Marissa : His Precious Wife (Ongoing)
17 parts Ongoing "Kerana cinta ku kecewa, kerana setia ku kecewa"
Kata orang, cinta membawa kepada rasa bahagia. Namun cinta juga membawa kepada kekecewaan. Sakit dan perit bila cinta dikhianati insan tersayang.
"You ingat I boleh lupakan apa yang jadi harini and act like nothing ever happened between you and him? I bukan lelaki dayus, Raisya." - FARHAN ISKANDAR
"Lagi dua bulan kita nak kahwin, Hakim. Tapi awak dah hancurkan semuanya." - MARISSA SOFEA
FARHAN ISKANDAR dan MARISSA SOFEA, dua jiwa yang belum sempat merawat hati yang luka kecewa, mereka dituduh pula pernah menjalin hubungan sehingga lahirnya anak luar nikah.
"Kau beriya back-up dia ni, kenapa? Entah-entah jantan ni bapak anak haram kau, tak?" - MAKNGAH ZAHARAH
"Stop! Untuk puaskan hati semua orang, I akan buat ujian DNA. Kalau terbukti Fayyadh ni dari benih I, I akan nikahi Marissa." - FARHAN ISKANDAR
Keras dan lantang Farhan menidakkan. Dia tak pernah berlaku curang. Dan dia sendiri benci orang yang tidak tahu setia. Tapi laporan paternity yang dijalani mengungkapkan yang sebaliknya.
FAYYADH ISKANDAR sah anak kandungnya! Bagaimana mungkin Fayyadh itu zuriatnya sedangkan dia yakin dia tidak pernah meniduri Marissa?
Namun atas dasar tanggungjawab dan untuk menjaga maruah bersama, Farhan nikahi Marissa. Bila kebenaran terungkap, Farhan terduduk mengenangkan apa yang terpaksa dilalui Marissa selama membesarkan zuriatnya sendirian.
"Walau seisi dunia I persembahkan untuk you, takkan mampu bayar segala pengorbanan you membesarkan Fayyadh sendirian selama ni." - FARHAN ISKANDAR
Untuk menebus segalanya, Farhan putuskan Marissa akan menjadi his precious wife. Selamanya.