Story cover for My Guardian Angel (Previously Known as Insomnia) by YumiHyra
My Guardian Angel (Previously Known as Insomnia)
  • WpView
    Reads 27,606
  • WpVote
    Votes 119
  • WpPart
    Parts 17
  • WpView
    Reads 27,606
  • WpVote
    Votes 119
  • WpPart
    Parts 17
Ongoing, First published Sep 11, 2015
Takdir telah mempertemukan Faliq Zulkarnain dan Jihan Sofea secara tidak diduga. Hidup Jihan yang sebelumnya aman damai terus berubah. Siapa sangka Faliq si mamat nerd merangkap pembantu baru Jihan di tempat kerja itu ialah lelaki misteri yang sentiasa muncul menyelamatkan nyawa Jihan yang menjadi buruan pihak yang menyimpan dendam.

"Awak siapa sebenarnya, Faliq? Betul ke awak lelaki yang nak bunuh saya?" ~Jihan
"Saya Faliq Zulkarnain atau orang lagi kenal saya dengan nama Nine. Saya orang yang akan pastikan awak selamat."

Bagi Jihan, Nine itu lelaki misteri yang membuatkan dia ingin tahu lebih banyak tentang lelaki itu. Bagi Nine, Jihan itu umpama bintang yang menerangi langit gelap pada waktu malam.

"Awak ni jenis yang tak reti nak sayangkan diri ke macam mana?" ~Nine
"Kenapa? Awak nak tolong sayangkan saya ke macam mana?" ~Jihan

Semakin rapat hubungan Nine dan Jihan, semakin nyawa Jihan dalam bahaya. Mampukah Nine menyelamatkan Jihan kerana tanpa sedar hati lelakinya mula berkocak hebat. Mampukah Nine menjadi 'guardian angel' untuk Jihan sebelum segala-galanya terlambat?

