Story cover for Suami Idaman by jnnh_yhya
Suami Idaman
  • Reads 360,255
  • Votes 14,148
  • Parts 17
  • Reads 360,255
  • Votes 14,148
  • Parts 17
Complete, First published Sep 12, 2015
Perkenalan pertama yang penuh tragis menerbitkan rasa cinta dalam hati Ameer Hadi. 
 
Perkahwinan yang diaturkan antara kedua belah keluarga berjalan dengan lancar. Laila Khaleesa sedikit pun tidak membantah kehendak ibunya. 

Terdetiknya rasa cinta di hati Laila Khaleesa apabila tidak sanggup menanggung kerinduannya terhadap suami yang dulunya tidak lansung dipedulikan. 

Hadirnya Hafiz merosakkan hubungan halal dan indah. Adakah Laila akan berpaling dari suaminya yang banyak bekorban demi hubungan suci?
All Rights Reserved
Sign up to add Suami Idaman to your library and receive updates
or
Content Guidelines
You may also like
Dhia...Cintaku by QuinnCosmos
42 parts Complete
Demi janjinya kepada arwah kakak tercinta, Dhia Humaira sanggup mengetepikan semua impian masa depannya bagi menjadi seorang ibu buat anak saudaranya, bayi comel yang diberikan nama Irfan Haziq. Seluruh perasaan kasihnya tumpah buat bayi yang telah bergelar anak yatim kerana kehilangan ibu sewaktu melahirkannya. Maka sejak dari itu, Dhia Humaira mengambil alih tugas menjaga anak saudaranya. Keadaan menjadi semakin rumit apabila ibu mertua arwah kakaknya melamar Dhia Humaira untuk menjadi menantunya bagi menggantikan tempat arwah kakaknya, Dhia Sofea. Rela dalam paksa, Dhia Humaira menerima pinangan tersebut kerana dia tidak sanggup berpisah dengan anak kesayangannya, Irfan Haziq. Dhia Humaira sanggup untuk menjadi isteri buat abang iparnya, Izzat Haris yang langsung tidak pernah disangkakan akan menjadi suaminya. Izzat Haris : Seluruh jiwa dan perasaan cintanya hanya tersimpan buat Dhia Sofea. Siapa yang pernah menyangka mereka hanya mampu menyulam bahagia setahun cuma apabila isteri tercinta terlebih dahulu dijemput Ilahi saat melahirkan cinta hati pertama mereka. Lalu Izzat Haris bertekad bahawa dirinya tidak akan mungkin mencari pengganti Dhia Sofea dan mencintai wanita lain kerana arwah isterinya tiada galang gantinya. Namun lain pula yang terjadi apabila dia terpaksa menerima adik iparnya, Dhia Humaira sebagai isteri atas desakan ibunya. Hati dan jiwanya ikut sama memberontak, tidak rela untuk menjadi suami buat gadis yang tidak pernah dicintainya. Dua hati yang tidak pernah saling mencintai, mampukah menemui cinta dan kemanisan di dalam rumahtangga yang dibina? Mampukah Dhia Humaira bertahan dalam ikatan suci walau hakikatnya suaminya tidak pernah langsung mencintai dirinya? Mampukah Izzat Haris untuk membuka kembali ruang kosong di hatinya buat Dhia Humaira dan membina kebahagiaan bersama wanita tersebut? Atau adakah mereka hanya akan menemui kebahagiaan dalam sebuah perpisahan? All copyright reserved. Idea adalah 100% daripada perahan otak penulis.
