Story cover for Tak kan Pernah Ada (Completed) by imanirasyy
Tak kan Pernah Ada (Completed)
  • Reads 12,932
  • Votes 325
  • Parts 80
  • Reads 12,932
  • Votes 325
  • Parts 80
Complete, First published Apr 06, 2023
Sebaik mana manusia merancang, Tuhan jugalah perancang yang terbaik. Sofia Irdina punya rancangan sendiri tentang hidupnya. Tentang cita-cita dan impian. Bukan untuk hari ni tapi untuk satu hari nanti setelah usia remaja dikorbankan untuk melindungi ibunya yang dikhianati oleh ayahnya sendiri. 

Perjalanan mencari bahagia sedikit sukar tatkala ujian demi ujian menimpa diri. Titik perkenalan dengan lelaki yang bernama Emir Faiz membawa seribu satu rasa menyebabkan mereka mengambil keputusan untuk berpisah.

"Awak nampak saya ni bodoh sangat ke? Jawab Emir!" - Sofia

"Everything happens for a reason" - Emir

Bertahun berlalu, pertemuan semula yang tidak terduga...

Emir kaget melihat sofia bersama dua anak kecil. Hati kecilnya tertanya-tanya adakah Sofia sudah meneruskan kehidupannya bersama lelaki lain? Wajahnya memerah saat membayangkan perkara itu. Marah? Tetapi bukankah dia  juga sudah mempunyai orang lain?
All Rights Reserved
Table of contents
Sign up to add Tak kan Pernah Ada (Completed) to your library and receive updates
or
#1loveatfirstsight
Content Guidelines
You may also like
Memoir Si Hati Kering by kelingkingbesi
28 parts Complete
Assyifa Inara. Graduan di Uniersiti Malaysia Sabah. Dulu Syifa tak macam ni. Syifa sangat polos dan periang. Lepas ayahnya tinggalkan keluarganya bersama perempuan lain, ibunya sanggup pergi dengan dato' kaya, ditipu oleh sahabat karib dan menunggu cinta yang sia-sia mengubah hati Syifa. Mirdad Naqib, lelaki yang ditunggu namun hanya sia-sia. Penantian Syifa hanya membuang waktu. Meminta untuk dinanti namun senyap saban hari hilang tanpa berita kemudian muncul membawa sesuatu kejutan. Tamat pengajian, ibunya mengambil keputusan tinggalkan keluarga demi mengejar kekayaan. Irdina dan Nureen sahabat yang dianggap susah senang bersama namun siapa sangka sahabat sanggup makan sahabat? Yang ada cuma abangnya Aydeen Imran dan sahabatnya nun jauh di Sabah, Amsyar. Setelah apa yang terjadi, Syifa bukan lagi Syifa yang dulu. Tidak lagi tahu erti sayang, marah, cinta, suka dan benci. Syifa tidak peduli. Tidak pernah menganggap manusia sekelilingnya akan tetap bersamanya. Hilang rasa simpati dan impati dalam dirinya. Apa yang terjadi disusuli dengan ayat, "ada aku kisah?" "Itu bukan masalah aku". Pertemuan dengan Riyadh Rizqin adalah mangsa kekeringan hati Syifa. "Kau ni memang takde perasaan ke?" Riyadh. "Aku memang macam ni sebab aku tau, akhir nanti aku tetap akan sendiri.." Syifa. Riyadh Rizqin. Terpaksa lupakan kerjaya yang dibina kerana masalah yang dihadapi kakinya. Seorang atlet dahulunya namun terpaksa meniaga sebagai seorang penjual satey. Terpaksa hidup bersama besi dikakinya. "Riyadh susah nak bercinta. Riyadh bukan macam lelaki lain. Kelakar, sempoi dan suka tolong orang." Aslam. Apakah hati Syifa akan selamanya kering tanpa kasih, sayang dan cinta. Adakah Syifa akan kembali menjadi Syifa yang dahulu?
