Story cover for BEAST (On Hold) by TheFnlini
BEAST (On Hold)
  • WpView
    Reads 1,999
  • WpVote
    Votes 192
  • WpPart
    Parts 16
  • WpView
    Reads 1,999
  • WpVote
    Votes 192
  • WpPart
    Parts 16
Ongoing, First published Nov 27, 2023
TRIGGER WARNING: cerita ini mempunyai elemen-elemen penderaan, sexual abuse, cannibalism, penggunaan dadah dan seangkatan dengannya yang mungkin dirasai sensitif dan mengganggu oleh sesetengah pihak. Baca atas risiko sendiri.

━═━═━═━═━═━═━═━═━═━═━═━═━═━

"Kalau nak tangkap raksasa, kita sendiri memerlukan raksasa."

-----

Susulan daripada kematian lima anggota polis yang dipercayai berpunca daripada makhluk ganas, Husna Aisya, seorang ejen terlatih daripada Modern Police Agency (MPA) telahpun dipanggil untuk mengambil alih kes tersebut. Bagi memastikan kejayaan berpihak kepadanya, pihak atasan telahpun merekrut seorang penjenayah dari Penjara Bawah untuk membantu Husna dalam misi ini.

"Kecil begini dikatakan ejen terlatih? Hahaha! Satu jentik saja cukup untuk aku tamatkan kau!" - Zack

Namun begitu, keadaan bertambah rumit apabila penangkapan makhluk tersebut telah membongkar jenayah yang lebih besar - perluasan kartel dadah yang menjadi punca peningkatan kadar jenayah.

Sekali lagi, Husna dan pasukannya dipanggil bagi mencari dan menangkap dalang disebalik kebinatangan manusia.

Sungguhpun demikian, bekerja dengan bekas penjenayah bukanlah sesuatu yang mudah.

"Oi, doggy! Buatkan aku kopi! Hahaha!" - Najmi

"Saya tak faham, kenapa semua orang sangat kejam? Apa salah saya pada mereka?" - Nathan

"Andai bukan disebabkan alat tak guna ni, dah lama dia mati di tangan aku." - Zack

Tidak dianggap manusia. Dilayan seperti binatang. Hidup dalam kesengsaraan. Apakah mereka berhak menerima semua ini?

"Zack, lindungilah apa yang awak sayang..."

