[TERBIT]
Seperti embun pagi yang hilang disapa mentari, begitu jugalah kenangan lama yang cuba dipadam oleh Fahira Hazrin.
Bertahun dia cuba bangkit, meyakinkan diri bahawa cinta tidak lagi perlu mengusik hatinya. Hingga akhirnya cinta yang dihulur tunangnya, Syarif Adham menyembuhkan luka lama akibat penghinaan yang pernah diterima.
Namun, takdir jarang membiarkan seseorang melangkah dengan mudah.
"After all, why did you get married to someone else even if you should be with someone else?" - Fahira Hazrin
"Mungkin itu hanyalah sebuah kekhilafan yang tidak dapat aku elak." - Fayyad Firdaus
Tatkala dia yakin masa lalu tidak lagi mampu menyentuhnya, muncul pula Fayyad Firdaus yang pernah mencuri hatinya dan menghancurkannya sekaligus, kini berdiri di hadapannya.
Namun kehadiran Fayyad bukan sekadar sebuah pertemuan semula tetapi menjadi ujian kepada hatinya permulaan kepada ujian yang lebih besar.
"Tolonglah, Airil. Jangan salah ertikan makna sebuah ikatan halal." - Fahira Hazrin
"Aku tak salah ertikan makna ikatan tersebut, Fahira. Bila mana aku buat keputusan untuk memiliki kau, bermakna aku sanggup korbankan dan kehilangan segalanya yang aku ada dalam hidup aku demi kau." - Airil Muhammad
Kemunculan Airil itu membuatkan Fayyad tanpa sedar menjadi pelindung yang tidak pernah diharapkan. Keseriusan dan ketegasan yang dulu hanya melukakan, kini berubah menjadi perisai yang menghalang Fahira daripada terus disakiti.
Antara masa lalu dan masa kini, Fahira terperangkap dalam dilema.
Setiap jawapan tentang cinta, kesetiaan, dan tanggungjawab yang diberikan Fayyad hanya menimbulkan lebih banyak persoalan.
Adakah kisah cinta mereka berakhir dengan perpisahan atau kesempatan kedua itu benar-benar milik mereka?
Mampukah Fahira menghapuskan ragu dan menerima cinta yang masih tersisa?
"Kerana yang pertama akan kekal di memori tapi yang setia di sisi hingga hari ini, akan kekal di hati. Iaitu kau, Fahira."
started date: 4 dec 22
end date: 26 march 23
[COMPLETED] 2nd story
Song: Setia by Elizabeth Tan ft Faizal Tahir
Tidak saling mengenali. Tidak juga saling mengetahui akan kewujudan masing-masing. Namun disebabkan sebuah konsentrasi, buatkan mereka bertemu secara realiti. Hingga berjaya mencambahkan putik cinta yang kian mekar tatkala kian bertemu empat mata.
Si gadis yang meminati seorang youtube content creator hanya kerana suara tanpa wajah yang pernah dilihat oleh kerana privasi. Tambahan, kematangan yang ditonjolkan di media sosial.
"Hello, babygirl. So dah berapa lama kau simpan semua perkara tentang aku? " - Ryan Darren.
Mengenangkan agama mereka yang berlainan, segala niatnya dimatikan saja demi Tuhan. Tapi mampukah perasaan yang disimpan, bakal terkubur saja hingga ke pengakhiran?
"Kenapalah you Kristian, Ryan? Kalau tak, mesti kita dah boleh bersama. " - Natalia Imelda.
Hari demi hari, takdir tidak berhenti mahu pertemukan mereka tapi apa yang diduga, berlainan jua pada akhirnnya.
"We made it, darling. " -Haz Malique
Tatkala Imelda sudah bahagia, hadir pula berita tentang suaminya melakukan kerja terkutuk di belakangnya.
Apabila Imelda cuba untuk berfikir secara rasional dan logik, mampukah dia perolehi jawapan bahawa semua berita yang dia ketahui itu hanya dusta belaka?
Satu persatu ujian mendatang. Maka sedikit demi sedikit kepercayaannya pada sang suami semakin tipis setelah melihat wajah yang sama cuba untuk membunuh dia dan anaknya.
"Dalam rakaman itu memang muka kau! Penipu! Kau cuba untuk bunuh aku dan anak aku! Aku benci kau! -Natalia Imelda
Bertahankan hubungan yang dibina saat sudah dipenuhi dengan pancaroba?
"You are the sweetest of my bitter days. I love you with all my bruised heart." -Haz Malique
❗No copyright are allowed.
❗100% based on my own idea and I am not copying any other author.
❗ Tidak dibenarkan meninggalkan sebarang kata kesat di ruangan komen.
Cover by @dirosie
Start : 14 April 2023
End: 24 September 2023