LAYTH MAKEEN : HIS LOVESMITH by queessa
55 parts Ongoing
Selama mana seorang gadis mampu mencintai seorang lelaki dalam diam? Dia Iman Sofea dan dia telah menyimpan perasaan cintanya pada Layth Makeen merangkap anak lelaki jiran sebelah sejak dia berumur 13 tahun. Ketika umurnya 14 tahun, mereka terpisah.Dia sangkakan perpisahan itu membuatkan cintanya pada Layth Makeen makin memudar tetapi tidak! Pertemuan semula diantara dia dan Layth Makeen membuatkan cinta yang sudah lama terpendam mekar semula. "Siapa ketua baru kita?" "Doktor Layth." Apabila umur sudah makin lanjut bertambah dengan dia yang perempuan maka banyak sahaja mulut yang bertanya. Tetapi mahu buat bagaimana hatinya hanya untuk Layth Makeen! "Layth tu dia kata dia single lagi." Memang single tetapi Layth Makeen itu sangat prejudis dan bencikan wanita! Bagaimana dia nak curi hati lelaki yang sangat anti pada makhluk bernama wanita?! Takdir tuhan telah menentukan, mereka terpaksa berkahwin atas dasar menjaga aib. Perkahwinan mereka penuh dengan rasa bahagia walaupun Sofeyya tidak pernah mendengar lafaz cinta dari sang suami. Tetapi laut yang tenang juga bergelora inikan pula perkahwinan mereka. Fitnah dan dugaan yang hadir membuatkan Sofeyya mula berputus asa. "Abang, Feyya nak kita berpisah." "Will you be happy if i let you go?" Dia cintakan lelaki itu tetapi apa guna perkahwinan ini jika mereka bersikap seperti orang asing yang duduk di bawah satu bumbung yang sama! "Sebeci itukah Feyya pada abang?" "Ye! Feyya nak abang lenyap dari hidup Feyya. Feyya benci abang!" Cinta yang hadir bertukar menjadi benci yang bersulam. Tetapi benarkah ia benci atau ianya hanya rasa kecewa? Dan benarkah Makeen tidak mencintai isterinya atau ia hanyalah penipuan untuk mengkaburkan mata-mata yang ingin menghancurkan hidupnya? "Jika hanya dengan cara dibenci dan disakiti boleh menyelamatkan dia dari dendam manusia, aku akan gadaikan kebahagiaan aku untuk dia. Cause when you love someone their happiness is more important than yours." Start: 9/4/2024 End:
Why Me? by Evaine_Nur
57 parts Complete Mature
Hidup Nur Umaira kelihatan sangat sempurna. Dia seorang yang berpendidikan tinggi. Berkerjaya hebat. Mempunyai keluarga yang bahagia. Malah... Dia punya tunang kacak, kaya raya, yang suka memanjakannya dengan hadiah mahal ribuan ringgit. "Just say it honey. I can give you anything." Faizal Aziz Lihat saja pada kesempurnaan dan kebahagiannya itu, sudah pasti mendatangkan rasa cemburu penduduk bumi yang lain. Namun... Angan-angan yang dilakar begitu indah, hancur angkara kepercayaan yang diberi. Hidupnya mula berubah. Dia hilang segala-galanya sedikit demi sedikit. Hingga tiada apa yang tersisa. Sehelai sepinggang! Saat dia kehilangan segalanya. Nur Umaira bertemu dengan seorang wanita. Kerana kasih seorang ibu yang kehilangan anak mahu beri teduhan. Dia menerima, walau berat hati. Tapi, tinggal sebumbung dengan cikgu disiplin garang! Musuh dalam rumah, buatkan hatinya sebal. "Aku cuma nak ingatkan kau! Aku ni menjaga amanah ibu untuk jaga kau. Kau ingat senang nak pikul tangungjawab. Jaga seorang perempuan yang degil, keras kepala macam kau ni." Zayn Hakeem "Sebenarnya kau tak ikhlas Zayn. Kau terpaksa terima aku tinggal di sini sebab ibu. Kau terpaksa jaga aku kan?" Nur Umaira Dan... Bila cikgu disiplin 