01 [ new version]

6.1K 250 27
                                    

*.✧ WELCOME*.✧
it's me! your clumsy super lazy author.
so i'm sorry for holding this story for such a long time ༎ຶ‿༎ຶ thank you for those yang masih setia membaca and mungkin ada dah reader yang menyampah dengan buku ni susah betul nak update. dan storyline story ni dah berubah but not at all but if u guys tak suka dgn changes ni u guys are free to go. i am not forcing u to read this cerita merapu ಠ_ಠ my expectation is the number of reader must be falling and i am ready for that. i am busy w my study and u know la, maybe tunggu kucing bertelur baru nak update. So sorry for that. So itu sahaja. Hope u guys enjoy this new version of my romantic teacher. jika ada salah silap harap dimaafkan.
Enjoy ♡


PAGI yang nyaman. Seperti biasa, kerana datang ke sekolah terlalu awal dia lebih selesa habiskan masa di bangku kosong berdekatan tasik sambil membelek semula nota-nota yang ditulis semalam. Angin segar yang menyapa wajahnya selalu tidak gagal membuatkan Amira fokus meneliti setiap bait tulisan cakar ayam yang dia tulis.

Masa berlalu dan sekolah mula perlahan-lahan penuh dengan pelajar. Earphone dia sumbat ke telinga dan lagu kegemarannya dipasang. Nota ditelaah lagi.

Amira termenung menghadap tasik dan buku kecil itu di diletak di atas riba. Sejak bila dia begini? Memilih untuk tidak bergaul dengan orang dan menyendiri. Lebih suka menghabiskan masa merenung tasik hampir setiap hari sudah menjadi rutinnya setiap kali di sekolah.

Sudah hampir lima tahun rasanya.

Hampir lima tahun dia menghabiskan hidup begini. Kawan? Ada. Perempuan tiga suku tak dua suku setengah dan perempuan mereng yang setia jadi temannya. Bukan kerana tiada orang mahu berkawan cuma dia berpegang pada prinsip quality over quantity.

Kuantiti kecil tiada masalah asalkan kualiti mereka baik.

Dia terkejut apabila earphone di telinga tiba-tiba ditarik laju oleh seseorang. Imran yang tersengih dipandang tiada perasaan sebelum dia melihat tasik semula.

"Nak duduk boleh?" Imran menyoal lembut.

Tiada balasan.

Lelaki itu mengambil tempat di sebelahnya lalu bersandar. Dah agak. Imran akan duduk juga kalau dia kata tak boleh pun.

"Nah,"

Amira melihat tin cofee yang dihulur Imran sebelum menyambutnya cermat.

"Terima kasih abang,"

Imran tersenyum menampakkan sisi tampannya.
"Welcome. Dah habis baca nota?" soalnya sambil menghirup kopi kepunyaannya. Nota di riba gadis itu dipandang.

Amira mengangguk.

"Kalau ada apa-apa tak faham tanya je abang. I will help you no matter what okay?"

Gadis itu mengangguk lagi. Keadaan sepi selepas itu. Imran mencuri pandang gadis pujaannya dari tepi. Gadis itu termenung seperti hari-hari sebelumnya.

"Amira..."

"Hmm?"

Jeda. Imran mengetap kukunya gusar. Mata tanpa perasaan itu dipandang.

"Abang suka Amira.."

Amira masih dengan riaknya.

"Tahu,"

"All i want to say is i am always here for you. Amira boleh luahkan semua yang ada pada Amira. Jangan pendam sorang-sorang. I know how it feels and i don't want you to hold it yourself,"

Amira tersenyum dan nyatanya Imran terpegun.

"Saya faham apa yang abang cuba nak cakap dan saya hargai semua tu. As you know, i am going to face my biggest exam this year and sorry abang, i can't accept your feelings towards me-"

"It's okay. Abang akan tunggu. Cuma ingat yang abang akan selalu ada untuk Amira. Abang tak tahu apa yang buat Mira termenung setiap hari tapi abang tak nak tengok Mira sedih. One day i will make you happy. Trust me,"

Dan loceng berbunyi menandakan kelas akan bermula tidak lama lagi. Imran bangun begitu juga Amira.

"Balik nanti Mira naik grab?"

Amira mengangguk.

"Tunggu abang dekat luar. Habis kelas abang hantar Mira balik,"

"Tak apa-"

"No. I said wait for me. I'll drive you home,"

"Abang-"

"Bye!" Imran terus melangkah pergi meninggalkan gadis itu. Amira mengetap bibir.

"Abang tak faham..." ucapnya namun begitu sayang kerana Imran telah jauh berlalu untuk mendengar suaranya.

Imran tak faham kenapa dia lakukan semua ini. Sedangkan dia sendiri tidak faham dirinya.
























"YEA i know. I'll be there within a half of hour? Sure. Gotta go, see ya?" talian dimatikan. Iphone dicampak ke atas katil dan kakinya melangkah ke dalam walk in wardrobe. Hanger bersangkut kemeja putihnya ditarik keluar dan disarung ke tubuh. Necktie maroon diikat pada leher dan penampilannya dilihat di hadapan cermin besar dalam wardrobe itu.

Perfume Tom Ford disembut ke pangkal leher dan hujung tangannya. Setelah berpuas hati, Haqir melangkah keluar dari wardrobe dan mengambil briefcase yang diampai di atas meja. Segala dokumen penting disumbat masuk ke dalam. Jam jenama Tissot pada pergelangan tangan ditilik.

"Still have time.."

Malas mahu tergesa-gesa, Haqir melabuh punggung ke atas katil sambil membelek iphone miliknya. Gallery ditekan dan satu gambar dicari. Dia berhenti pada gambar seorang gadis yang tersenyum manis memandang camera. Gadis yang lengkap memakai baju kurung cream kosong bersama cincin yang tersemat indah di jari manisnya.

Itulah tunangnya.

Tunang yang dia tinggalkan kerana terlalu mengejar dunia yang sia-sia. Hati gadis itu dipatahkan tanpa perasaan dan dia pergi tanpa hendak berpamit.

I'm sorry.

Dia di sini untuk menebus gadis yang suatu hari dahulu akan menjadi miliknya.

Dia mahu tebus kesalahannya lima tahun lepas. Dia mahukan gadis itu. Gadis itu tunangnya, miliknya.

Wait for me ya?

My Romantic Teacher Where stories live. Discover now