"Kenapa awak sanggup nak bagi nyawa awak sendiri semata-mata untuk pastikan saya selamat?" ~Jihan
"Sebab awak ialah kebahagiaan yang saya tak pernah ada, Jihan." ~Nine
All Rights Reserved
Sign up to add My Guardian Angel (Previously Known as Insomnia) to your library and receive updates
or
#88romcom
Content Guidelines
You may also like
CODE NAME: RYZEN [TERBIT NOVEL FIZIKAL] by Angel_k20
14 parts Complete
Kehidupan ibarat permainan catur. Setiap strategi mempengaruhi hasil akhir. Harraz Zayne, code name Ryzen. Seorang ejen perisik lapangan terlatih yang sentiasa menjadikan misi sebagai keutamaan. Namun, pertemuannya dengan Shafa Raisha sungguh menggugat rasa sehingga dia rela dirinya dijadikan perisai buat gadis tersebut. Shafa Raisha, code name Shaurin. Juga seorang ejen perisik tetapi memiliki kepakaran dalam penyamaran. Tanpa disedari, pertemuannya dengan Harraz Zayne bukanlah kebetulan sebaliknya dirancang oleh seseorang. Yang tersembunyi kerana sesuatu yang ada padanya. "Kenapa kau selamatkan aku?" - SHAFA RAISHA Kes yang disiasat menyebabkan takdir antara mereka saling bertingkah. Insiden demi insiden yang berlaku sungguh menimbulkan tanda tanya. Tindakan drastik dalam membanteras jenayah terpaksa diambil oleh Harraz Zayne dan Shafa Raisha walaupun terpaksa membahayakan nyawa masing-masing. Masalah bertambah berat apabila seorang lelaki iblis bertopengkan malaikat mentargetkan Shafa Raisha. Mulut kata sayang tapi hati sebaliknya. Di depan kata cinta tapi di belakang lain pula ceritanya. Obsesinya begitu terserlah sehingga nyawa ibarat mainan! Shafa Raisha terperangkap dalam permainan kotor lelaki tersebut. Keadaan itu menjadikan Harraz Zayne terpaksa menunjukkan identitinya yang terlipat kemas daripada pengetahuan sesiapa pun. Siapa sebenarnya seorang jejaka yang bernama Harraz Zayne itu? Adakah benar dia hanyalah seorang ejen perisik seperti sangkaan Shafa Raisha selama ini? "Aku takkan benarkan kau dirampas oleh Nasrun." - HARRAZ ZAYNE. Dapatkah mereka menumpaskan musuh apabila bantuan yang dipinta tidak kunjung tiba? Tercapaikah target mereka untuk menutup kes dalam tempoh masa yang diberi oleh ketua masing-masing? Kanan dan kiri, musuh sentiasa mengintai. Asakan juga datang dari pelbagai arah. Melindungi dan memiliki, takdir antara mereka sungguh mencabar! Terbitan: Fajar Pakeer
Twisted Truth | OG by bluesyse
6 parts Ongoing
Asiyah Nufailah tidak pernah benar-benar percaya pada cinta selepas melihat sendiri ayahnya meninggalkan keluarganya, dan ibunya mati dalam keadaan misteri. Kini sebagai ahli terapi trauma, dia menolong pesakit-pesakit yang mengalami kehilangan walaupun dia sendiri belum sembuh. Kemunculan Rayyan Zafir, seorang pensyarah baru di universiti, membangkitkan sesuatu yang lama terkubur. Asiyah merasakan ada sesuatu dalam diri lelaki itu yang mengganggunya bukan takut, tetapi terlalu 'mengenali' dia. Sebuah rasa familiar yang tak masuk akal. Mereka bertemu dalam sesi bersama untuk program kesedaran trauma universiti, dan dari situ, perbualan mereka menjadi ruang kecil yang mekar dengan rasa. Tetapi semuanya mula berubah apabila Asiyah menerima satu diari lama ibunya yang hilang 15 tahun lalu, yang tiba dalam satu bungkusan misteri tanpa nama. Di dalamnya tertulis: "Jika aku mati dalam apa-apa kemalangan, ia bukan kemalangan." Asiyah mula menyiasat sendiri dan mendapati nama Rayyan pernah disebut dalam rekod kes silam ibunya, walaupun mereka tidak pernah bertemu. Siapa Rayyan sebenarnya? Kenapa wajahnya pernah muncul dalam mimpi Asiyah semasa remaja? Dan apabila Dr. Aidan muncul semula untuk "membantu", keadaan menjadi lebih kabur. Rayyan mula menyimpan rahsia daripada Asiyah, dan cinta mereka diuji apabila kebenaran tentang siapa Rayyan sebenarnya mula terbongkar dan hubungannya dengan kematian ibu Asiyah yang disangka kemalangan biasa.
TERUKIR CINTA BUATMU (CERPAN) (COMPLETED) ✔ by Syaf_Asriqa
15 parts Complete