'transform into green flag'. Maka bertebaranlah sang kupu-kupu dalam perut. Mereka mula cipta kenangan indah bersama sehinggakan dalam diam terbit cinta. Namun selepas segala rahsia terbongkar. Mereka semakin menjauh. Rasa kekurangan membuatkan Nur Umaira mengambil keputusan untuk kembali ke pangkuan keluarga. Dia ingin melupakan tapi semakin merindu. Namun dia tidak menaruh harapan lagi. Adakah seorang lelaki mahu memperisterikan perempuan yang punya kisah silam sepertinya. "Why me?" Nur Umaira "Why not, When Allah say kunfayakun." Zayn Hakeem
MASIH MENANTI ✓ by f4r33n
55 parts Complete
TEEN FICTION || SAD ROMANCE || MYSTERY Pindah tempat yang baru, mungkin akan dapat kehidupan baru juga. Namun, rancangan Tuhan itu sukar dijangka apabila takdir menemukan Eryna Safiya dengan seorang jiran yang kacak, Daniel Bryan. Akan tetapi, nama 'Bryan' itu buatkan Eryna tidak sangka yang jejaka itu rupanya orang berbangsa Cina. "Tak nampak macam cina pun?" - Eryna Safiya "Habis, nak suruh aku lekat bak kut teh dekat muka baru nampak macam cina?" - Daniel Bryan Akan tetapi, dalam mereka elok berkawan, pasti akan adanya pendengki yang tidak senang melihat mereka bersama. Dan yang paling Eryna tidak sangka, pendengki itu ialah kawannya sendiri. "Bagi aku, kau cuma orang ketiga yang dah rosakkan hubungan kita orang." - Fasha Hani Kawan punya kawan, hari semakin berlalu. Tiba masa Eryna luahkan apa yang dirasakan selama ini. Tapi, dia tahu. Tak semua yang kita suka, akan kita miliki. "Pagi sekolah, petang kerja, malam penat. Mana sempat aku fikirkan benda ni." - Daniel Bryan SPM hampir tiba. Namun, Danial pergi tanpa berita. Eryna buntu awalnya. Tapi, jika ditakdirkan tiada jodoh, tiadalah. Akhirnya, dia merelakan. Tujuh tahun berlalu. Tanpa khabar dan tidak bersua. Eryna sudah hampir dua tahun menjadi tunangan orang. Sebulan lagi pernikahannya berlangsung. Faiq Ashraf, sedikit sebanyak telah mengubat rindunya pada Daniel. "Aku tak minta kau balas cinta aku sekarang, sebab aku yakin yang cinta tu akan datang lepas kita jadi pasangan halal." - Faiq Ashraf Justeru, Eryna masih mengharapkan Daniel kembali. Tapi jika Daniel kembali, akankah mereka bersama seperti dulu? Jika bersama semula, bagaimana dengan majlis kahwinnya yang akan berlangsung sebulan lagi? Bagaimana pula dengan Faiq Ashraf yang mula mengharapkan cintanya berbalas? "Ada perpisahan yang akan kembali. Ada juga yang takkan kembali. Dan perpisahan yang kembali itu ialah perpisahan sementara. Manakala perpisahan yang takkan kembali itu ialah sebaliknya." COMPLETED ✅
Qays Al-Furqan  by izzwyp
22 parts Ongoing
His Veautiful Daisy "I love you!" Penuh bersemangat tiga patah perkataan itu lancar meluncur keluar dari ulas bibir merah gadis itu. Menyatakan perasaan sucinya kepada lelaki tersebut. Selamba saja gayanya meluahkan perasaan sambil menayang barisan gigi yang baru saja mahu tumbuh itu. Telatah selamba itu buatkan lelaki itu tersenyum lebar memandang gadis comel yang berusia 4 tahun itu. Ya,4 tahun! Dengan gaun kembang serta rambut tocang dua. Comel! Namun,disebabkan hal hakiki mereka terpaksa berpisah haluan demi masa depan. "Wait for me, Safiya," Mereka telah berjanji untuk tunggu antara satu sama lain. Pada awalnya, gadis itu menunggu dengan penuh semangat. Baginya 7 tahun sekejap saja. Dia tak kisah