Kerana Cinta ©️ by nsyqilla
64 parts Complete
1st story :) AMARAN: CERITA NI CRINGE DAN TAMPIL TANPA EDIT!! Cinta? Usah disebut tentang perasaan itu. Hakikatnya rasa itu sudah lama mati dalam dua hati. Ada dua hati yang pernah ditikam dengan aksara itu. Bah kan ada dua hati yang hancur hanya kerana cinta. Ayra Qistina. Dia syukuri nikmat tuhan. Kehidupannya tenang. Tak ada badai. Tak ada ombak. Hanya sekadar lautan yang tenang. Segalanya berakhir hanya dengan satu pertemuan, segalanya berubah. Hatinya hancur. Kepercayaannya musnah. Kad undangan perkahwinan dihulur tanpa ada namanya walhal dia lah yang selama ini menyulam cinta bersama sang pujaan hati. Arian Daniel. Mungkin benar kata orang perasaan sebegini lebih baik dipendam sendiri. Keputusannya untuk menghantar rombongan meminang untuk si gadis akhirnya menemui titik terendah dalam hidupnya. Pinangan di tolak! Bahkan gadis itu memilih untuk bersama dengan pasangan hidup pilihannya. Bagi mereka tak ada beza di antara lara dan renjana. Bah kan keduanya sama mengundang luka yang parah malah disulam sengsara. Teruk. Siapa sangka, lantai takdir tuhan itu indah. Dua hati yang retak ini disatukan dalam satu hubungan yang diredhai. Keduanya saling mengubati. Merawat segala parut lama. Namun, alam perkhawinan tak sering kali indah. Tiang masjid mereka goyah. Antara isteri dan sahabat. Arian bagaikan tersepit di tengah. "Aku sanggup bermain dengan nyawa manusia hanya untuk dapatkan Arian." -Citra. "Dan aku sanggup mati untuk orang yang aku sayang." -Arian Daniel. +pretty cover from izzlawa
Dia, Mimpi Sempurna (Completed) by evelleyren
55 parts Complete
Aleia Irdina seorang anak tunggal yang sentiasa dengar permintaan mamanya. Bagi Leia, mama adalah kunci syurganya. Mama jugalah segala-galanya buat Leia. Jadi dia harus sentiasa membahagiakan mamanya. Sehingga diminta kahwin dengan pilihan Puan Lailatul juga, Leia masih turuti walaupun dia terpaksa. "By hook or by crook mama nak Leia kahwin dengan anak kawan mama."- Puan Lailatul. Begitulah sifat Puan Lailatul. Tegas. Namun dia masih seorang yang penyayang kerana Leia adalah satu-satunya harta yang paling beharga arwah suaminya tinggalkan untuknya. Dia juga kadang kala sebersalah mahu menyuruh anaknya turut segala permintaannya. Namun dia juga terpaksa. Demi kebaiakan Aleia. "Mama! Habis kalau Leia tak berkenan, Leia boleh putuskan pertunangan? Tapi rasanya takkan boleh kan. Mesti mama dah atur majlis kahwin untuk Leia pula selepas ini."- Aleia Irdina Dijodohkan dengan Umar Arshah, iaitu jejaka yang pernah dia selamatkan. Tidak Leia menyangka yang mamanya menjodohkannya dengan Shah. Leia pada awalnya memang telah jatuh suka dengan perangai Shah ketika kali pertama mereka bertemu. Dan takdir menemukannya kembali. "Leia berkenan dengan pilihan mama. Boleh cepatkan sikit tak majlis kahwin Leia?"- Aleia Irdina Namun setiap hubungan yang tercipta pasti bakal ada badai yang melanda. Tatkala rahsia yang disimpan oleh Shah tersingkap. Leia ragu-ragu dengan takdir hidup yang dia pilih. "Pergilah kejar bahagia awak sendiri." - Umar Arshah. Benarkah pilihan mama menjadikan Umar Arshah sebagai suaminya? Leia sendiri keliru. Apakah bahagia yang Leia cari? Nantikan kisah perjalanan hidup Aleia Irdina dan Umar Arshah dalam coretan "Dia, Mimpi Sempurna".
