolik kepada kesedihan. Orkid Dan Elhan diuji. Tatkala Elhan cuba menyelamatkan Orkid, ada sesuatu berlaku kepada Ridhwan sehingga memerangkap Elhan. Jika cinta bersemi di hati Orkid, Elhan akan bertahan. Jika tidak, adakah hukuman dunia pengakhiran perjuangan Elhan buat Orkid Wardina? Elhan masih berdoa langit sempurna yang dia idamkan dapat dipeluk juga.
You may also like
Slide 1 of 10
CRUEL DESTINY | OG cover
4.0 | WANITA MILIK TUAN ZARIEL [COMPLETED] cover
HANYA INGIN KAU TAHU (COMPLETED) cover
Peluang Kedua Buatku (S2) cover
Isteri Halal Sementara  cover
FIGHT FOR LOVE [C] cover
Let It Rain (Complete) cover
TENTANG KITA- REVAMP (BACAAN PERCUMA)  cover
MY FARHAN HAIQAL [C] cover
Perfect Sky cover

CRUEL DESTINY | OG

52 parts Ongoing

[BOOK SERIES ] Empat tahun yang lalu, dia ditinggalkan atas alasan bahawa sang isteri sangat lelah dengan keadaan yang serba kekurangan. Chempaka Elana - Seorang gadis yang berusia 21 tahun yang asal usulnya tidak diketahui, hidupnya tenang sebelum bertemu dengan Datin Rose. Rais Andika - Seorang jejaka yang berusia 24 tahun. Dia disahkan lumpuh dan mempunyai trauma yang mendalam setelah mengalami sebuah kemalangan jalan raya berpunca daripada salah orang lain. Kerana aturan keluarga, mereka berkahwin. Asing tetapi seperti rumah. Itu yang dirasakan oleh sang jejaka. "Sumpah, aku penat hidup susah dengan kau." - Chempaka Elana. Bumi itu selalu berputar pada paksinya. Setelah empat tahun mereka tuhan mempertemukan mereka semula. Di sini, segala-galanya bermula... Penderitaan baru sahaja dimulai... Bagaimanakah kesudahan kisah ini? Cute cover by Dina. Start: 9 Ogos 2024. End: