✦ ✧ 𝐒𝐞𝐛𝐮𝐚𝐡 𝐧𝐚𝐦𝐚 𝐝𝐢 𝐬𝐞𝐣𝐚𝐝𝐚𝐡 𝐜𝐢𝐧𝐭𝐚 ✧ ✦
13 Bölüm Devam ediyor Kerana satu kehilangan, dia belajar menerima. Kerana satu pertemuan, dia belajar percaya. Tapi kerana satu pengkhianatan, dia hampir tersungkur semula.
Di sebalik senyuman yang tenang, tersembunyi seribu luka yang belum terubat. Sebuah perkahwinan yang tak sempat terjadi. Satu janji yang musnah di pertengahan jalan. Dan kini... hadir seseorang yang membuat hatinya bergetar semula, namun berselindung di sebalik bayang yang mencurigakan.
"Aku tak tahu sejak bila pandangan ini berubah... tapi tolong, jangan jauhkan diri."
Dalam diam, ada yang memerhati. Ada tangan yang cuba menghancurkan. Dia diburu bahaya, namun tiada siapa percaya.
"Eheh, awak tak apa-apa ke? Macam mana boleh jatuh ni?"
Namun, Tuhan tak pernah tidur. Dan di sejadah cinta itu, nama siapa yang akan kekal dalam doa terakhir?