Agency Series (3)
Siapa sangka, kekasih hati yang hilang tanpa jejak, tiba-tiba muncul semula, mengganggu hidup Sharifah Helena. Kini, Eden Zahrin kembali, tapi kali ini sebagai bakal suami kepada sepupunya.
"You were my biggest mistake, Helena." - Eden Zahrin
Rancangan disusun dengan penuh teliti. Helena mahu Eden merasai kepedihan yang sama, ditinggalkan tanpa sebab yang jelas. Tambahan pula, hati kecilnya sakit melihat Eden bahagia bersama sepupunya, sedangkan dia? Terperangkap dalam bayangan kenangan yang tak pernah selesai.
"It's about time you realized how it feels to be left by someone you love, now you will understand how much you hurt me." - Sharifah Helena
"It can be really tough to let go someone you care about. Tak sangka ada orang yang masih tergila-gilakan aku, walaupun dah 12 tahun." - Eden Zahrin
Pelan yang disangka sempurna, akhirnya mulai runtuh. Hidup Helena, yang selama ini bagaikan seorang puteri, kini berubah sepenuhnya, 180 darjah ke arah yang tak pernah dia duga.
"Untuk kali ni, I merayu. Tolong terangkan dekat keluarga I." - Sharifah Helena
"Kita kahwin, hm?" - Eden Zahrin
Takdir mengikat mereka dengan cara yang tak terduga. Seorang perempuan, yang masih dihantui dengan kenangan cinta yang belum padam, dipaksa hidup bersama lelaki yang pernah meninggalkan luka dalam hatinya.
Highest rankings:
#1 novelmelayu
#1 fiksyen
#1 agency
#1 drama
#1 misteri
#1 dendam
#1 revenge
#1 romance
#1 kahwin
#1 mystery
#1 romantic
#1 angst
Zareen Suhana melangkah semula ke rumah besar yang telah lama dia tinggalkan - bukan kerana rindu, tapi kerana dendam. Tujuh tahun dia mengumpul luka, menyulam dendam terhadap keluarga sebelah ayah yang telah menghancurkan hidup mereka. Mereka disisih dan dibuang. Ayahnya, lelaki yang dihina. Dan semua itu, berpunca dari darah daging sendiri.
Peluangnya datang bila Aunty Faizah, kakak kepada ayahnya, membuka pintu yang selama ini tertutup rapat. Tapi pintu itu juga membawa semula dia kepada Faeeq Fahmi - lelaki yang sejak dulu memandangnya seolah-olah dia sampah. Dinginnya Faeeq bukan sekadar pada tutur, tapi pada pandangan yang seolah bisa membakar maruah.
Dan Zareen? Seratus kali Faeeq membencinya, dia seribu kali lebih benci lelaki itu.
Namun dunia tidak selalu memihak kepada mereka yang menyimpan dendam. Dalam usaha memanipulasi keadaan, Zareen sendiri terperangkap. Dia terpaksa bersetuju dengan sesuatu yang tak pernah dia bayangkan - perkahwinan tanpa cinta bersama lelaki yang paling dia benci.
Namun...
Bagaimana jika kebencian itu mula longgar?
Bagaimana jika lelaki itu bukan seperti yang selama ini dia fikirkan?
Dan bagaimana jika... dendam yang dia genggam, mula hancur dalam dakapan cinta?