4 parts Ongoing <SHORT STORY>
Di sebuah kampung terpencil, siri pembunuhan mengejutkan penduduk. Seorang demi seorang mati dengan cara misteri, tanpa saksi, tanpa petunjuk jelas. Amir Hafizan, seorang anggota polis yang baru dipindahkan ke kampung itu, tampil sebagai harapan penduduk untuk memburu pembunuh sebenar.
Namun, semakin jauh siasatan berlangsung, semakin pelik semuanya. Seorang wanita kampung, Chendana, sering menjadi bahan bualan. Dia pendiam, dikata 'tak siuman', disisih, dan disakiti secara senyap oleh orang sekeliling.
Setiap kali mayat dijumpai, sosok Chendana lah yang ada di tempat kejadian, dengan wajah dan pandangan kosongnya dan siasatan Hafizan semakin jauh dari cahata
tapi mungkin semua yang berlaku ini bukan kerana gila, tapi kerana cinta, dan keadilan yang disalah guna.
Siapa sebenarnya pembunuh? Dan siapa sebenarnya yang patut diselamatkan?