asalkan dia dapat bertemu semula dengan lelaki tersebut. Tetapi, hari berganti hari, bulan berganti bulan dan tahun berganti tahun. Tup! Tup! Sudah 10 tahun khabar dari lelaki itu tidak kedengaran. Iman Safiya hampa. Dia berputus asa. Iman tekad untuk melupakan lelaki tersebut. "Have you forgetten, my daisy. We were even kissed to seal the deal," Pertemuan semula setelah 10 tahun, tidak seperti yang dibayangkan. Gadis kecilnya dahulu sudah menjadi milik orang dia. "You broke our promise, Safiya. I asked you to waited for me" "10 tahun.Bukan setahun Qays. Lagipun,saya masih budak-budak dan berfikiran tak matang masa itu" Kemana pergi gadis kecilnya dahulu yang begitu manja dengannya? Mengapa perasaan nya telah berubah. Adakah hanya dia saja yang masih menyayangi gadis itu tapi gadis itu sebaliknya? "Kalau dulu kita boleh bercinta, kenapa sekarang tidak?" "DULU. Highlight perkataan itu baik-baik, Encik Qays." Iman Safiya memberi sepenuh ikhlas hatinya,namun akhirnya dikecewakan juga. Impian bersama lelaki itu hingga ke jinjang pelamin tersadai dipertengahan jalan. Tapi, dia percaya akan takdir dan jodoh. Iman terima lelaki itu milik orang lain. "Saya dah redha. Saya percaya akan takdir yang Allah susun untuk saya"
Tersimpuh Dalam Kelam, Melangkah Untuk Mereka by Miss_penguinla
10 parts Ongoing
Di sebalik tawa yang lantang dan senyum yang ceria, tersembunyi jiwa yang letih, Harith Zafriel Bin Nazreen, anak sulung dari tujuh beradik, yang tidak pernah diberi pilihan untuk menjadi 'anak'. Sejak bayi, tubuhnya lemah diserang asma, namun jiwanya dipaksa kuat untuk menanggung retak-retak keluarga yang semakin membesar. Zafriel bukan hanya abang, dia juga pelindung, penghibur, dan peredam api dalam rumah yang selalu bergolak. Ummi dan Abah, dua figura yang disayangi tapi juga menyesakkan. Tegas, bertengkar, saling menyayangi dalam cara yang salah. Ketika hampir bercerai, keputusan seorang adik mengubah haluan keluarga, namun tidak pernah memulihkan trauma Zafriel yang mulai takut akan konflik, dan hidup dalam ketakutan bayangan masa depan yang selalu buruk. Di rumah, dia memaksa dirinya menjadi badut, tertawa lebih kuat daripada luka. Tapi di sekolah, dia jadi senyap, introvert, hanya ingin menjaga air muka Ummi yang juga guru kaunselor di sekolahnya. Dia takut buat silap. Takut merosakkan maruah keluarga. Takut jadi 'beban'. Dan di satu ketika, dia pernah dibuli. Dipermalukan. Dipinggirkan hanya kerana menjalankan tanggungjawab menjaga adik-adiknya ketika ibu bapa tiada. Tapi seperti biasa-dia diam. Dia redha. Kini, Zafriel sudah 18 tahun. Diterima masuk ke sebuah kolej jauh dari kampung halamannya di Kelantan. Jauh dari suara jeritan, dari beban tanpa rehat, dari wajah-wajah yang disayangi tapi melukainya tanpa sedar. Namun, di tempat baru ini, Zafriel tidak hanya akan menemui pelajaran, dia akan menemui dirinya. Temui luka-luka lama yang belum sembuh. Temui manusia yang mahu mendengar tanpa menghakimi. Temui batas antara pengorbanan dan penghapusan diri. Dan yang paling penting, temui keberanian untuk hidup bukan semata-mata untuk mereka, tetapi juga untuk dirinya sendiri. kisah benar emosi seorang remaja yang terlalu awal menjadi dewasa, perjalanan mencari ruang untuk mencintai diri dalam dunia yang sering lupa bahawa anak sulung juga hanya manusia.
