MEGAT RAIS | RADEN DANIRA Tak semua sesebuah keluarga itu ingin berkongsi kasih sayang antara satu sama lain. Sifat kekeluargaan diketepikan. Raden Danira kehilangan ayah dan ibunya sekelip mata dan itulah titik terhancur dalam hidupnya. Akhirnya dia sendirian. "Sejak ibu dia kahwin dengan Raden Dhaffar, wujudnya perempuan ni keluarga kami tak sempurna lagi. She ruins Raden Dharmidzi's blood line !" - Mas Sumraa Raden Danira telah puas dihina dan dilayan teruk oleh mak-mak saudaranya dan sepupu-sepapatnya. Bukan itu saja malah, ujian demi ujian datang menduga sang hati Raden Danira. Dia terpaksa menelan segala kepahitan. Berkali-kali hatinya dihancurkan namun Raden Danira tetap memilih untuk bangun walau hati sedang rapuh. "Saya dah biasa. Dah lali" - Raden Danira. Namun, Raden Danira tidak sedar bahawa langkahnya membawa ke fasa konflik dimana dia perlu selesaikan teka-teki yang saling berkait dengan kematian ayah dan ibunya. Macam-macam kejutan dia terima. "You can't do this alone, peaches. Saya tak sanggup tengok awak menderita. Sekalipun awak menderita, biarlah kita berkongsi rasa sekurangnya-kurangnya saya boleh faham perasaan awak" - Megat Rais "Sebab inilah kenapa saya tak nak sayangkan orang. Bila saya sayangkan seseorang, Allah tarik nyawanya. Again, I'll be hurt" - Raden Danira