A dream that is too beautiful to be true. Pertemuan semula antara Dyra Darleen Darissa dan musuh ketatnya sewaktu sekolah menengah menjadi satu titik baru dalam hidupnya. Siapa sangka jejaka yang menjadi ketua gangster sekolah dulu kini berjaya membuka sebuah restoran yang mempunyai nama tertinggi di persada dunia? Dia, Zafrael Aisaar. Seorang yang disegani dan digeruni. Juga seorang yang misteri. "Don't fall for me. You'll get nothing but disappointment." -Zafrael Aisaar. Pertemuan yang tak disangka-sangka. Perjalanan cerita hidup yang sempurna. Dan hubungan yang kian mencapai bahagia. Namun realiti itu tak seindah mimpi. Satu demi satu rahsia terbongkar. Satu demi satu kepercayaan musnah. Orang yang dipercayai ternyata mempunyai seribu satu rahsia dalam diri. Hal yang dikira biasa ternyata mempunyai pelbagai perkara tersirat di dalamnya. Sesungguhnya, realiti itu terlalu kejam. Terlalu kejam sehingga ia tak layak untuk menjadi realiti yang harus dihadapi. A reality that is too harsh to be true.