Story cover for Sangkar Buatku by TheWeirdDark
Sangkar Buatku
  • Reads 583
  • Votes 264
  • Parts 19
  • Reads 583
  • Votes 264
  • Parts 19
Ongoing, First published Jul 17, 2024
Tatkala pilihan yang salah ini, telah menjadi memoir abadi dalam kisah hidupku. Sebuah memoir yang penuh dengan kegelapan di dalamnya. Tanpa ada sedikitpun cahaya yang sudi untuk menyinari. 

Dan itulah sangkar buatku. 

"Ini semua, pakaian orang dah nak mati kau tau tak. Kau ni baru je umur 26. Kalau kau nak mati sangat, aku boleh bunuh kau!" tengkingnya lagi. Bibirnya diketap kuat. 

Satu per satu jenis penyeksaan aku terima untuk dia menutupi seribu satu rahsia yang tidak diketahui oleh satupun manusia kecuali aku. 

"Kalau aku dapat tau kau nak larikan diri daripada aku, aku tembak kaki kau!"

Aku berkahwin, bukan kerana kehendak melainkan paksaan. Dan paksaan ini, mula mengubah hidupku secara keseluruhan. 

Hingga pada akhirnya, dibalik kegelapan ini, suatu sinar mula muncul walaupun hanya melalui serpihan kecil "Saya tahu, awak mungkin tak yakin dengan saya. Sebab saya sekarang hanyalah seorang usahawan perintis," jawabnya perlahan bagi memperjelaskan lagi kefahamanku "Tapi, saya bersumpah akan tolong awak sampai ke titik darah penghabisan. Saya tak akan guna cara kotor sekalipun untuk hadap lelaki tu," sambungnya kembali untuk memperkukuh keyakinan aku. 

Mata redup itu masih merenung ke arah diriku. Cuba untuk mencari kembali anak mata aku "Saya tahu, awak masih diulit emosi dan fikiran awak. Tapi, sekarang kita bermain guna logik akal. Bukan perasaan lagi,"

