Ekspedisi Kalimantan

21.9K 37 0
                                    

Aktiviti aktiviti yang serba lasak memang menjadi minat dan kegemaran aku. Ini termasuklah ekspedisi yang mesra alam seperti mendaki gunung, berkayak menjelajah belantara dan sebagainya.

Faktor kos, modal dan masa di bidang ini memanglah tinggi. Itu pasal ramai yang berminat tapi tak upaya melanjutkannya. Tapi aku ni bernasib baik kerana berada di dalam golongan yang berpendapatan lima angka. Pasal kos dan modal taklah menjadi halangan.

Pada hujung tahun lalu aku merancangkan ekspedisi yang berlainan sedikit. Kali ini agak istimewa kerana aku hanya pergi berdua saja. Pasangan aku tu ialah isteri kepada rakan sejawat aku.

Sudah 3 tahun mereka berkawin tapi masih belum ada anak lagi. Rakan aku tu pula selalu kena bertugas seberang laut. Setiap kali pemergiannya akan memakan masa berminggu minggu. Jadi isternya tu selalulah kesepian. Itu pasal sejak dua tahun yang lalu aku erat menjalinkan hubungan sulit dengan dia.

Jenny Tan nama isteri rakan aku tu. Tinggi lampai dan putih melepak kulitnya. Dia berhidung mancung dan body pulak tu..... mengancam habis !!! Dia berketurunan separuh cina dan separuh Pakistan. Tak siapa yang tahu di mana bapanya berada. Dia ni memang sejak dari kecil lagi telah diasuh di dalam suasana keluarga cina. Jadi ugama pun samalah juga.

Oleh kerana masih berstatus bujang, setiap kali suaminya tiada, aku lah jejaka yang dicarinya. Dia ni memang cantik tapi agak buas dan liar. Pantang saja diajak berpeleseran, dia jarang menolak. Pakaian pulak tu punyalah seksi. Lebih lebih lagi bila berskirt yang singkat lagi sendat. Kalau berpakaian yang agak labuh sekali pun ianya sudah pasti sendat dan berbelah tinggi. Nafsu bujang aku ni manalah boleh tahan pada gelagat liar yang sebegitu rupa.

Selagi suaminya tak balik selagi itulah aku menemani tidurnya. Kadang kadang di tempat aku dan kadang kadang di rumah Jenny. Tapi selalunya kami memang tak sempat balik ke rumah. Buat projek kat hotellah jawabnya.

Pada sebelah pagi hari berkenaan suami Jenny naik flight ke Miami. Dia dijangka berurusan di situ selama 3 minggu. Manakala di sebelah tengahari, aku dan Jenny pula naik flight menuju ke Kalimantan. Aku menjangkakan ekspedisi kami itu akan memakan masa sehingga 10 hari lamanya. Sasaran kami ialah di kawasan terpencil di tengah tengah hutan Kalimantan. Jenny memang tak pernah berekspedisi sebegitu rupa. Tapi dia berkeinginan untuk mencuba minat. Jadi aku pun berikanlah segala sokongan kepada hajatnya itu.

Petang itu juga kami tiba di bandar Pontianak. Sampai di situ kami pun segera menaiki bot tambang yang menuju ke kawasan pendalaman. Menjelang subuh kami pun sampailah ke hujung perjalanan bot berkenaan. Cari punya cari akhirnya berjaya juga aku mendapatkan khidmat seorang pemandu jeep untuk melanjutkan perjalanan.

Dia ni masih bujang dan berusia lewat 20 an'. Berketurunan benggali Indonesia. Dia berkulit serba gelap. Perwatakkanya nampak tidak begitu baik. Ciri ciri penyamun jelas terpapar pada dirinya. Lebih lebih lagi dengan keadaan lenggannya yang penuh bertatu. Ia mungkin sebagai lambang keanggotaan di dalam sebuah kumpulan penjahat.

Walaupun bayaran perkhidmatannya agak tinggi, namun aku tiada banyak pilihan. Terpaksalah aku terima saja. Tapi bila berurusan dengan orang yang sebegini, aku memang berhati hati. Lebih lebih lagi tentang perkara penyerahan wang. Jika kesemua bayaran diserahkan secara tunai, alamat menghilanglah dia nanti. Sebagai pendahaluan aku cuma bayar separuh dulu. Bakinya akan dibereskan setelah selesai tugasnya kelak.

Terbit saja matahari kami pun beredarlah dengan menaiki jeep tersebut. Liku liku perjalanan yang tidak berturap telah terpaksa kami rentasi. Kawasan kawasan yang tersisih dari arus pembangunan terpapar jelas di hadapan mata kepala kami. Setakat itu semuanya bergerak lancar seperti mana yang telah aku rancangkan.

Tapi setelah lebih kurang 50 km perjalanan, keadaan nasib kami mula berubah. Jeep yang kami naiki itu tiba tiba terpaksa berhenti. Ada sebatang balak sebesar dua pemeluk merentangi laluan berkenaan. Aku cuba berfikir samada untuk terus menapak ke hadapan atau pun nak berpatah balik ke belakang.

Cerita One ShotWhere stories live. Discover now