🦔 HYUNSUK

1.3K 88 0
                                    

Genap setahun aku couple dengan Hyunsuk. Dan hari ni 1st anniversary kami. Tapi hari ni jugak aku demam plus sengugut. Sakitnya hanya Tuhan yang tahu. Aku duduk jauh dari family. Nak berdikari lah katakan. Aku sengaja sewa rumah yang dekat dengan university. Senang sikit.

Dan sekarang tiada siapa yang aku boleh minta tolong. Nak minta tolong bestie aku, bestie aku ada kelas sampai petang. Hyunsuk? Tak tahulah. Fon aku tengah charge dekat atas meja sana. Dan aku tak ada tenaga nak bangun. Dah sengugut ni faham fahamlah. Nak berjalan pun menyeksa.

Sudahnya aku hanya mampu baring. Tak mampu nak buat apa apa. Nak inform Hyunsuk pun tak larat nak bangun ambil fon.

Bell rumah kedengaran beberapa kali. Tidak lama selepas itu, pintu terbuka. Tiada siapa yang tahu password rumah aku melainkan bestie ku dengan Hyunsuk. Even parents aku tak tahu.

"Boo!"

Yes itulah panggilan Hyunsuk pada aku. Dia datang dengan muka risau dia.

"Saya call banyak kali. Kenapa tak angkat fon? Risau saya" soal dia.

"Fon saya tengah charge" jawab ku dengan perlahan.

"Muka awak pucat boo"

Dia menempel tangannya pada dahiku.

"Panasnya! Awak demam ni"

Aku cuma mampu mengangguk.

"Jom saya bawa awak pergi klinik. Tak boleh biar macam ni. Nanti melarat"

Aku menggeleng kepala. Sumpah tak larat nak bangun.

"Boo please" dia merayu lagi.

"I can't babe" giliran aku merengek.

"Takpe saya boleh dukung awak"

Aku menggeleng kepala lagi. Gila ke apa. Malulah orang tengok.

"Kalau macam tu awak tunggu kejap. Saya pergi beli ubat dengan makanan sekali"

Akhirnya dia tak paksa aku. Aku mengangguk setuju.

Baru setapak dia melangkah, aku tahan tangan dia. Tangan sejukku memegang tangan panas dia.

"Awak tak ada kelas ke?" soalku.

"Boo hari ni hari rabu kan"

Oh manalah aku tahu. Tak sempat tengok hari dengan tarikh kan. Memang setiap hari rabu dia free. Tak ada kelas langsung.

"Saya pergi dulu"

Sempat dia cium dahi aku. Dan selepas itu dia terus pergi.

Inilah boyfriend ku, Choi Hyunsuk. Caring orangnya. Sweet pulak tu. Dia selalu jaga aku dengan baik. I feel safe with him.

Tidak lama selepas itu, dia datang semula bersama beberapa plastik di tangan dia.

"Awak tunggu kejap. Saya pergi ambil sudu dengan air"

Sementara dia pergi dapur, aku belek ubat ubat yang dia beli. Telan liur aku tengok kapsul kapsul tu. Boleh tahan besar. Agaknya macam mana tekak aku nak telan nanti.

Aku gagahkan diri aku untuk duduk. Tetap sakit dan tak selesa. Argh! Siksanya kalau period cramp.

"Kalau rasa tak boleh, awak baring je boo"

Aku menggeleng kepala. Macam mana nak makan kalau aku baring. Aku minta sudu padanya. Dia tak kasi.

"Biar saya yang suap awak"

"Awak. Saya ni demam je. Bukan patah tangan"

Aku dah susahkan dia beli ubat dengan makanan semua. And sekarang dia nak suap aku pulak. Memang taklah.

"No means no" katanya lagi.

Aku mengalah. Malas nak bertekak dengan dia.

"Habiskan bubur ni. Lepas tu makan ubat. And kemudian awak boleh rehat"

Aku mengangguk. Well bubur ayam ni boleh tahan sedap. Tapi aku baru teringatkan sesuatu.

"Babe" panggil ku.

