42 parts Ongoing "Kau sanggup putuskan persahabatan kita disebabkan lelaki tu?"
Muhammad Harraz Dhaffa dan Nur Aralyn Irdina.
Kedua mereka memang rapat sejak kecil lagi.
Sehinggalah, sewaktu mereka masuk alam universiti, Aralyn tertarik dengan seorang lelaki yang mengambil jurusan yang sama dengannya. Akhirnya, lelaki tu pun menjadi teman lelakinya.
Harraz baik-baik saja dengan hubungan diorang tu, asal Aralyn gembira, dia pun gembira. Dah namanya sahabat kan?
Tapi teman lelaki Aralyn tu, Fahim Sharif tidak suka akan kehadiran Harraz yang bersama Aralyn. Oleh itu, dia menyuruh Aralyn untuk tidak berhubung dan bersahabat dengan Harraz tu lagi.
Awalnya Aralyn membantah, tak kan dia nak putuskan persahabatan mereka yang dah bertahun-tahun tu? Tapi Fahim mengugutnya yang dia akan putuskan hubungan mereka berdua kalau dia tak nak putuskan persahabatannya dengan Harraz.
Disebabkan terlalu cintakan Fahim, dia sanggup untuk memutuskan persahabatannya dengan Harraz.
Bila Harraz tahu tentang itu, dia marah dan terluka sangat. Sanggup Aralyn putuskan persahabatan mereka hanya disebabkan seorang lelaki yang belum tentu menjadi jodohnya.
Sejak itulah juga, mereka tak pernah bersemuka lagi. Harraz pun pindah belajar luar negara.
Sampailah beberapa tahun kemudian, di mana mereka bertemu kembali.
"Persahabatan kita akan kekal selamanya."
-
Started : 17 dec 2022
End :