;D-42

-----

- 50% sci-fi
- 40% action
- 10% thriller
All Rights Reserved
Sign up to add BEAST (On Hold) to your library and receive updates
or
#45strongfemalelead
Content Guidelines
You may also like
THE DON (E-BOOK) by mecx-zack
11 parts Complete Mature
"We're criminals. We've always been criminals, nothing changed." - Stephano. Pernah terfikir bila lelaki yang dilabel sebagai penjenayah paling dikehendaki tiba-tiba saja muncul menyerah diri? Susuk tubuh tinggi dan tegapnya membuatkan aura sinisnya jelas kepada mereka yang melihat. Ditambah pula dengan riak kosongnya yang sentiasa kaku tanpa sebarang emosi. Dia lelaki itu, lelaki yang mempunyai kuasa untuk menjatuhkan mereka yang membuat masalah dengannya. Lelaki yang tidak berperikemanusiaan. Lelaki yang dahagakan kuasa dan kemewahan. Dia juga lelaki yang langsung tak memberi sebarang reaksi bila isterinya dibunuh dengan kejam. Can call him as the behavior of a narcissistic person? Dia dengan rela hatinya muncul dan menyerahkan diri pada pihak berkuasa dengan alasan mahukan keadilan. Untuk apa? Itu langsung tak diketahui, tapi yang jelas bukan tuntutan atas pembunuhan isterinya. Dan pada masa yang sama, muncul seorang perempuan yang tertarik untuk mengetahui dengan lebih dalam siapa lelaki itu. "I know you're a criminal. But, who you really are?" soalnya tenang dengan mata yang tajam menikam wajah tak beriak lelaki dihadapannya itu. "They call me, The Don." balasnya ringkas dan padat. Tak bernada. Senyuman lebar terukir dibibir tapi langsung tak mencecah matanya- melihat reaksi tergamam perempuan yang berani menyoalnya itu. Dengan perasaan ingin tahu yang membuak-buak, perempuan tersebut tidak sedar akan dirinya yang kini terjatuh dalam perangkap yang sedang menunggunya. Ianya mengundang rasa hairan bukan? Bila penjenayah yang paling dikehendaki turut mempunyai penyokong atas jenayah dan kesalahan yang dia lakukan. Between the criminal and the authorities. Semuanya bakal terungkap satu-persatu. Mengapa dia? Dan apakah tujuannya dalam semua kekeliruan dan bahaya yang sedang berlaku? If a man who also knowns as a criminal demands justice, Do you condemn him or do you praise him? ACTION| THRILLER| CRIME Start: 22/05/2020 End: 01/02/2021
[DR6] Gadis Dakwah vs Mamat Pervert? by White_memory
12 parts Complete
[Karya by:@White_memory] [Genre: teen-fiction, non-fiction, thriller] Published: 2024 Siri: Dakwah Remaja 6 Words: 47,764 ⚠️cerita rekaan yang mempunyai pengajaran ilmu agama⚠️ ⚠️Do not plagiat. Saya takkan halalkan!⚠️ ⚠️💯Idea saya sendiri⚠️ *** "Kau pun suka kan?" - Haziq. Apa misi Humaira pada kali ini? Haziq, pelajar atlet sukan yang mewakili sekolah sehingga ke peringkat kebangsaan. Orangnya manis, berbadan sado, tinggi. Kacak pula tu. Memang dah macam model. Tapi ada sisi buruk yang hanya perempuan cerdik sahaja yang dapat tahu. Humaira, pengawas garang yang penuh disiplin ini sudah tentulah tidak berdiam diri. Ada pula pengawas baru masuk di dalam pasukannya. Ayden, namanya. Dia lelaki yang agak pelik kerana perangainya yang tidak kurang macam pelajar bermasalah. Tapi bila jalankan tugas, dia berkelakuan seperti Humaira. Garang. Tapi ada rahsia yang tersembunyi. Arissa, pelajar atlet perempuan yang cantik. Idaman ramai lelaki di sekolah. Dia dan Haziq berhubung sehingga hampir hanyut. Dalam masa yang sama, Suhaila dan Razak telah mencuri perhatian geng pengawas dan guru-guru. Makin serabutlah dua pengawas itu. Sementara Humaira dan Ayden sedang sibuk, Haziq pula datang menyerang secara mengejut. Haziq melakukan kerja gila yang akan menyebabkan Humaira berhenti daripada jadi pengawas. Dia tahu tentang trauma Humaira pada masa silam. Ayden juga begitu. Kerana dia tahu tentang identiti sebenar Ayden. Dengan membocorkan rahsia itu, sudah pasti Ayden akan dipecat daripada menjadi pengawas. Dengan hanya satu rancangan sahaja tapi dia boleh jatuhkan dua orang sekaligus. "Aku dah nampak dah semuanya. Jangan nak tukar topik!" - Humaira. "Kau pun suka kan?" - Haziq. "Kau memang syaitan." - Ayden. "Kau tu tak layak dengan aku! Jadi, sedar diri tu sikit! Kau tu hodoh." - Arissa. "Sampai hati awak buat saya macam ni?" - Suhaila. "Kau yang cari gaduh dengan aku!" - Razak.
HAZRAEL | TERBIT by harleenxira
30 parts Complete
2020/2021 "Antara rahsia dan kisah silam." *** Naina Hijannah, seorang pegawai penyiasat polis yang direhatkan dari kerja atas faktor penyakit murungnya yang semakin serius. Tapi apabila berlaku pembunuhan yang berkait rapat dengan hidupnya, dia tak mampu duduk diam! Naina tetap menjalankan tugas walaupun sudah dilarang oleh ketuanya. Neil Hazrael, lelaki misteri yang entah dari mana muncul, menyelamatkan hidup Naina dari 'menyentuh' kematian. Akibatnya, dia pula yang hampir mati. Naina terpaksa bertanggungjawab atas kecederaan parah lelaki itu. Menyampah? Ya, sangat! Namun dalam tak sedar, Hazrael sebenarnya menyuluh cahaya yang dah lama Naina inginkan. "Kau kenapa? Dah puas hidup? Dah banyak amalan sampai nak ambil nyawa sendiri?" -Neil Hazrael. Namun, apabila kes semakin serius dengan campur tangan penggodam genius, hidup Naina kian teruk. Apatah lagi penggodam genius, musuh utama pihak polis seringkali mengetahui tingkah laku sehariannya. Stalker! Apa yang dia mahu? Pertumpahan darah? Soalan penting, siapa gerangannya? Dan dalam mencari jawapan itu, Neil Hazrael seringkali berada di sisi Naina, memberi semangat dan membantu untuk menyelesaikan kes. Sehinggalah suatu hari, kepercayaan Naina terhadap Hazrael semakin luntur. Ada yang tidak kena dengan lelaki itu! "Bunuh aku, kau bunuh diri kau sendiri," -Naina Hijannah. Disitu, muncul lagi satu persoalan. Dapatkah Naina menyelesaikan kes rumitnya itu? Bagaimana pula dengan Hazrael? Siapa dia? Seorang hero atau pengkhianat? Suspek yang lain juga terlalu ramai, bagaimana? *** Cover by: @hdaynie❤️
My 'Everlin Darlisya' by syasya_likes
3 parts Ongoing
