15 parts Ongoing "I am Qidran, you new bodyguard. Nice to meet you in person, Tengku Zya Azkayra." - Qidran.
Takdir memperkenalkan mereka selepas satu insiden yang menimpa Zya. Pertama kali melihat wajah Qidran Haizir, biji mata Zya seolah-olah mahu tercabut dari soket Jantung serasa mahu gugur menyembah bumi. Dada bagai mahu pecah. Sesungguhnya Qidran merupakan salah satu ciptaan Tuhan yang amat sempurna di mata Zya.
"You ni siapa nak masuk campur hal kehidupan I?" - Zya.
"Bodyguard Tengku Zya," - Qidran.
"Boleh tak bagi I privasi sikit? Siang malam nak ikut bontot I ni apahal?" - Zya
"Kerja saya adalah menjaga dan memastikan keselamatan Tengku Zya. Kalau saya tak ada dengan Tengku Zya, macam mana saya nak pastikan Tengku Zya selamat?" - Qidran.
Kadang-kadang, Zya merasakan hidupnya terkongkong dengan kehadiran Qidran di dalam hidupnya. Namun, seiring waktu yang diluang bersama, Zya mula jatuh hati kerana sikap Qidran yang sentiasa bersedia untuk melindungi dirinya.
Bagi Qidran, kehadirannya dalam hidup Zya bukanlah satu kebetulan. Dia hadir kerana satu tujuan. Ada dendam yang harus dibalas. Ada keadilan yang harus dituntut bela. Ada pesalah yang harus dihukum.
"Bapak saudara dia tu pembunuh, Qidran!" - Wafi.
Perasaan yang tumbuh untuk Tengku Zya, adakah perlu dikubur begitu sahaja hanya kerana peristiwa masa lalu yang menyakitkan?