Di sebalik takhta yang gemerlapan, ada jiwa yang masih mencari cinta.
Reis Arlan, putera mahkota empayar yang dihormati, dipenuhi dengan segala yang diinginkan - kuasa, kekayaan, dan status. Namun, di hatinya tersimpan kesunyian yang tidak dapat dipenuhi oleh segala kemewahan dunia. Dikenali dengan ketegasan, kebijaksanaan, dan keadilan, Reis sering dibayangi oleh tanggungjawab besar yang terpikul di bahunya.
Sementara itu, di sebuah desa yang jauh dari gemerlap istana, Naila Nerissa, seorang gadis muda yang sederhana, menjalani kehidupan yang penuh dengan kesederhanaan. Sebagai anak kepada tukang kayu diraja, Naila memiliki bakat luar biasa dalam seni ukiran kayu, namun dia sering merasa dirinya terlalu kecil untuk dunia yang lebih besar. Lembut hatinya, mudah cemas, dan tidak terlalu percaya diri, namun tangannya yang mahir mencipta keindahan dalam setiap ukiran.
Takdir mempersatukan mereka di tengah kekacauan empayar. Naila, dengan keikhlasan dan kesederhanaannya, tanpa disedari menjadi penyembuh kepada hati yang terluka. Sementara itu, Reis terpaksa memilih antara kewajipan sebagai pewaris takhta atau mengejar kebahagiaan sejati yang datang daripada cinta yang tidak dijangka.
"Aku hanya ingin dia, bukan kerana takhta, tetapi kerana cintaku padanya." -Reis Arlan
"Setiap ukiran aku, adalah untuknya. Aku cinta padanya, lebih dari apa yang aku tahu." -Naila Nerissa
Namun, dalam perjalanan mereka, apakah mahkota yang melambangkan kuasa akan menghalang cinta yang tumbuh, atau adakah ukiran kayu yang penuh dengan makna mampu merubah segalanya?
Dua dunia yang tidak sepatutnya bersatu.
Satu diangkat dengan mahkota, satu berakar pada tanah.
Namun takdir tidak memilih darjat bila hati yang berbicara.
Dalam ukiran kayu dan diamnya doa, cinta mereka perlahan-lahan dilakar.
KARYA PERTAMA
Arash Arjuna, seorang pegawai Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang disenangi ramai kerana akhlaknya yang murni. Dia diberikan didikan agama yang mencukupi tetapi setiap insan pasti mempunyai kekurangan tersendiri.
Aleeya Mikayla, dia bekerja sebagai seorang pakar bedah jantung yang cemerlang. Dia dikurniakan keluarga yang bahagia pada mulanya tetapi berubah sekelip mata kerana satu tragedi hitam yang melanda keluarganya.
"Saya memang hidup hanya untuk dipersalahkan ke? Saya tak mampu nak hadap." - Aleeya Mikayla
"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya." - Arash Arjuna
-
"Mungkin kau adalah jawapan pada semua doa yang aku langitkan." - Arash Arjuna
"Saya tak sebaik yang awak fikirkan. Saya pun benci diri saya apatah lagi orang lain?" - Aleeya Mikayla
Apa yang akan terjadi di antara mereka selepas ini?
⚠ cliche
⚠ typo di mana-mana
⚠ DILARANG PLAGIAT
Start - 27/9/2024
End - 7/5/2025