'Petunjuk jalan,
Jauh dan kelam,
Pasu yang pecah perlu ditanam,
Jangan biar dendam bersulam.'
Absarina Nelliya, seorang gadis yang telah menangguhkan semesternya di Universiti Malaya kerana masalah peribadinya. Seorang yang dipenuhi dengan aura positif. Diajar dengan kelembutan oleh ibu bapanya.
Aathif Talhah, seorang pemilik gimnasium di Tangkak. Perwatakan yang baik tetapi suka menyakat. Pandai mengambil hati. Sudah semestinya dia merupakan lelaki pujaan setiap gadis.
Keputusan Absarina untuk menerima tawaran kerja oleh Kak Manis menyebabkan dia bertemu dengan seorang jejaka. Siapakah jejaka itu? Semestinya, Aathif Talhah. Pertemuan yang biasa tetapi sentiasa diingati.
Sikap Aathif yang gemar menyakat membuatkan Absarina jatuh hati pada jejaka itu. Hatinya disambut baik oleh Aathif.
"Saya ada dengan awak, Rin." -- Aathif
"Kenapa awak sanggup tolong saya, Aathif?" -- Absarina
Tetapi, segalanya berubah apabila keluarga Absarina diberikan ujian yang cukup hebat. Hubungan yang baik satu-persatu menjadi renggang. Dalam gundah-gulana, dapatkah mereka mencari atma dalam satu sama lain? Dapatkah keluarganya pulih juga?
'Bersulam ia, maka hancurlah dunia.'
Start: 29 / 12/ 2023
End:
Karya pertama bouquetlower
1st story..
.
.
.
TENGKU NIK UZAIR -Seorang jejaka yang kacak, beku dan pendiam itulah sifatnya yang mampu menarik perhatian semua wanita di luar sana. Berumur 28 tahun dan menjadi CEO di syarikat NIK HOLDINGS yang terkenal. Jejaka ini sangat dingin dan tidak suka kepada wanita kerana baginya semua wanita hanya inginkan duit dan hartanya, sampailah dia bertemu secara tidak sengaja dengan gadis yang cantik dan polos di matanya. NUR ADALIA AQILAH itulah gadis yang mampu menarik perhatannya.
NUR ADALIA AQILAH -Seorang gadis kampung yang cantik, polos dan sangat rajin. Berumur 22 tahun
dan sangat sukakan buku. Mahu bekerja di bandar untuk menolong dan meringankan beban keluarganya. Kehidupan yang sederhana dan gembira yang dialami oleh gadis itu terus berubah apabila dia berjumpa
dengan seorang jejaka.
"Lepaskan saya!"
"Shhh don't cry marshmallow"
Bagaimanakah pertemuan pertama mereka? Adakah ianya manis atau pahit? Semuanya ada di dalam cerita ini...
Jemput baca ye :)
#Maaf kalau ada kesalahan bahasa atau ejaan
Start : 12/8/2023
End : 1/11/2023