"Hmm"

Dia pandang aku. No aku tak boleh lah pandang muka innocent dia. Kesian dia.

"Sorry" kataku.

"For what boo?" soal dia dengan lembut.

"Today our first anniversary. We should celebrate our special day. But we end up here. Awak kena jaga saya"

Dia senyum. Kepalaku diusap dengan lembut.

"It's okay boo. Your health is more important. Kita boleh celebrate bila bila je. Tak semestinya hari ni"

Oh hatiku tersentuh dengan kata kata dia. Dia sangat memahami. Aku tak salah pilih lelaki. Hyunsuk sangat baik untuk aku.

"I don't deserve you. Awak terlalu baik untuk saya babe"

Dia cubit pipi aku.

"Jangan cakap bukan bukan boo. Saya pun tak baik macam yang awak cakap. Still banyak kekurangan dan kesalahan yang perlu saya perbaiki"

Aku senyum. Humble betul boyfriend aku ni. Lagi tambah sayang aku dengan dia.

Sedar tak sedar dah habis bubur. Now time to makan ubat. Argh! I hate medicine!

Hyunsuk letak tiga biji kapsul atas tapak tangan aku. Aku hanya mampu tengok.

"Eat boo" arah Hyunsuk.

"Tak nak" rengekku.

"I know you are cute. Tapi secomel apa pun awak boo, awak tetap kena makan. This is an order"

Aku mencebik. Akhirnya aku mengalah. Tiga biji kapsul itu aku telan juga. Dah selamat masuk dalam perutku.

"Now rest"

Aku cuma menurut. Penangan ubat mungkin. Entah bila aku terlelap.

Hyunsuk melihat perempuan yang dia sayang sudah tidur nyenyak. Dia mengusap kepala perempuan itu dengan perlahan. It's not easy to be a girl. Sebab itulah dia jaga betul betul girlfriend nya ini.

Comforter ditarik sampai ke dada. Comel je girlfriend dia bila tidur sambil peluk bantal.

Dia keluarkan gelang tangan yang dia beli dua hari lepas. Kemudian disarungkan pada pergelangan tangan girlfriend nya. Hadiah semperna anniversary mereka.

Aku terjaga dari tidur. Demam tadi telah berkurangan. Begitu juga period cramp. Maybe sebab aku dah makan ubat. Aku pandang ke sebelah. Hyunsuk sudah tiada. Mungkin lelaki itu dah pulang.

Aku bangun dari katil dan menuju ke meja belajar. Fon dibuka. Beberapa notification masuk. Semuanya dari Hyunsuk dan ada juga beberapa dari bestie aku.

Sekarang dah pukul 8 malam. Haih! Lama betul aku tidur. Sumpah tadi tak larat sangat. Aku membersihkan diri dan pakai baju tidur. Selepas itu aku keluar ke dapur untuk isi perut.

Tapi benda yang aku tak expected telah pun berlaku. Hyunsuk belum balik. Elok aje dia duduk atas kerusi sambil main fon.

"Oh awak dah bangun boo?"

Dia bangun datang ke arahku.

"Saya ingat awak dah balik tadi" kataku.

Dia senyum.

"Belum. Saya ada surprise untuk awak. Jom"

Dia tutup kedua belah mataku. Dia pimpin aku ke suatu tempat. Tidak lama selepas itu kakiku berhenti melangkah.

"Ready? 1...2...3!"

Aku buka mata. Terdapat sebuah meja yang dihiasi dengan cantik. Ada makanan atas meja itu bersama lilin yang besar. Atau nama lainnya candle light dinner.

"Bila awak siapkan semua ni?" soalku.

"Time awak tidur tadi"

Wah aku respect dengan dia. Even simple tapi tetap cantik. Dia ambil masa sikit je untuk prepare semua ni.

"Happy 1st anniversary my boo!"

Aku terus peluk dia. Terharu sangat.

"Thanks babe. I love you!"

"I love you more my boo!"

💎💎💎

Treasure As Your Boyfriend | ONESHOTDonde viven las historias. Descúbrelo ahora