CINTA ALAIA SOFIA  by Nurkayyisa
40 parts Complete
ALAIA SOFIA merupakan seorang gadis yang agak pendiam dan pemalu orangnya . Mempunyai seorang kembar yang bernama Alaia Safia . Setelah hatinya dipatahkan oleh cinta pertamanya, dia mengambil keputusan untuk meninggalkan tanah air dan menetap di Istanbul, Turki untuk meneruskan cita-citanya sebagai seorang Peguam . Kehidupan barunya bermula disana . AHMAD RAFIQI merupakan seorang lelaki yang sangat terkenal dengan kekacakkan dan kepandaiannya sewaktu disekolah menengah . Oleh kerana itu, ramai pelajar perempuan yang meminatinya . Dia juga mempunyai seorang kembar yang bernama Ahmad Rafiee . * Setelah 4 tahun menetap dinegara orang, kini Sofia dan adik kembarnya memutuskan untuk pulang ke tanah air . " After 11 hours in flight, finally we are here kakak " kata Safia kepada kakaknya . Perasaan gembira dan sebak pada masa yang sama hadir dalam diri mereka kerana 4 tahun berjauhan dengan ibunda dan ayahnda tercinta . Setibanya sampai dilapangan kapal terbang, Safia tiba-tiba berasa sakit perut dan terus menuju mencari toilet . " Tunggu kat sini, Safia nak pergi toilet sekejap . Jangan pergi mana-mana . It will only takes me about 15 minutes " - Safia " Okay, jangan lama-lama " balas Sofia Sofia pun duduk disebuah kerusi yang tak jauh dari toilet yang dimasuki adiknya tadi lalu menelefon seorang lelaki untuk memberitahu bahawa mereka sudah tiba di Malaysia . Apabila selesai menelefon lelaki tersebut tiba-tiba seorang pemuda lelaki yang entah dari mana tertumpahkan secawan kopi ditudung Sofia .
You may also like
Slide 1 of 20
Antara X Dan Y (Suamiku Cikgu) Complete ✅ cover
Sofea Xenia cover
Memoir Si Hati Kering cover
Give Your Little Heart cover
HER PRINCE cover
LAYTH MAKEEN : HIS LOVESMITH cover
FROM BIBIK TO LOVER (Completed] cover
Luth Mikhael cover
Suratan Takdir Untukku cover
Why Me? cover
ENEMY TO, HUSBAND cover
HOW CAN I BE BETTER? cover
MASIH MENANTI ✓ cover
Qays Al-Furqan  cover
His Bambina cover
Tersimpuh Dalam Kelam, Melangkah Untuk Mereka cover
Aku Mencintaimu Encik Pengganti  -Season 3 cover
CINTA ALAIA SOFIA  cover
Kau imamku, Aku makmummu cover
Ada Cinta Untukku cover

Antara X Dan Y (Suamiku Cikgu) Complete ✅

50 parts Complete

{Irdina Melissa} × {Irhan Shafiq} Keseronokan? Itulah prinsip pertama dalam hidup Irdina. Hidup hanya sekali jadi jangan rugikannya dengan perkara membosankan. Telinga bagaikan mahu pecah mendengar bebelan Ummi untuk menjadi menusia berguna. tapi,Irdina kisah apa? Percintaan? Test Market? itulah kesukaannya! Setiap tahun,teman lelaki baharu. Baru seronok! Manusia membosankan? Mestilah Cikgu Irhan! Belum lagi dengan mukanya yang serius setiap waktu. Tinggal lima menit pun,dia tetap mahu mengajar matematik. Menyampah! Kerja sekolah? Berlambak dia bagi. Macam tidak ingat dunia. Dunia rasa bagaikan mahu musnah bila dia dipaksa untuk berkahwin dengan Cikgunya sendiri! Dan,hidup Irdina tidak lagi menyeronokkan. Balajar,belajar dan belajar! Perjanjian apa yang ummi dan abi buat dengan Cikgu Irhan pun Irdina tidak tahu! Ya, Irdina harus berkahwin dengan Cikgu Irhan sebab paksa. "Tolong jaga diri awak sebagai seorang isteri. Hormatkan saya di rumah dan di sekolah. Kalau tak cukup duit,minta." -Cikgu Irhan. "Saya takkan bagitahu sesiapa tentang hubungan kita. Cikgu jangan risau. Trust me. " -Irdina Melissa.