Perigi mencari timba? Itulah gelaran yang sesuai diberikan kepada Melati Dahlia Melur. Si gadis sengal yang sering membuat masalah di sekolah hanya untuk menghulurkan salam perkenalan buat si ketua pengawas garang, Faliq Ridhwan. "Hai Faliq! Tahniah dapat gelaran juara. Kau okay? Ada yang sakit tak? Kaki ke tangan ke kepala ke?" -Melati "Ada. Sakit hati. Sakit hati tengok muka menyampah kau ni!"- Faliq Sikap menjengkelkan Melati sering sahaja mencabar kesabaran Faliq. Puas dimarah, ditengking dan dipulau tapi si pemilik nama bunga Melati masih degil mahu berkawan dengannya. Sehinggalah suatu hari perubahan mendadak Melati membuatkan Faliq merasakan kesunyian menjengah hidupnya. Tiada lagi tingkah ceria Melati yang menyebalkan. Di situlah Faliq mula menyedari bahawa dia terbawa dengan sebuah kenangan pahit yang membuatkan dia menolak salam perkenalan itu. Apabila Faliq menyedari khilafnya, mereka mula berteman. Masing-masing saling menyalurkan semangat untuk mengejar cita-cita. Namun semuanya hanya seketika cuma apabila Melati tiba-tiba menghilang dan hanya meninggalkan sepucuk surat buat 'crushnya' itu. 10 tahun Melati menghilang dan 10 tahun juga Faliq memendam perasaannya buat gadis aneh itu. Namun, ego dalam diri Faliq begitu tinggi. Setinggi Gunung Everest! Bila ditanya soal hati, sering kali dia menidakkan rasa kasih buat Melati. Bila takdir mereka ditemukan semula... "Mel... sepuluh tahun kau hilang macam angin. Sekarang kau nak bahas soal perasaan dekat aku?" "Faliq... kenapa kau tunggu aku kalau kau tak pernah balas cinta aku?" Apakah yang akan berlaku bila ego si kumbang terlalu tinggi terhadap si bunga?
𝗟𝗢𝗔𝗧𝗛𝗘 𝗧𝗛𝗘 𝗟𝗢𝗩𝗘 | COMPLETED by fancyfroy
66 parts Complete
Prinsip wanita itu satu sahaja. Dia tidak mahu terlibat dengan mana-mana dunia percintaan, berkahwin apatah lagi. Hidup ini sebenarnya mudah, lebih-lebih lagi jika hidup tanpa pasangan. Kan lagi seronok hidup bebas tanpa perlu bergantung pada sesiapa, menunggu mesej daripada seseorang, bahkan menunggu jodoh yang tak kunjung tiba. Itulah kata-kata yang dipegang oleh Falia Inara, wanita yang sudah tidak percaya bahawa lelaki baik itu masih wujud. Namun, siapalah manusia untuk melawan takdir Tuhan? Tuhan itu sebaik-baik perancang. Dalam dia menolak perkenalan dengan semua lelaki, Tuhan pertemukan dia dengan seorang lelaki atau secara spesifiknya, tunangan orang. "Kau biar betul, Falia? Kau dah gila ke?" Bukan niatnya mahu menjadi perampas, hanya mahu mengusik sedikit sahaja hubungan lelaki itu. Lebih-lebih lagi setelah mendapat tahu satu kebenaran. "I tak suka bila you cuba nak buruk-burukkan tunang I!" Lelaki itu tidak tahu apa motif Falia merapati dirinya. Apa yang dia tahu, semakin dia menolak semakin berani wanita itu mengganggu dirinya sehingga hubungannya bersama si tunang mula terjejas. "How could you do this to me, Ihsan? You cakap you takkan sesekali sakitkan I, physical or mental." "You are too much Aira, I'm sorry." Di saat hati jejaka mula terpaut pada si gadis, dia pula yang perlahan-lahan menjauhkan diri. "We're just never meant to be, Ihsan." Sanggupkah Falia melukakan hati lelaki itu? Bagaimana pula dengan prinsip yang dipegang olehnya selama ini? Highest ranking - #01 in Fiction [23/02/2024]
Meliana and the man behind the commando mask. by iamsafyaela
30 parts Complete Mature
Pertemuan mereka adalah pertemuan yang biasa, dia hanya lelaki asing yang menolongnya untuk mengambil barang. Tak sempat ingin berterima kasih, lelaki itu menghilangkan diri. Namun, tidak disangka takdir membawa mereka bertemu semula. Mereka saling memperkenalkan antara satu sama lain. "I'm Nur Meliana Lidya, and you?" - Meliana "Gorgeous name! I'm Tengku Dazrael Zayden." - Dazrael Cinta pandangan pertama bertukar menjadi perkahwinan, dan dia tidak percaya hidupnya akan menjadi begitu sempurna, sehinggalah satu demi satu rahsia terbongkar. Suaminya bukan sekadar kapten tentera. Dia juga CEO kepada ZaydenVault industri, syarikat yang paling berpengaruh di seluruh dunia dan yang paling menakutkan, dia juga seorang assasin berdarah dingin. Dia hidup di dalam dunia yang penuh bayang dan penuh musuh yang ingin melihatnya tumbang. Lebih mengejutkan, semua rakannya termasuk sepupu Meliana sendiri turut memikul identiti gelap yang sama. Namun meskipun rahsia itu terbongkar, dia tidak menjauh tetapi dia tetap di sisi lelaki itu. Meskipun rumah tangga mereka menghadapi salah faham yang besar, yang hampir meruntuhkan segalanya. "Ceraikan aku! Kau patut kahwin dengan dia, bukan aku!" - Meliana "Abang tak akan lepaskan cielo. Bagi abang masa untuk buktikan yang itu semua hanya lakonan untuk keselamatan cielo." - Dazrael Tapi... Mampukah cinta mereka bertahan dalam dunia penuh rahsia, darah dan pengkhianatan? Adakah itu lakonan semata-mata atau untuk keselamatan Meliana? Sanggupkah Meliana kekal di sisi lelaki itu selepas dia tahu perkara sebenar? Adakah apa yang Dazrael lakukan itu untuk melindunginya dari sesuatu yang buruk ? ⚠️ Abaikan jika ada sedikit typo, keselahan ejaan dan penyalah gunaan tatabahasa. ⚠️ Cerita ini ialah rekaan semata-mata. ⚠️Mohon jangan terikut dengan perkataan kasar yang terdapat di dalam ini. ⚠️Untuk pembaca yang matang