Istimewa Kasih Sayangmu [Complete] by mrdhya_
86 parts Complete
[LIT ROMANCE BOOK WINNER] [THE GREAT LIT WRITER WINNER] Highest Rank:- #16 in Romance [13.4.18] #14 in Romance [23.4.18] Pertemuan antara seorang gadis muda dan seorang duda telah mewujudkan suatu tanggapan yang tidak disangka. Mardiah yang lembut hatinya tersentuh akan seorang bayi kecil yang sudah kehilangan ibunya. Bukan insan itu sahaja,malah bayi itu juga turut kehilangan kasih sayang seorang ibu. Kehadiran Mardiah yang sudi menjadi ibu susuan bayi itu telah mendapat perhatian sang duda,iaitu bapa bayi itu. Azrell mula jatuh hati akan kasih sayang Mardiah terhadap anaknya,Qaysara. Disebabkan oleh amanah Arwah Syazira dan kasih daripada Mardiah, Azrell mengambil keputusan untuk menikahi Mardiah Hampir saja lamaran Azrell ditolak oleh kerana Mardiah masih belum bersedia untuk bersuami. Namun,saat Azrell menawarkan penjualan sebuah kafe yang amat Mardiah idamkan, gadis itu mulai setuju akan syarat Azrell iaitu mengahwini dirinya. "Encik Az, saya kahwin dengan Encik Az pun sebab Sara bukan sebab saya ada hati dengan Encik Az. " - Nur Mardiah "Tapi saya nak awak kahwin dengan saya sebab kasih sayang awak terhadap anak saya walaupun bukan pada saya. Saya akan terimanya. "- Azrell Ameer Memang tidak dapat dinafikan, Mardiah yang dulu buta pada cinta akhirnya tenggelam juga dek kerana penangan cinta majikannya yang sudah bergelar suaminya yang sah. "Mar, selama ini saya buat semua kemahuan awak sebab saya cintakan awak. Tapi, ini yang awak balas pada saya dengan cara kahwin dengan lelaki lain. " - Haykarl Mardiah diuji dengan banyak masalah yang menimpanya. Haykarl yang menagih cinta darinya membuatkan fikirannya jadi kusut dengan Azrell yang sudah hilang kepercayaan kasih sayang darinya. Semua orang yang dia harapkan selama ini lenyap dalam sekelip mata tanpa dia duga. Adakah Azrell akan mempercayai semua penjelasan Mardiah setelah apa yang terjadi?Dan adakah Haykarl tetap akan menanti cintanya pada Mardiah selama ini?. p/s: Cover by @Nraalalaa
Peluang Terakhir by ajiji326
73 parts Complete
Bukan mudah untuk seorang perempuan untuk meluahkan perasaan dan mengejar lelaki dambaan hati. Namun semua itu tidak mustahil bagi Inara. Menyimpan perasaan terhadap Fattah, lelaki pujaan hatinya yang ditemui ketika zaman sekolah tidak mematahkan semangatnya untuk mengejar Fattah sehingga ke kolej yang sama. Segala cara dan usaha sudah dilakukan supaya dapat mencairkan hati Fattah. Namun hati Fattah yang sekeras batu itu sukar ditawannya sehingga satu tragedi yang membuka mata Fattah. Setelah bertahun-tahun, Inara menjalani kehidupannya sendiri dengan sejarah cinta masa silam. Tekadnya, dia tidak mahu memberi peluang kepada Fattah atas apa yang pernah terjadi. Dia yakin Fattah tidak akan berubah menyukainya. Biarlah dia melupakan cinta pertamanya.... Dikenali sebagai doktor yang hangat dikatakan dalam golongan orang ternama. Fattah berjaya memegang gelaran doktor pada usia muda dan mempunyai klinik bersama sahabatnya. Namun kehadiran Inara yang amnesia membuatkan dia dihambat rasa bersalah. Dia bertekad untuk mendapatkan kemaafan dari Inara. Namun, usahanya seperti sia-sia apabila Inara sudah terikat dalam tali pertunangan. Dia membutakan hatinya untuk Fattah, dia penat disakiti. Inara bermati-matian menidakkan perasaannya terhadap Fattah. Fattah pula berusaha sebaik habis untuk mencuri kembali hati wanita itu. Mungkin dulu Inara kejarkannya, namun sekarang dia yang harus menakluki hati Inara. Dapatkah Fattah mengembalikan cinta di dalam hati Inara?