Hingga aku sanggup, membawa suami sendiri ke tali gantung tanpa sebarang perasaan. Tanpa disedari, kisah silamku berputik kembali.
All Rights Reserved
Sign up to add Sangkar Buatku to your library and receive updates
or
#183teen
Content Guidelines
You may also like
Love In Silent ✔ by CikVelvet
56 parts Complete
Orang kata,cinta tu boleh datang bila-bila masa saja.Cinta tu jugak dikatakan buta.Betul ke? Tak! Tidak sama sekali.Bagi Aurell Latisha,cinta adalah perkara yang paling sukar untuk dia percaya.Jatuh cinta? Hm,entah macam manalah perasaan tu.Dia sendiri tak pernah jatuh cinta atau hadir rasa suka dalam dirinya terhadap lelaki.Berumah tangga? Lagilah nun jauh di sana.Usah kata nak kahwin,malah bercinta pun belum pernah ada perkataan itu dalam kamus hidupnya.Sebagai seorang pelajar perubatan,kehidupannya sudah cukup sibuk dengan pelajaran dan kerja part time nya sehingga tiada masa untuk dia memikirkan soal cinta.Ya,never! Lain pulak bagi seorang lelaki,Riyadh Nadif.Dia seorang yang kuat keazaman dan akan mempertahankan cintanya walau apa jua yang berlaku,sesuailah dengan kerjanya.Tapi malangnya,belum ada mana-mana gadis yang dapat membuatkan dia berjuang demi cinta.Puas dia cari,tapi tetap tidak jumpa.Mungkin kerana pekerjaannya sekarang ini yang membatutkan impiannya untuk berjuang demi cinta sejati. Takdir telah disusun buat mereka.Demi tanggungjawab,Riyadh bertekad untuk mengahwini gadis itu. tanpa rasa cinta dalam dirinya. "Kalau macam tu,lets get married" -Riyadh Nadif Bagi Aurell,lamaran lelaki itu tidak kena tempat dan masa serta tak masuk akal! Dia sama sekali tidak mencintai lelaki itu.Namun kerana memikirkan dirinya,dia terpaksa juga bersetuju. "Saya tak cintakan awak tapi saya ikhlas mengahwini awak.Saya masih akan anggap awak sebagai isteri saya dan saya akan jalankan tanggungjawab saya sebagai suami awak.Melainkan nafkah batin.." - Riyadh Nadif Tapi setelah berkahwin,Aurell baru sedar yang banyak rahsia yang disimpan oleh suaminya. "Kenapa ya? Saya isteri awak tapi banyak perkara saya tak tahu pasal awak.Awak kerja apa sebenarnya? Kenapa awak tak pernah bagitahu saya? " - Aurell Latisha
BUKAN MALAIKAT MAUT [C] by by_asmirose
130 parts Complete
Syed Taufiq Cazran. Umpama siluman serigala suatu ketika dahulu. Panahan matanya mampu melumpuhkan musuh-musuhnya. Bahkan keluarganya sendiri gerun akan dirinya. Tetapi di sebalik silam yang penuh hitam, terselit bayang wanita yang seringkali menghantui dirinya. "No one is perfect but still I need to impress my lady, right? Saya cuba nak tolong awak sugar. Tak boleh ke? Kalau awak demam, lagi huru-hara hidup awak sebab saya memang akan dukung awak terus ke hospital." - SYED TAUFIQ CAZRAN Bayangkan daripada seekor singa berubah menjadi seekor anak kucing. Ya. Itulah personaliti Taufiq Cazran ketika berhadapan Indriana Athea. Malangnya, hubungan yang membibitkan perasaan halus itu tidak berkekalan. Gadis naif itu seringkali diburu ketakutan. Membiarkan sahaja Indriana dalam keadaan sebegitu? Tentu tidak. Malah melepaskan sebutir mutiara itu adalah pilihan terakhir buat Cazran. "Sorry awak. Tunggu beberapa minit lagi boleh tak? Saya ada hal mustahak ni. Lagi pun, masa makan malam kita belum sampai lagi kan? Can you enjoy your presents while waiting for me?" - SYED TAUFIQ CAZRAN "Fine. Saya tunggu. Awak lambat sepuluh minit, siap awak saya sekeh nanti." - INDRIAN ATHEA Bungkam. Bagaikan kisah khayalan kanak-kanak yang hanya mampu diharapkan tetapi mustahil untuk didapatkan. Gadis itu ditinggalkan dengan seribu satu persoalan. Bergantungan begitu sahaja sepanjang lima tahun penantian. "Awak ingat lepas lima tahun, saya akan lepaskan awak lagi ke? Never! I'll never leave you alone, Athea. All my life, I promise I'll protect you. Tak kira apa risikonya. Saya akan ambil." - SYED TAUFIQ CAZRAN "Boleh percaya ke kata-kata awak tu? Dulu pun awak cakap macam tu. Tak ada hasil pun. Malah, awak semakin menjauh." -INDRIANA ATHEA Tatkala Cazran datang dalam lelaki versi baharu, sanggupkah Indriana menerimanya untuk sekian kali? Atau membiarkan janji yang terlakar terkubur begitu sahaja?
SOLE MIO [C] by DaisyIntrovert
55 parts Complete Mature
