Qaysha Melur, seorang gadis kampung yang naif dan penuh harapan, datang ke bandar untuk mencari pekerjaan, tapi malangnya dia ditipu dan terperangkap dalam kesusahan. Suatu hari, ketika sedang tidur di sebuah stesen bas kerana keletihan, Takahashi Yusouf, seorang lelaki yang terlibat dalam dunia Yakuza, tersalah anggap Qaysha sebagai seorang pengemis dan memberinya wang. Tanpa diduga, pertemuan itu membawa mereka berdua lebih dekat. Yusouf, yang dikenali dengan sifatnya yang keras dan berbahaya, mula merasakan ada sesuatu yang istimewa tentang Qaysha, sementara Qaysha yang tak pernah terbayang berkenalan dengan lelaki seperti Yusouf, mula merasakan ikatan yang kuat. Kisah mereka bermula dengan penuh konflik, salah faham, dan juga cinta yang tumbuh perlahan-lahan di antara dua dunia yang berbeza. " Tuan, saya bukan pengemis. Saya boleh buat apa saja kerja selagi halal, saya tak kisah. " " I got a job for you. Pretend to be my wife for 3 months, and I'll give you any amount you want. Just name your price. "All Rights Reserved
1 part