DIA LEFTENAN FARID RIZQAN YOUR LOVE
21 Bagian Sedang dalam proses Sofea Amira, seorang wanita berdikari dan berjaya dalam kerjayanya, tak pernah menyangka dia akan jatuh hati pada seorang lelaki yang tidak pernah memberi ruang untuk cinta. Leftenan Farid Rizqan - seorang anggota unit khas yang disegani, tegas, dan terlalu serius dengan dunia tugas dan tanggungjawabnya. Cinta bukanlah agenda dalam hidupnya, walaupun wajahnya menjadi dambaan ramai.
Tanpa sedar, Sofea mula jatuh hati. Setiap interaksi kecil semasa menjalankan tugas - dari perbualan ringkas ke senyuman yang jarang-jarang muncul dari Farid - semuanya meninggalkan kesan. Namun, hati Farid kelihatan dingin, sukar ditembusi, dan Sofea semakin tenggelam dalam perasaannya sendiri. Dalam diam, dia cuba bersaing dengan perempuan-perempuan lain yang juga meminati lelaki itu, namun makin lama makin jelas, dia hanyalah satu dalam ribuan peminat yang tidak disedari.
Akhirnya, Sofea putus asa. Dia melangkah pergi dengan tekad untuk melupakan Farid Rizqan - lelaki yang hanya tinggal dalam doanya. Tapi takdir punya cara yang pelik untuk berbicara.
Saat Sofea mula menjauh, Farid mula sedar. Dia mula perasan akan kehadiran yang selama ini menyokongnya dalam diam. Dan ketika dia bersedia membuka hati, Sofea pula sudah menutup pintunya.
Akan terbukakah pintu hati Sofea kembali? Atau cinta itu hanya sempat berputik dalam senyap tanpa sempat berbunga?
---
> "Apa sebenarnya yang kau harapkan, Sofea? Dia pandang kau balik? Dia balas semua rasa yang kau pendam sendiri selama ni? Kau ni bodoh ke apa? Dia tak pernah janji apa-apa pun."
> "Cinta ke tu, Sofea? Atau cuma obsesi bodoh yang kau simpan diam-diam, sambil kau biar hati kau hancur hari demi hari?"*
> "Kau korbankan maruah kau, harga diri kau... hanya untuk buat dia nampak kewujudan kau. Tapi apa kau dapat? Penat! Luka! Kosong! Kau tak salah dia, Sofea. Kau salahkan diri sendiri sebab terlalu sayang orang yang tak pernah ada ruang untuk kau."