Warning ❗️ •Typo dan penanda wacana bersepah sebab tak edit lagi. Baca lah dulu yang versi typo ya. Maaf. •Please lower your expectation sebab plot cerita ini agak membosankan dan cliche 😘 •Bagi yang confuse dengan watak and certain scene dlm cerita ini, maaf ya. Ada berkait sedikit dengan cerita Her Man. Cerita ini saya unpublish buat sementara waktu 🫶🏻 Megat Syafiq x Tengku Sarah " Aku bagi kau pilihan Ara, batalkan perkahwinan kau atau kau akan menyesal " - Megat Syafiq Kejam! Pemusnah! Durjana! Semua perkataan negatif buat lelaki itu tertanam di dalam otak Tengku Sarah. Disaat dirinya diambang kebahagiaan, kemunculan semula lelaki itu membuatkan hidup Tengku Sarah kucar kacir. " You're mine. Takkan ada lelaki yang boleh rampas 'hak' aku ". So, kau cubalah larikan diri macam mana sekalipun, kau tetap akan jadi milik aku Ara " - Megat Syafiq Sulit. Bagaimana dia mahu membuat lelaki itu mengerti jika mereka tidak mungkin akan bersama seperti dulu lagi tambahan pula dia akan mendirikan rumah tangga tidak lama lagi. " Bukan mudah untuk saya cantumkan kembali hati yang awak dah hancurkan suatu ketika dahulu. Kemunculan awak membuatkan hati saya kembali berdarah " - Tengku Sarah Sudah puas mengelak, takdir berkata lain. Akhirnya mereka bersatu kerana satu tragedi. " Bagi aku satu peluang untuk betulkan semuanya Ara " - Megat Syafiq " Awak adalah 'buku' yang saya mahu hapuskan selamanya bahagia. Kembali kepada awak sama saja seperti membaca buku yang sama kerana pengakhiran kita tidak akan bahagia Syafiq" " Ikhlas hanya berlaku pada peluang pertama, jika saya beri awak peluang kedua, keikhlasan itu akan berganti dengan dendam. Awak sanggup ke hidup dengan saya yang akan jadi pendendam? " Mampukah Duda anak satu ini menebus kembali 'kesilapan' yang pernah dia lakukan?
Part Time Wife (PBAKL 2025) by aprilhann___
18 parts Ongoing
Kalau ada saja lelaki nama muhammad hikall dalam radius terdekatku, memang hidup aku tak pernah kenal erti aman. Ada jelah benda dia buat yang bikin paras geram aku naik. Pendek kata tak sebulu lah aku dengan dia. "Because you're my wife, Sayang Lili Sofea." - Hikall Ya, ya. Aku tak suka dia. Yet I married him. Yes, I do. Ehem pembetulan, part time wife. Isteri separuh masa saja. Tak lebih. Tak kurang. Bagaimana boleh terjadi? Semuanya bermula dengan tawaran mama Hikall "Nak kahwin dengan anak aunty tak?"- Mama Hayati. Aku ditawarkan menjadi mummy segera Naufal, anak tunggal Hikall dengan arwah isterinya. Senang cerita, aku setuju sebab tergoda dengan tawaran material keluarga Hikall. "No one at work can know about us." - Hikall Ceh, aku pun tak ingin nak canang aku kahwin dengan bos sendiri. Setahun lebih menjadi part-time wife Hikall, aku dah kenal perangai dia. Hikall yang dingin, aku dah biasa. Hikall yang garang, aku dah biasa. Hikall yang mengjengkelkan, lagilah aku biasa. Yang tak biasa bila Hikall tiba-tiba bertukar jadi romantik. Merinding habis bulu roma aku jadinya. Seram! "Tolong hormat ketenteraman hati saya. Saya isteri separuh masa saja. Don't mess with my heart." - Sofea "What if I want to. What if saya nak kacau ketenteraman hati awak?" - Hikall Haa, sudah! Seram! Bila aku cuba lari daripada dia. Hikall guna kuasa veto bos pula. "Tak. Awak tak boleh buat macam ni Hikall. It's unproffesional and unfair." - Sofea "Well, I'm done being professional and I am not playing fair anymore. Not when I am about to lose my pretty wife because apparently my wife still doesn't like me." - Hikall
MAWAR ARLYA [HIATUS] by etherealelara
10 parts Ongoing
*Biarlah cerita ini tergantung tanpa ending. Agak membosankan kepada saya dan tersangatlah cringe* ---------- "Senyumanmu mengaburi segala duka" "If roses tried to be sunflowers, they would lose their beauty, and if sunflowers tried to be roses, they would lose their strength." Mawar Arlya, nama yang indah persis bidadari. Namun, kehidupannya yang penuh duka dan derita. Bahagia? Entah bila akan hadir. Baginya, dunia terlalu kejam. Ya, sangat kejam! Senyuman yang terlakar di bibir hanya untuk menutup segala duka dan derita. Rykarl Haqeem. Seorang jejaka yang sombong tetapi gerun jika dipandang. Namun, empunya nama punya kisah