CERITERA HATI ZUHAIR by azreenwardah9
58 parts Complete Mature
Ahmad Zuhair hidupnya hanya untuk sang pencipta. Tiada tujuan lain dalam hidupnya selain mengimpikan syurga. Hidupnya hanya ditemani dengan Al-Quran yang sentiasa menjadi peneman hidupnya sepanjang masa. Namun hidupnya sebagai anak sudah tentulah dia perlu taat pada kehendak kedua-dua orang tuanya. Tanpa kerelaan di hatinya Zuhair terpaksa mengabdikan dirinya di Anjakan Paradigma. Satu syarikat yang diusahakan oleh Datuk Zahari, papanya sendiri. Dikerah, diugut sepanjang hidup oleh papanya sekiranya menolak pelawaan itu. Zuhair tiada pilihan lain, dia terpaksa meninggalkan Maahad Tahfiz Darul Taqwa yang diusahakannya untuk ke Anjakan Paradigma. Namun semua itu hanya seketika kerana dirinya dikhianati oleh darah dagingnya sendiri. Zuhair kecewa! Setiap manusia telah dikurniakan rasa cinta. Zuhair juga tidak pernah terlepas dengan perasaan yang menjadi lumrah hidup setiap insan. Wanita yang telah mengkhianati dirinya telah membuatnya jatuh cinta. Zuhair tak mampu menolak rasa itu. Dia terus menyatakan hasrat hatinya untuk memperisterikan gadis yang amat dibenci selama ini. Kuasa Allah, tiada sesiapa mampu menolaknya. Nurul Nadia akhirnya menjadi isterinya yang sah. Hidupnya bersama Nadia diulit bahagia. Zuhair cuba untuk mengubah isterinya menjadi seorang wanita solehah. Dia bersyukur seadanya apabila Nadia sanggup mengubah dirinya semata-mata untuk mentaati perintah Allah dan suaminya. Satu hari segalanya terbongkar sesuatu rahsia yang tak pernah Zuhair jangkakan. Pertemuan satu gambar yang disimpannya menjadi penyatuan keluarga isterinya. Namun dugaan tetap datang apabila adik iparnya tidak mahu terima keluarga kandungnya semula. Zuhair cuba membantu agar Salman terima keluarganya dengan hati yang terbuka. Namun kekerasan jiwa remajanya membuatkan rancangan Zuhair gagal. Dapatkah Zuhair untuk menyatukan semula keluarga isterinya? Ataupun Salman pergi untuk sekali lagi kerana kemahuannya? Nadia pasrah. Zuhair terduduk kecewa.
Awek Handsome (SUDAH TERBIT) by umiKalsom_writer
8 parts Complete
"Kerja yang kau buat ni, cukup sekadar dibuat dengan tegas. Kau tak perlu show off dekat satu dunia yang kau tu kasar macam orang tak bertamadun. Dengan bahasa kesat lagi. Adab mana adab!" - Ikhlas PERTEMUAN pertama yang tidak begitu manis, namun itu yang terjadi antara Aadab dan Ikhlas. Norma kerja Aadab dan gaya bahasa yang kasar, membuatkan Ikhlas tidak sukakan perwatakan gadis itu saat pertama kali mereka bertemu. Tetapi hati manusia, siapa yang mampu menduga. Yang tidak disuka itu juga, mengambil ruang di hati. "Dia langgar hati aku." - Ikhlas Namun, hati yang diintai itu adalah hati Aadab, yang tidak mampu dileburkan oleh sebarang kata manis. "Aku tak faham betullah, macam mana satu orang tu boleh jatuh suka macam tu aje." - Aadab Perpisahan yang pernah berlaku antara emak dan ayah, membekukan kasih sayang dalam diri Aadab. Namun, selautan kasih terhampar buat adik tirinya, Inaz. Saat, Datin salwa memutuskan untuk menjodohkan Inaz dengan Ikhlas, Ikhlas menghantar lamaran untuk menyunting Aadab sebagai suri hati. Aadab dituduh perampas oleh Datin Salwa. Inaz pula meletakkan syarat kepada Datin Salwa, dia hanya akan berkahwin jika Aadab pun berkahwin. Aadab menjadi serba salah. Dia sanggup berkorban apa saja untuk Inaz, tapi takkan nak korbankan diri berkahwin dengan orang yang dia tidak kenali? "Dalam hati aku ni, dah mati cinta untuk seorang lelaki." - Aadab "Aku boleh hidupkan semula perasaan kau yang dah mati tu. Kalau kau izinkan aku, masuk ke dalam hati kau." - Ikhlas
