PART 1

8 0 0
                                    

Panas bukan kepalang. Kering dan panas. Mata berpinar. Aku baring di hadapan kipas sambil mengebas bajuku. Aku pusing kiri, aku pusing kanan. Semua tidak kena. Tiba-tiba terasa gatal pada kedua dua telinga aku. Seperti seekor semut mengigit.

"Laaa, rambut aku rupanya". Luah hati aku. Aku bangun lalu mencari cermin. Pantulan wajahku yang suram dan serabut itu terasa jelek pada pandangan aku. "Kau tengok diri sendiri pun rasa serabut apatah lagi orang lain" ujar aku sambil membelek rambut.

Mata aku beralih pada jam dinding, 3:30pm. Masih berkira kira mahu gunting rambut atau tidak. Sedang berfikir aku masuk ke dalam, check duit yang ada dalam dompet. "Nasib baik ada cukup cukup. Kalau tak terpaksa aku ke ATM, tapi aku nak ke sana ke?" Berfikir aku seorang diri. 5 minit cari keputusan akhirnya aku ambil keputusan untuk pergi ke kedai gunting rambut.

"Mak! Nak pergi gunting rambut ni". Jerit aku. Mak aku yang sibuk di dapur menyahut "Okay, nanti keluar tutuplah pintu depan tu" balas mak. Aku capai kunci kereta yang tergantung rapi di dinding pintu lalu berjalan menuju ke kereta.

Dalam perjalanan aku disajikan dengan lagu lagu yang baru. Sesuai dengan peredaran zaman. Penyanyi juga baru baru. Orang panggil BBNU. 🤭 Tetapi ada satu masalah yang ada pada diri aku iaitu ANXIETY. Ya! Anxiety yang bersama aku sudah sekian lamanya. Bila sebut anxiety ni korang faham fahamlah, berdebar tanpa sebab dan fikiran dia jauhhh di depan. Kadang kadang apa yang difkirkan tidak berlaku sama sekali. Penat!

Minda aku ligat berfikir "ramai ke orang nanti?" "Macam mana aku nak bagitau abang gunting ni", "What if kalau kawan aku pun ada lepas tu dia tengok rambut aku kelakar, mesti aku malu". Itulah yang sering bermain dalam jiwa aku setiap kali ke kedai gunting rambut. Persoalan demi persoalan timbul dalam kepala aku. Walhal perkara tu tak berlaku pun.

Aku selalu berdoa agar kedai gunting rambut itu kosong tanpa manusia lain. Kadang kala aku nak je paksa abang gunting rambut buka waktu pagi sebab kedai gunting rambut aku pergi ni buka lepas zuhur, jam 3.00 petang 😪

Sedang mengelamun aku dah sampai rupanya. Dialog dalam kepala aku lebih rancak berbanding radio. Aku parking kereta aku di bawah pokok, cuaca panas ni aku tak berapa suka parking kereta tengah panas, bahang dia MasyaAllah, macam masuk oven kalau parking tanpa teduhan. Kedua aku suka parking jauh jauh, kalau ramai aku chaw!

"Urm, macam tak ramai, boleh la turun" mata aku melilau cari manusia yang hadir, butir-butir keringat mula terbit sebab panas dan berdebar. Hati apatah lagi, berdegup kencang. Mata menilik motor dan kereta yang ada. Risau jika kereta dan motor itu milik kawan aku. Maklumlah aku ni sejenis manusia yang tak suka jumpa kawan kawan. Bukan benci tetapi tiada topik untuk berbual. Jadi, langkah selamat untuk aku, elak daripada berjumpa kawan-kawan. Tapi kalau dah terserampak tu aku redha sajalah labu. 😂 kalau korang seorang introvert mungkin akan faham situasi aku.

Puas aku menilik satu persatu, tiada satu pun kenderaan yang aku kenal. Tetapi dalam hati masih berkira kira, jikalau kawan kawan aku datang menaiki kereta atau motor yang aku tak pernah tahu.

Susahkan hidup macam aku ni? Macam macam fikir padahal takde apa pun yang perlu dirisaukan, tetapi inilah cabaran seorang yang ada ANXIETY, Haha. Tapi aku nekad untuk turun. Mask dipakai, tingkap kereta dibuka sedikit supaya tak panas lalu aku matikan enjin, aku keluar dan mula mengunci pintu kereta. Kaki berjalan lurus ke tempat pendaftaran. Maklumlah, musim covid wajib tulis nama, kalau tak tulis nanti kena saman, mana nak cekau duit 😂

Kelihatan seorang lelaki berkemeja dan berseluar slack. Gayanya tak tumpah seperti orang bekerja dalam sektor kerajaan. Sebenarnya, aku pun pelik bin hairan sebab siapa dia ni sebenarnya. Setiap hari aku tengok dia berpakaian begitu. Pernah juga terlintas dalam fikiran aku bahawa dia ni seorang yang kurang sihat tetapi sangkaan aku meleset apabila dia mula menjadi pencatat nama di kedai gunting rambut itu. Gaya percakapan normal dan tulisan dia pun cantik!

"Nama?!" Lamunan aku terhenti. "Er Aniq Azlan" suara aku tersekat sekat. Maklumlah berdebar. "Nombor telefon?". "014*******". Lalu dia check suhu. Tet!! Dahinya berkerut. "Error la dik" ujar beliau. "Jadi nak saya tunggu kat sini dulu ke?" Soal aku. "Tak payah, masuk teruslah. Tunggu di dalam. Tak ramai pun, hanya 2 orang je ada kat dalam tu". Aku hanya mengangguk lalu menuju ke pintu. Hati kecil aku mula berbisik, "fuh lega kau bila dia cakap takde orang".

Krek! Pintu dibuka. Langkah aku tiba tiba terhenti. ANXIETY aku kembali menerkam. Rupa rupanya...


BERSAMBUNG....

Has llegado al final de las partes publicadas.

⏰ Última actualización: Apr 05, 2021 ⏰

¡Añade esta historia a tu biblioteca para recibir notificaciones sobre nuevas partes!

AKU & ANXIETY:: KISAH DI KEDAI GUNTING RAMBUTDonde viven las historias. Descúbrelo ahora