Cik Pendebar Jantung
  • Reads 813
  • Votes 117
  • Parts 6
  • Time 39m
  • Reads 813
  • Votes 117
  • Parts 6
  • Time 39m
Ongoing, First published Sep 28, 2021
- [ H I A T U S ] -

QARIZH MAHFUZ - Seorang lelaki berusia awal 30-an yang tiada pengalaman dalam percintaan. Bukan sahaja percintaan, bahkan tidak pernah juga mencintai sesiapa secara diam-diam. Kehilangan ibu bapa dan ahli keluarga terdekat membuatkan dia larut dalam kesibukan berkerja sehingga tiada masa untuk memikirkan hal lain. Rakan-rakan juga hanyalah beberapa orang dan mereka semua sangat faham tentang peribadi dan pendirian Qarizh Mahfuz.

ULYA QATRUNNADA - Dia punya segalanya walaupun dia hanya tinggal di sebuah kampung. Kehidupannya mungkin tidaklah mewah, tetapi ia cukup serba-serbi. Keluarga sempurna, kerja tetap sebagai seorang guru dan dia juga punya seseorang sebagai teman lelaki. Hidupnya dihiasi dengan senyuman pada saban waktu. Apatah lagi apabila bergayut di talian bersama teman lelaki adalah rutin setiap malamnya. Maka, hidupnya tidak pernah sunyi.

"Prinsip hidup aku, tiada cinta. Kerana kesejatian dan kesetiaan dalam cinta itu, tidak pernah wujud secara realiti." - Qarizh Mahfuz

"Mana ada lelaki lain. Kan saya tunggu awak jumpa mak ayah saya. Kata nak nikah hujung tahun ni?" - Ulya Qatrunnada

Ditakdirkan mereka bertemu apabila Qarizh Mahfuz singgah di kampung itu semasa dalam perjalanan melawat tapak projek pembinaan syarikatnya. Pertemuan pertama yang berjaya mendebarkan jantung lelaki Qarizh yang selama ini tidak pernah kenal erti cinta membuatkan lelaki itu tekad untuk menawan hati si gadis. Tidak teragak-agak dia turun ke kampung setiap minggu dan berkenalan dengan seluruh ahli keluarga Ulya Qatrunnada.

"Jarang orang kampung ada nama cantik dan manis. Secantik dan semanis tuan punya badan! Nak jumpa mak ayah boleh?" - Qarizh Mahfuz

"Jarang orang bandar turun kampung setiap minggu ni. Macam tak ada kerja lain yang boleh buat. Hati tertinggal dekat sini erk?" - Ulya Qatrunnada
All Rights Reserved
Sign up to add Cik Pendebar Jantung to your library and receive updates
or
#67rindu
Content Guidelines
You may also like
Slide 1 of 1
The Boy I Admire From Afar cover

The Boy I Admire From Afar

125 parts Complete

As Claire aims to leave her oppressive stepfamily behind, she befriends Zion. Will he be her ticket to freedom or a distraction in achieving her dreams? ***** Claire Olsen has had a crush on Zion Petrakis since the first time she laid eyes on him, but he never noticed, instead only having eyes on the school's it girl, Maddie Jennings. Knowing she couldn't compete with Maddie, Claire hid her feelings for Zion, satisfied with admiring him from afar. However, when a series of events led Claire closer to Zion, her feelings for him grew from infatuation to love. And despite fighting hard to keep her feelings contained by distancing herself from Zion, he was determined to show her that he's earned a spot in her life. [[word count: 100,000-150,000 words]]