Clarissa Humra, seorang wanita ceria yang tidak tahu malu, hidup dalam kesukaran setelah dibuang oleh ayahnya hanya kerana ibunya difitnah. Dengan hanya ibunya yang sakit sebagai keluarga yang tersisa, hidup Humra dipenuhi dengan dugaan besar.
Satu hari, dia hampir dilanggar kereta dan diselamatkan oleh Elhan Al-Maleeq, seorang doktor yang sangat dihormati.
Walaupun Elhan menjauhkan diri, Humra terus mengejarnya tanpa rasa segan. Ketika Elhan menolak perasaan Humra dan memanggilnya 'Mawar', dia bingung dan tidak tahu kenapa.
"Awak, saya suka awak." Clarissa Humra
"Jangan suka aku." Elhan Al-Maleeq
"Awak gay ke?" Clarissa Humra
"Balik Mawar." Elhan Al-Maleeq
"Mawar? Kenapa awak panggil saya Mawar?"
Ketika Humra menghilang dari hidup Elhan, barulah dia menyedari perasaannya terhadap gadis itu. Setelah mencari-cari, mereka bertemu semula di hospital, di mana Humra kelihatan lemah akibat kemerosotan kesihatan ibunya yang menghidap kanser payu dara.
Dalam saat-saat penuh emosi ini, Elhan menawarkan perkahwinan untuk menjaga Humra, membuatkan gadis itu bingung dengan tawaran tiba-tiba.
"Lama aku cari kau Mawar. Kau pergi mana?" Elhan Al-Maleeq
"Kenapa cari saya? Awak tak suka saya kan?"
"Mana kau tahu aku tak suka kau?" Elhan Al- Maleeq
"You suffered enough lady, it's time to let go what's hurting you." Elhan Al-Maleeq
"Marry me Mawar. Biar aku jaga kau." Elhan Al-Maleeq
Konflik semakin rumit apabila musuh terdekat ibunya muncul, berusaha merampas harta keluarga mereka dan menambah tekanan dalam hidup Humra dan Elhan.
"Selagi kau hidup, selagi itu aku tak dapat apa yang aku nak!"
"Umur Nuh dah 32 tahun, bila nak bagi nenda cucu menantu?" -Nenda Asiah
"Isa kan ada..."-Isa Iman
Jika diikutkan hati dan diri sendiri, Nuh Iman tak pernah kisah pun soal peneman hidup. Langsung tidak tercabar dengan adiknya yang terlebih dahulu mempunyai pasangan hidup berbanding dirinya. Sikit pun Nuh tak heran.
Tapi disebabkan desakan Nenda Asiah pula yang membuatkan Nuh tertekan. Asal balik kerja tanya soalan yang sama sehingga Nuh penat beralasan yang sama dan Nenda Asiah juga muak mendengar alasan yang sama. Sampaikan Nenda Asiah terpaksa mengugut cucunya itu.
"Nuh cakap Nuh tak kisah kan soal jodoh Nuh? Apa kata nenda kenenkan Nuh dengan Maleeka?"-Nenda Asiah
Crapp!!
Nak terpisah roh dari badan bila mendengar sebaris nama yang meniti di bibir nendanya. Nuh geleng kepala dibuatnya.
"Cik bunga tolong aku cik bunga"- Nuh
"Satu malam RM500 apa macam? Setuju pak dato'?"-Nur Calla
Nak taknak, Nuh terpaksa bersetuju.
Namun satu hal sudah selamat, timbul lagi satu hal pula. Itulah pepatah dah cakap terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata besar masalahnya.
"Nuh tak boleh nikah dengan Maleeka..."
"Kalau susah sangat dato' nak deal dengan nenda, kita cer-"
"Diamlah! Jangan cakap pelik-pelik lagi!"