🌼PELUANG KEDUA 🌼 (COMPLETED) by cerita_kita_official
43 parts Complete Mature
Haruskah aku memberikan peluang kedua itu? Sesungguhnya hatiku sungguh terluka. Sudah puas untuk menahan rasa sakit di hati. Sinopsis 💜 Tiara Alena, Seorang gadis kampung yang hidupnya sentiasa dirundung duka. Hidupnya sekelip mata berubah setelah ibu bapanya meninggal dan harus menumpang kasih terhadap Makciknya iaitu adik kepada ibu tiara. Banyak derita yang harus dia tempuhi. Tiara dijodohkan dengan seorang lelaki bernama Haqief Aryan. Walaupun di hati tiada cinta, Tiara terpaksa menerima. Sungguh tak terduga bahawa hidup bersama Aryan lebih banyak kisah duka daripada manisnya. Pernikahan tanpa cinta itu betul-betul membuatkan Tiara derita. Dalam diam, Tiara menyimpan perasaan terhadap Aryan kerana sikapnya yang begitu bertanggungjawab dan ambil berat. Namun, Hubungan sebuah ikatan yang suci sebagai suami isteri menjadi huru hara dan satu keadaan telah menyebabkan tiara menjauhkan diri. Hatinya begitu terluka dan terus membeku. Saat itu, ungkapan cinta dan sayang dari Aryan sudah tidak bermakna lagi. " Tiara....Abang sudah jatuh cinta pada tiara sejak pertama kali kita berjumpa. Tolong beri abang peluang untuk perbaiki semua kesilapan abang..." ~ Haqief Aryan. " Maaf Aryan, Hati aku sudah penat untuk lalui hidup bersama kau. Pergilah! Ceraikan aku!! " ~ Tiara Alena. Apakah kesudahan kisah rumah tangga mereka? Masih adakah ruang untuk Aryan di hati Tiara? Adakah Aryan mendapatkan kemaafan dari Tiara? Ketahui kesudahan kisah mereka dalam Peluang Kedua versi Sabahan.
You may also like
Slide 1 of 19
RAHASIA HATI cover
Biarkan Cinta Bersatu cover
NAFAS CINTAKU YANG TERAKHIR  cover
Antara Perasaan Benci VS Cinta cover
I Remember You | ✔ cover
Di Bawah Payung Cinta cover
Dhia...Cintaku cover
Anggun Ariana cover
Kerana Cinta ©️ cover
Dia, Mimpi Sempurna (Completed) cover
DIA YANG PERTAMA cover
Istimewa Kasih Sayangmu [Complete] cover
Peluang Terakhir cover
Biarkan Sepi Berlalu / Sepi Tanpa Cinta cover
CERITERA HATI ZUHAIR cover
Kau Perempuan Aku Benci✔ Complete cover
Broken Hearted cover
Awek Handsome (SUDAH TERBIT) cover
🌼PELUANG KEDUA 🌼 (COMPLETED) cover

RAHASIA HATI

31 parts Complete Mature

Bertahun-tahun menanggung rindu pada si kekasih semakin bertemu penghujung. Akhirnya, tiba jua masa yang ditunggu-tunggu. Ikatan yang pernah dijanjikan diharap dapat terikat dan disimpul mati. Namun, tidak semua kebahagiaan yang kita mahukan akan menjadi milik kita. Janji yang pernah dibuat untuk mengikat hati antara Laila Arleesa bersama Syed Mikael tidak kesampaian apabila kepulangan lelaki itu membawa satu 'kejutan' besar. Kekecewaan Laila Arleesa bertambah parah apabila perangai Syed Mikael semasa berada di luar negara terdedah. Demi maruah lelaki itu, dia diamkan segala yang dia tahu asalkan lelaki itu masih tinggal sebumbung dengan keluarganya. Bagi Arleesa, dia tidak mahu menjadi sebab lelaki itu dipandang serong oleh keluarganya sendiri. Tambahan pula, Arleesa sedar kedudukan dia di rumah itu. Namun, pertemuan dengan Khalil mengubah segalanya. Yang dia nampak, cuma masa depan bersama lelaki itu.