Pelan Cinta #1 by the_areumi
44 parts Ongoing
Akibat satu insiden di hadapan sebuah hotel, Nadine Ilana mula mengenali Tengku Luth Elhan dengan nama yang lain. Sejak itu, takdir seolah-olah sengaja menyusun pertemuan mereka berulang kali. "Setiap kali I ada masalah mesti you yang datang tolong I." - Nadine Ilana "I was born to be a hero." Tengku Luth Elhan "Does this mean I should start calling you The Amazing Hero?" - Nadine Ilana "Sebelum ni panggil abang, takkan tiba-tiba nak panggil The Amazing Hero?" - Tengku Luth Elhan Bersama Nadine, Tengku Luth merasa bebas menjadi seperti orang biasa. Tiada protokol yang perlu dijaga, tiada beban yang perlu dipikul. "You look like a lost cat." - Tengku Luth Elhan "Can you adopt me?" - Nadine Ilana Perkenalan yang bermula secara tidak sengaja antara jejaka berdarah bangsawan dan gadis yang keras kepala, mula menumbuhkan benih cinta yang tak terduga. Namun, di saat Tengku Luth mengumpulkan keberaniannya untuk meluahkan isi hati, cintanya ditolak mentah-mentah. Ia bukan sekadar penolakan biasa, tetapi diiringi dengan kata-kata yang menikam ego dan harga dirinya. "Berhenti gilakan I. Apa pun yang jadi, I takkan pernah suka lelaki macam you!" - Nadine Ilana "I'll make you fall for me, mark my words!" - Tengku Luth Dari cinta yang ditolak, kini wujud satu tekad. Dia mahu mengajarnya! Tengku Luth mula melancarkan perang dingin, menggunakan kuasa dan pengaruh untuk mengganggu kehidupan Nadine. "Kami berdua dah buat satu keputusan, dan malam ni saya nak umumkan yang saya dan Nadine... akan berkahwin."
Tertulis Di Tangan Takdir by puccaontas
32 parts Complete
Bila gadis introvet yang memiliki wajah yang cantik dan kulit yang mulus tetapi tidak sukakan perhatian perlu menikahi seorang pewaris syarikat koglomerat berpangkat Tengku? Tapi, FIRYAL HANINAA tak mahu jadi perampas kebahagian orang. Kerana lelaki bernama Tengku itu tunang sahabatnya sendiri. Takdir yang tertulis buatnya terus berjalan apabila mamanya mahukan dia memikat lelaki yang merupakan tunang sahabat baiknya sendiri. "Mama nak Fir pikat Tengku Fahd!" Datin Zulaikha. Firyal sendiri tidak sanggup sekiranya dia haru melukakan Nayla. Namun begitu, semua urusan Tuhan berjalan di atas tangan takdirnya sendiri. Firyal dipaksa menikah dengan Tengku Fahd Idlan apabila mereka berdua didapati sedang berdua-duan di kediaman keluarga Tengku Fahd sendiri. Ditangkap basah angkara seseorang. Hal itu menjadi rahsia besar buat Firyal. Kerana dia tahu siapa dalang disebaliknya "Make him fall for you!" Yuhaira Wardah "Mengarut!" Firyal Haninaa. Sikap, kewibawaan, kebolehan dan ketampanan yang dimiliki suaminya merubah Firyal menjadi wanita solehah. Rasa cinta buat suaminya mula subur dan mekar mewangi. Dia mula sayangkan suaminya. Hubungan kasih sayang antara dia dan Tengku Fahd mula terjalin. "Why are you so nice to me?"soal Firyal. "It's because you are the weirdest most beautiful person that I've ever met in my whole entire life..." jawabnya berbisik. Wajahnya hanya seinci dari wajah Firyal. Firyal mula terjatuh cinta dengan suami sendiri. Kemudian kepulangan semula Nayla untuk menuntut haknya mengganggu gugat kebahagian rumah tangganya. Dia menganggap sebagai seorang Firyal perampas dan mengetahui rahsia yang disimpan Firyal selama ini. Apakah riaksi Tengku Fahd sekiranya mengetahui rahsia yang disimpan oleh Firyal? Akan terus bertahankan rumah tangga yang terbina? Bagaimanakah pula pengakhiran takdir cinta Firyal Haninaa buat suaminya? Teruskan membaca untuk ketahui kisah selanjutnya...
You may also like
Slide 1 of 10
ZIYAN BUKAN HERO! cover
CODE NAME: RYZEN [TERBIT NOVEL FIZIKAL] cover
Twisted Truth | OG cover
MAZE [ COMPLETED ] cover
TERUKIR CINTA BUATMU (CERPAN) (COMPLETED) ✔ cover
𝗟𝗢𝗔𝗧𝗛𝗘 𝗧𝗛𝗘 𝗟𝗢𝗩𝗘 | COMPLETED cover
Meliana and the man behind the commando mask. cover
Pelan Cinta #1 cover
Tertulis Di Tangan Takdir cover
JEJAK CINTA SEORANG MAFIA cover

ZIYAN BUKAN HERO!

16 parts Complete Mature

Sinopsis Novel: Ziyan Bukan Hero Hidup Arisya berubah selepas satu panggilan misteri di tengah malam. Dalam kekalutan mencari jawapan, dia bertemu Ziyan - lelaki penuh rahsia yang tak pernah cuba jadi hero sesiapa. Di sebalik dunia gelap yang mereka jejaki, terselit teka-teki silam, pengkhianatan, dan kasih yang tak pernah dijangka. Bila kebenaran terbongkar, mampukah Arisya mempertahankan hatinya... atau segalanya akan musnah sekali lagi? Sebuah kisah penuh aksi, emosi, dan tawa - tentang keberanian mencari diri, walau gelap menyelubungi.