Bahagia? Tidak ada langsung perkataan itu dalam kamus hidup milik Haura Mikayla. Dia ditinggalkan oleh keluarga tercintanya sejak bayi lagi. Selepas kejadian tragis itu berlaku, dia dijaga oleh pakcik dan makciknya.
Hidup sebagai seorang anak yatim bukanlah mudah. Dihina. Dicaci. Namun, Haura bukan seorang yang mudah termakan dengan kata-kata orang lain. Dia hanya pekakkan sahaja telinga apabila mendengar setiap tohmahan yang dilemparkan oleh segelintir masyarakat.
10 tahun telah berlalu. Dia sangkakan hidupnya akan kembali normal apabila meningkat dewasa. Namun akibat satu malam, dia dinikahkan bersama majikannya sendiri.
"Seronok dapat hancurkan hidup aku? " 𝐀𝐲𝐝𝐚𝐧 𝐋𝐮𝐜𝐜𝐚𝐬
Aydan Luccas seorang jejaka yang amat menitikberatkan tentang reputasi dirinya. Apabila dipaksa untuk menikahi staffnya sendiri, mati-matian dia cuba untuk menghentikan majlis itu daripada terus berlangsung.
"Saya memang tak layak untuk bahagia ke. Sampai awak layan saya macam ini sekali? " 𝐇𝐚𝐮𝐫𝐚 𝐌𝐢𝐤𝐚𝐲𝐥𝐚
Biarpun dibenci suami sendiri, Haura tetap berusaha untuk memikat hati sang suami.
"Hidup kau memang selalu menyusahkan orang eh. Sampai diri sendiri pun tak reti nak jaga?!" 𝐀𝐲𝐝𝐚𝐧 𝐋𝐮𝐜𝐜𝐚𝐬
Oleh kerana ego milik Aydan yang tinggi itu, Haura sudah bernekad. Dia akan meninggalkan lelaki itu. Dia sudah tidak sanggup untuk menyeksa diri sendiri lagi.
"I love you, but I have to let you go. " 𝐇𝐚𝐮𝐫𝐚 𝐌𝐢𝐤𝐚𝐲𝐥𝐚
Akibat rasa serba salah yang menghimpap diri Aydan, dia cuba untuk menawan hati isterinya kembali. Tetapi sayang sekali, hati wanita itu sudah cukup terluka kerana perbuatannya terhadap wanita itu dahulu.
"Please give me a second chance, love. Sayang tahu yang abang tak boleh hidup tanpa sayang kan? " 𝐀𝐲𝐝𝐚𝐧 𝐋𝐮𝐜𝐜𝐚𝐬
"You're late, Aydan. Too late to fix our love. " 𝐇𝐚𝐮𝐫𝐚 𝐌𝐢𝐤𝐚𝐲𝐥𝐚
Dia bunuh suaminya sendiri saat bulan madu mereka. Tetapi bertemu dengan lelaki itu kembali selepas tiga tahun.
.
.
.
Dia korbankan semuanya untuk mengahwini wanita itu dan akhirnya hampir mati di tangan wanita itu juga.
Setelah tiga tahun, dia culik anaknya sendiri untuk membuat hidup wanita itu menderita.
"Aku terima nikahnya Salwa Zakiyah dengan sekeping hati ditikam mati."
"Terima kasih dah khianati suami kau sendiri.."