silam yang tidak mampu terungkap. Ya, dia benci akan cinta. Sakit? Terseksa? Itu yang dia rasakan. Sesiapa sahaja tidak mampu menolak takdir. Dan dengan takdir juga telah menemukan mereka berdua. "The world as we have created it is a process of our thinking. It cannot be changed without changing our thinking. Jangan fikir awak seorang sahaja yang terseksa di dunia ni!" - Mawar Arlya "Kau tak pernah faham apa yang aku rasa. Kau juga tak pernah faham apa yang aku alami selama ini! Kau tak faham semua tu, Mawar!" - Rykarl Haqeem "Tak semua yang terlihat gembira itu tak punya derita. Sedarlah, Rykarl. Awak pun tak faham juga diri saya. Awak pun tak pernah tahu apa yang saya alami."- Mawar Arlya. Sehingga tiba satu masa, Rykarl mula mengetahui segala kisah silam Mawar yang disimpan rapi. Hatinya bercampur baur. Rasa kesal mula memaut diri. Gadis yang dianggap periang itu ternyata punya derita yang tiada siapa tahu. "Kita berdua adalah dua jiwa yang tersakiti, tetapi disatukan untuk melengkapi. Mawar, izinkan aku untuk jaga kau? Izinkan aku untuk hilangkan rasa sakit kau? Dan tolong izinkan aku untuk menjadi pendamping kau dunia dan akhirat?"- Rykarl Haqeem "Layakkah saya untuk merasa bahagia?" - Mawar Arlya Apakah kisah silam Mawar dan Rykarl? Bagaimanakah pengakhiran hidup mereka? Derita? Bahagia?
Aku Pertama Dia Terakhir by Missnrsai
62 parts Complete
[IN EDITING] (Cerita ni banyak sangat typo. Kalau nak baca tu mohon pertimbangkan dulu. Takut menyesal nanti) HANAN AULIYA seorang gadis yang suka buat hal sendiri. Tapi kalau berkaitan dengan sahabatnya? Dialah yang paling maju ke hadapan. Dia seorang yang tak berminat untuk ambil tahu tentang cinta. Kenapa? Mungkin dia sudah serik selepas putus tunang setahun yang lalu. Namun disaat itu, muncul seorang lelaki yang menyukainya dan ingin menjadikan dia sebagai seorang isteri. Lelaki itu adalah EMIR HAKEEM. Majikan kepada kawannya. Lelaki itu memang kacak. Lagi nampak kacak bila ada kumis dan janggut tipis. Namun, dia menolak lamaran lelaki itu. Dia seorang yang tidak suka dipaksa dan lelaki itu pula suka memaksa. Menerima kunjungan lelaki itu ke rumahnya di kampung membuatkan dia bertambah geram. Disangkakan lelaki itu datang untuk meminang. Jika pernikahan yang lelaki itu mahukan, apa salahnya sekali sekala buat benda gila. "Kenapa awak cakap dekat ayah yang kita dah terlanjur?" - Emir Hakeem. "Itu je idea yang saya ada untuk kita nikah cepat," - Hanan Auliya. Dia menipu tentang perkara yang langsung mereka tak buat. Apabila dia mengetahui tujuan sebenar lelaki itu ke rumahnya, mulalah timbul rasa serba salah. Dia berjanji pada dirinya sendiri bahawa dia akan menebus semula kesalahannya itu. "Awak cakap nak buat saya jatuh cinta. Just do it. I'm ready to fall for you," -Hanan Auliya. Janji yang dia telah buat pada dirinya sendiri. Mahu mencintai lelaki yang sudah sah bergelar suami kepadanya. Tetapi, bagaimana jika cinta itu tak pernah hadir dalam hatinya? Cinta itukan tak boleh dipaksa. Jadi mampukah HANAN AULIYA mencintai suaminya EMIR HAKEEM? Atau mungkin ada hati yang akan terluka hanya kerana menanti cinta yang tak pernah berputik?
You may also like
Slide 1 of 9
MUSUH KU ADALAH SUAMIKU? | C  cover
Love In Silent ✔ cover
BUKAN MALAIKAT MAUT [C] cover
SOLE MIO [C] cover
Part Time Wife (PBAKL 2025) cover
MAWAR ARLYA [HIATUS] cover
My One & Only cover
Aku Pertama Dia Terakhir cover
Kerana janji cover

MUSUH KU ADALAH SUAMIKU? | C

43 parts Complete Mature

"Ceraikan saya..Saya tak sanggup untuk bermadu, cukuplah apa awak dah buat dekat saya " - Quinn - "KALAU ITU YANG KAU NAK.....TENGKU QUINN HAZEL AKU CERAIKAN KAU DENGAN TALAK....." - Adrian - Mengisahkan seorang perempuan mengahwini dengan musuhnya disekolah.....Sudah bertahan berlalu, mereka tidak pernah jumpa...namun pada masa yang sama,si keluarga telah menetapkan perkhawinan dia Dan lelaki itu...Selepas berkahwin kebahagian rumah tangga mula muncul walaupun Masih bermusuh Kebahagian? sayangnya tak semudah itu, rumah tangga yang bahagia itu sudah runtuh akibat perasaan dengki Dan ingin orang itu....Rumah tangga mereka telah diuji dengan ujian yang berat sehingga menyebabkan cerai berai....