Raissa Hanania | Cinta Dambaan Wadi Aakeef (Spin Off Airayyan Collection)
  • Reads 3,025
  • Votes 219
  • Parts 20
  • Reads 3,025
  • Votes 219
  • Parts 20
Ongoing, First published Apr 02, 2022
CINTA bermula seawal 7 tahun. Cintakan anak bongsu perempuan kepada seorang lelaki yang digelar baba dan mama, ibu bapa angkatnya. Mereka tahu dia yang sentiasa menyayangi Raissa Hanania lebih daripada seorang adik, namun banyak halangan antara dia dan cinta dambaannya untuk bersatu.

Hasyaf Asyriq, lelaki yang pernah bergelar suami si dia. Kasih Nur Irdeena, tunangan yang mengikat dirinya. Dan juga Liyasna, wanita yang menjadi pilihan keluarga kandungnya sendiri.

Sungguh, Wadi Aakeef sebal. Keluarga kandung yang selama ini membuangnya bagai sampah kembali dalam hidup dan meminta dia mengahwini gadis pilihan mereka! Dia tidak mahu! Dia punya pilihan sendiri! 

Dia nekad, menolak permintaan keluarga kandungnya. Bahkan dia tinggalkan keluarga kandungnya demi mengahwini pilihan hatinya sendiri. Kerana dia sudah berjanji, hanya Raissa Hanania yang bakal bertakhta di hati sampai mati.

Tatkala dia hampir mengahwini wanita idamannya, berlaku pergolakan keluarga yang menyebabkan dia rasa selamanya dia tidak layak berada dalam keluarga Rayyan Harith. Biarlah dia mengalah. Biarlah dia kembali kepada keluarga kandungnya. Mungkin memang tertulis anak bongsu bapa angkatnya itu bukanlah jodohnya.

Namun, si dia pula yang muncul memujuknya. Dia kalah! Kalah dengan pujukan cinta dambaan. Kalah dengan kehendak hati yang sentiasa mahukan wanita itu. 

Akhirnya, pernikahan termeterai. Mereka rasmi sebagai suami isteri.

Dugaan demi dugaan kembali menjadi duri dalam hubungan mereka. Terkadang lelah, tetapi mereka tekad terus memperjuangkan sehinggalah lelaki yang pernah menghancurkan si isteri muncul, status sebenar dirinya terbongkar, berita tentang bekas tunangnya kedengaran. 

Akankah mereka terus kuat berjuang mempertahankan hubungan yang semakin goyah? Cukupkah sekadar cinta yang ada dalam hati untuk terus kekal bersama sehingga ke hujung nafas?

"Nia berkorban untuk kebahagiaan abang."

"Hanya Nia... kebahagiaan abang."
All Rights Reserved
Sign up to add Raissa Hanania | Cinta Dambaan Wadi Aakeef (Spin Off Airayyan Collection) to your library and receive updates
or
#157pendam
Content Guidelines
You may also like
FIGHT FOR LOVE [C] by leesophielia
58 parts Complete
[SPORT ROMANCE 1] "What makes you think, yang kau layak dihormati oleh aku?" -RIFFAT HAMRI Hanya kerana satu permintaan daripada ayahnya, hidup Yasmeen Sira berubah 180 darjah. Dari seorang wanita biasa, kini dia terjun dalam arena tinju profesional. Ditugaskan sebagai jurulatih sementara di RCA, menggantikan ayahnya yang jatuh sakit, Yasmeen terpaksa berhadapan dengan cabaran paling besar: Riffat Hamri. Riffat, nama gah dalam dunia tinju, dikenali kerana kehebatan di gelanggang, dan kesombongan di luar. Dibaluti ego setinggi langit dan sikap angkuh yang menjengkelkan, dia langsung tidak menerima kehadiran Yasmeen. "Tolong educated diri kau tu dulu sebelum nak jadi coach. You know what, kau tak layak pun nak latih aku. Berhambus. Go find someone else." - RIFFAT HAMRI "Eh saya ni pun bidan terjun ajelah! Awak berlatih la sorang-sorang, sampai Pak Jamil mampus!" - YASMEEN SIRA Tapi Yasmeen tidak gentar. Baginya, wang adalah matlamat. Namun lebih dari itu, dia ada misi untuk menundukkan Riffat Hamri, si jaguh ego yang terlalu selesa di puncak. "Bagi saya peluang yang terakhir. Kalau saya gagal bawa nama RCA sebagai juara, saya sendiri akan tarik diri. -YASMEEN SIRA Dalam masa dua bulan, mereka dipaksa bekerjasama. Dari benci menjadi hormat, dari hormat mula bertukar menjadi sesuatu yang tak pernah dirancang... cinta. Namun cinta yang hadir dalam kebencian selalunya penuh persoalan. Bertahan atau melepaskan? "Dua minggu kau dah tinggalkan aku. Stay. Stay for me..." - RIFFAT HAMRI START : 1 March 2025 END : 13 April 2025
You may also like
Slide 1 of 10
Peluang Kedua Buatku (S2) cover
HARIS DANIEL  ( C ) cover
Isteri Halal Sementara  cover
[OG] Her Angel cover
CRUEL DESTINY | C cover
FIGHT FOR LOVE [C] cover
Malik's Babygirl ✔ cover
Duri di antara kita [ C ]  cover
Bukan Aku Tak Cinta cover
Mr. Duda & Cikgu? [Completed] cover

Peluang Kedua Buatku (S2)

38 parts Ongoing

Kehidupan Amsyar Dizhwar dan Haura Mikayla semakin penuh dengan kemanisan selepas hadirnya cahaya mata pertama, Emir Raees. Namun bagi Haura, masih ada beberapa perkara yang diidamkan dalam hidup. Walaupun dikurniakan suami yang memahami, tanggapan orang luar tidak akan dapat dipulaukan sepenuhnya. Mampu ke dia untuk kekal kuat sebagai seorang isteri, seorang ibu, seorang menantu, seorang anak dan dalam masa yang sama mengejar keinginannya yang masih belum selesai. (Light reading)