21 parts Ongoing Mereka pernah saling mencintai.
Mereka pernah saling melukai.
Ariana Nafeesa tak pernah sangka akan berjumpa semula dengan Haikal Jazmi, bekas kekasih yang pernah dia tinggalkan 10 tahun lalu. Tapi bukan sekadar berjumpa... kali ini dengan pakej kahwin paksa!
"Kita kahwin dulu dan tengok nanti macam mana. Kalau memang tak boleh tahan... saya rela ditinggalkan. Untuk kali kedua." -HAIKAL
Bagi Haikal, dia sekadar akur dengan pilihan ibunya. Namun semakin hari, bersama Ariana terasa bukan lagi paksaan. Dia cuba menjauh, tapi setiap kali Ariana hilang dari pandangan... hatinya jadi resah.
Apabila dua hati yang pernah saling mencintai terpaksa tinggal sebumbung, rasa cemburu, rindu, dan sayang mula bercampur-baur. Membuatkan mereka sedar... perasaan lama tak pernah benar-benar hilang.
"Awak jealous kan?" -HAIKAL
"Saya tak jealous! Awak ni asyik fitnah saya je!" -ARIANA
Namun kemunculan Hanni, bekas tunang Haikal kembali membuka semula luka lama. Ariana teruji dengan rasa percaya, manakala Haikal menemui rahsia Ariana yang selama ini tersembunyi... rahsia yang menjadi punca perpisahan mereka dulu.
Apakah rahsia yang Ariana sembunyikan? Mampukah Haikal mempertahankan yang pernah pergi, atau adakah sejarah ditinggalkan akan berulang untuk kali kedua?
P/s: Comeback Ain Qalbi selepas dah lama tak menulis hahah. Give me some lurve guys! ❤