Fahri Ilham | Hana Atiya Dituduh menjadi punca kematian ibunya dan dibenci serta disisihkan oleh keluarga sendiri membuatkan Hana hidup dalam kegelapan. Bagi Hana tiada apa yang dia harapkan selain kemaafan dari papa dan penerimaan mama. Itu sahaja matlamat hidupnya. Dia juga tak pernah memasang impian untuk berkahwin kerana dihantui masa silam orang tuanya. Namun pendirian itu goyah disaat Fahri muncul dalam hidupnya dan menawarkan diri untuk menjadi rumah dan tempatnya untuk bersandar. Saat peluang diberi dan hatinya dibuka menerima kehadiran Fahri, dugaan datang menghentamnya dengan bertubi-tubi sehingga membuatkan dia lelah dan menyerah. "I dah penat. Let's put an end to all of this. Lepaskan I. Let's get a divorce." - Hana Pertemuan tanpa suara dan senyuman antara Fahri dan Hana menjadikan Fahri seorang perindu. Setiap masa bayangan Hana menjelma mengetuk pintu hatinya dan menghadirkan satu perasaan indah. Tekad dipasang untuk menjadikan Hana sebagai suri hidupnya. Janji dilafaz meyakinkan Hana sehingga ikatan perkahwinan mengikat mereka. Bahagia tercipta hanya sementara bila sejarah silamnya muncul dan menggugat mahligai yang terbina. Kesetiaannya mula diragui. "You hak I. I takkan lepaskan you sampai bila-bila. Once you're mine, you'll be mine forever. Bear that in mind." - Fahri Selepas 6 tahun, Yasmin kembali bertemu dengan Fahri dan itu membuatkan Yasmin kembali memasang angan untuk menyambung semula hubungan yang sudah terputus dulu. Tetapi kehadiran wanita lain disisi Fahri menyukarkan rancangannya itu. Kerana cintanya yang tidak pernah pudar terhadap Fahri, pelbagai cara dia lakukan untuk merampas kembali kedudukannya ditakhta hati jejaka itu termasuk merendahkan maruahnya sendiri. "I masih cintakan you. Perasaan I pada you tak pernah berubah dari dulu sampai sekarang. I tak pernah lupakan you selama ni." - Yasmin Start : 10th Sept 2022 End : 10th March 2023