Bunyi peluru yang menembus ke batang leher Uncle Theo, itulah satu-satunya bunyi peluru yang tak akan pernah terpadam dari fikiran Darlisya, buat selama-lamanya. Bahagia dan senyuman Darlisya, bagaikan telah mati tanpa jasad buat beberapa tahun. Seluruh kenangan indah belaka yang terkunci di dalam memori, bertukar menjadi abu hanya dalam sekelip mata. Siapa sangka, disebalik air mata yang gugur berjuraian di pipi, bayangan dendam berdarah yang bermain disebalik renungan mata akhirnya berjaya menguasai diri Darlisya sepenuhnya. "I will always be with you behind your shadow, watching you for every minute and every second." - Ardyan Mengapa Ardyan menjadi terlalu obses akan Darlisya walaupun dirinya telah dikhianati? "Who... Plan the bank robbery... To kill Mattheo?" - Darlisya Adakah perompakan bank itu dirancang dari awal hanya semata-mata untuk wang tunai yang bernilai, atau ada motif tersembunyi di sebaliknya? "It'll be my pleasure to help you get a revenge on them, mi berretta." - Ardyan Adakah semua orang terdekatnya boleh dipercayai dengan begitu mudah? Atau ada di antara mereka yang mempunyai agenda sendiri? "I am a good person... Once. Until someone crossed the line with a bullet. That's when you're forced to make a decision. And me? I chose to put everyone who's involved in agony." - Everlin Darlisya Adakah kebenaran yang tidak pernah disangka, akan terbongkar jua pada akhirnya? "As long as I'm breathing, I will protect you no matter what. Even if it means I have to sacrifice everyone and myself... For you." - Ardyan "Di sebalik pandangan mata, Tersiratnya seribu rahsia." ©Original by syasya_likes #4 in Reality #1 in Violence
Misi IVTG by TheFnlini
26 parts Complete
IVTG - singkatan 'investigation' ---- Azhad Aakif telah kehilangan ibu bapanya dalam sebuah tragedi ngeri. Lapan tahun kemudian, sahabatnya pula yang pergi mengikuti langkah ibubapanya. Melihatkan sahabat yang dianggap seperti keluarga sendiri dibunuh secara kejam dan tragis, telah menaikkan lagi api amarahnya. Dari saat itu, dia telahpun bertekad untuk mencari dan menjatuhkan hukuman ke atas si pelaku. Tekadnya yang kuat telahpun membawanya ke Bukit Aman, menjadi salah seorang inspektor di sana bersama satu misi yang diberikan nama IVTG. Dia bertemu dengan Aliff Hazmi - seorang pegawai yang telah menjadi rakan sekerjanya dari awal pertemuan lagi, dan Inspektor Zulhilmi - seorang polis bantuan dari Terengganu yang dirasainya amat menjengkelkan. Dalam dia berusaha mencari pembunuh sahabatnya, dia, Aliff dan Hilmi ditugaskan untuk menyiasat sebuah kes pembunuhan bersiri melibatkan seorang pembunuh handal. Tidak meninggalkan jejak, hanya sticky note misteri sebagai petunjuk. Malah, apa yang lebih dahsyat, perungkaiaan misteri tersebut turut sama membawa Aakif kepada satu pembongkaran yang bakal merubah hidupnya. "Setiap yang hadir, pasti akan pergi. Setiap yang pergi, pasti akan diganti..." - Khairul Mustakim "Kenapa aku jadi polis, ya? Sebab aku nak elakkan perkara sama terjadi pada aku, terjadi pada orang lain." - Aliff Hazmi "Kenapa kau bunuh dia? Apa salah dia dekat kau, hah! Kau tahu tak apa yang aku dan keluarga dia lalui disebabkan kau?" - Azhad Aakif "Aku betul-betul tak nak buat ni Aakif. Tapi kalau kau tetap tak nak lepaskan suspek, maka aku terpaksa lepaskan peluru ni." - Zulhilmi "Maafkan aku..." - Farhan Fahimi Misteri berganti misteri, hinggalah akhirnya tiba penghujung buat segala penderitaan ini. Kebenaran memang menyakitkan. Tetapi akhirnya, apabila kau sedar nanti, percayalah... ia tetap akan memberi kebaikan. It's just the matter of time... ;D-21 ---- - 30% action - 40% thriller/mystery - 15% friendship - 15% motivational
My Darling by ChamomileFlower
47 parts Complete Mature
Siapa sangka sebuah kemalangan kecil telah membawa Hana ke dunia yang begitu kelam lagi gelap. Terlalu gelap sehingga Hana dapat merasakan setiap langkah diambil bakal menjatuhkan dia ke dalam jurang yang penuh dengan onak dan duri. "Siapa awak?". Tanya Hana kepada lelaki yang duduk di kerusi kulit berwarna hitam. Cahaya kelam agak menyukarkan Hana untuk melihat wajah lelaki itu tapi Hana boleh merasakan ada sepasang mata sedang merenung tajam ke arah dirinya. "Saya tanya ni siapa awak?!". Sekali lagi dia melontarkan soalan yang sama cuma kali ini nada ditinggikan satu oktah. Lelaki misteri itu mengukir senyuman jahat hingga boleh kelihatan sebaris gigi yang tersusun cantik dan kali ini dia menggerakkan badannya sedikit ke hadapan. "Do you recognize me now darling?". Hana menelan air liur yang terasa kesat. Dia kenal, terlalu kenal dengan lelaki ini. Rasa gusar bercambah menjadi rasa takut yang teramat. Dia terperangkap dalam situasi gila. Sesiapa dekat tempat dia sekarang ni pun akan rasa takut sampai nak terkencing. "Ke..ke..kenapa awak dekat sini? Bukan sepatutnya saya jum..jumpa dengan Encik Hwang Min Jae?". Tergagap-gagap Hana bertanya. Peluh dingin mula membasahi dahi Hana. Lelaki itu berdiri tegak lalu mampir mendekati Hana yang mula mengundur setapak demi setapak ke belakang hingga belakang badannya melekap elok ke dinding. Serentak itu juga, dua tangan sasa ditekap pada dinding dengan tujuan untuk memerangkap Hana di tengah-tengah. "I don't give a damn who you are going to meet darling. All I know is that you are with me now and you are mine". Ucapnya berbisik. Wajah lelaki itu terlalu hampir hingga deruan nafas hangat boleh dirasai Hana. "What do you mean?" "It can only mean one thing darling. You belong to me from now on till forever". Hana terpempan. Mampukah dia membebaskan diri dari genggaman lelaki itu atau dia bakal terperangkap buat selamanya seperti yang lelaki itu katakan?
You may also like
Slide 1 of 10
THE DON (E-BOOK) cover
MAZE [ COMPLETED ] cover
[DR6] Gadis Dakwah vs Mamat Pervert? cover
HAZRAEL | TERBIT cover
Allium Cepa. [COMPLETE] cover
Miele Adelia  cover
My 'Everlin Darlisya' cover
THE DEATH EATER (C) cover
Misi IVTG cover
My Darling cover

