7 Partes Continúa Contenido adultoNafas bukan lagi anugerah, tetapi belati kaca;
setiap tarikan memecahkan rongga dada,
menumpahkan memori seperti darah bening di antara alga gelap.
Aku mahu menyerah,
memejam mata menunggu maut yang lembut-namun siksaan itu memilih kejamnya,
ia memaksa aku terjaga, terhuyung‑hayang di sempadan hidup dan mati,
mengekalkan nyawa sekadar untuk merasakan peritnya perlahan‑lahan,
seolah‑olah laut sendiri mahu menyimpan kisahku dalam riak‑riak pilu di permukaannya...