THE DON (E-BOOK)

11 parts Complete Mature

"We're criminals. We've always been criminals, nothing changed." - Stephano. Pernah terfikir bila lelaki yang dilabel sebagai penjenayah paling dikehendaki tiba-tiba saja muncul menyerah diri? Susuk tubuh tinggi dan tegapnya membuatkan aura sinisnya jelas kepada mereka yang melihat. Ditambah pula dengan riak kosongnya yang sentiasa kaku tanpa sebarang emosi. Dia lelaki itu, lelaki yang mempunyai kuasa untuk menjatuhkan mereka yang membuat masalah dengannya. Lelaki yang tidak berperikemanusiaan. Lelaki yang dahagakan kuasa dan kemewahan. Dia juga lelaki yang langsung tak memberi sebarang reaksi bila isterinya dibunuh dengan kejam. Can call him as the behavior of a narcissistic person? Dia dengan rela hatinya muncul dan menyerahkan diri pada pihak berkuasa dengan alasan mahukan keadilan. Untuk apa? Itu langsung tak diketahui, tapi yang jelas bukan tuntutan atas pembunuhan isterinya. Dan pada masa yang sama, muncul seorang perempuan yang tertarik untuk mengetahui dengan lebih dalam siapa lelaki itu. "I know you're a criminal. But, who you really are?" soalnya tenang dengan mata yang tajam menikam wajah tak beriak lelaki dihadapannya itu. "They call me, The Don." balasnya ringkas dan padat. Tak bernada. Senyuman lebar terukir dibibir tapi langsung tak mencecah matanya- melihat reaksi tergamam perempuan yang berani menyoalnya itu. Dengan perasaan ingin tahu yang membuak-buak, perempuan tersebut tidak sedar akan dirinya yang kini terjatuh dalam perangkap yang sedang menunggunya. Ianya mengundang rasa hairan bukan? Bila penjenayah yang paling dikehendaki turut mempunyai penyokong atas jenayah dan kesalahan yang dia lakukan. Between the criminal and the authorities. Semuanya bakal terungkap satu-persatu. Mengapa dia? Dan apakah tujuannya dalam semua kekeliruan dan bahaya yang sedang berlaku? If a man who also knowns as a criminal demands justice, Do you condemn him or do you praise him? ACTION| THRILLER| CRIME Start: 22/05/2020 End: 01/02/2021